CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 27, 2012

~ Saya mau itu..mau ini...



Mengidam. Memang standard la kalau pompuan pregnant, abis segala benda teringin nak makan nak buat. Tapi kekadang, tak preggy pun teringin juga. Mengidam aku ni bukan la yang kalau tak dapat, teruk bebenor rajuknya. Kalau dapat rezeki, kalau tak lain kali aje la. Ikutkan memang macam-macam dan banyak yang nak nya tapi ini adalah antaranya lah...


Antara yang aku teringin nak sangat ialah jeruk betik. Taknak pulak jeruk betik sekarang yang jenis die dah potong nipis-nipis tu, nak yang seketul macam dulu-dulu masa kecik-kecik kita makan tu. Elok nak dapat makan dah pulak operate bagai ari tu, so kena tangguh makan, takut rasa masam dan asid tu buat sakit perut plak.



Cucur udang. Bukan tak reti buat sendiri tapi tak terbuat. Ntah bila la pun. Kalau buat, kena buat dua version; yang tak ada udang punya sebab Sara alergik seafood. Lagi terbaik kalau dapat dengan kuah kacangnya, letak kucai dengan tauge bebanyak pastu goreng rangup-rangup....adehhh....




Kari kepala ikan. Ikannya pulak spesifik nak ikan jenahak. Ceh...memacam betul! Taknak mamak punya, nasi kandar punya ke apa tapi nak yang pakcik en.hubby buat. Memang terbaik kalau letak kacan bendi ngan tomato sekali. Balik kampung pun kejap-kejap je, tak sempat nak dipanjangkan usul pada pakcik en.hubby.






Steambot. Bukan susah nak cari pun skarang, tapi tak tercari. Bukan la selalu kluar umah sekarang pun. Lagi pulak en.hubby selalu keje blik lewat, ari minggu pun keje. Steambot lebih kurang juga la dengan yong tau foo tapi nak steambot yang kat atas lori tu jugak!



Sambal kering ikan sepat masin. Ni pun bukan la tak reti nak buat, tapi yang memang takkan dapat la sebab nak yang arwah mak buat.....kalau arwah mak yang buat, cilinya ditumbuk lumat bukan blender.



p/s: mekasih pada gooogle image yang menemukan aku ngan gambar-gambar ni. Walau lom dapat makan lagi, layan gambar pun jadi la...

Tuesday, June 26, 2012

~ Nombor 6...mama still proud of you kakak...


Banyak yang nak di update tapi tak terbuat. Citer Qaisara berhari sukan, ada gambar nak diupload tapi tak transfer pun lagi. Nanti-nanti la kot.

Jumaat yang lepas en.hubby pegi sign report card Qaisara. Result dari paper exam dah lama dapat cuma tak tau kedudukan die dalam kelas saja. Alhamdulillah, walau bukan no.1, dapat no.6 pun mama ngan papa tetap bangga! Dibandingkan dengan tahun lepas, tak berapa memberangsangkan, sebab Sara berada di kelompok 10 kebawah. Tapi tahun lepas baru 5 tahun pun. Dan ni semua baru peringkat pra sekolah pun, jadi taknak la paranoid tak tentu arah sangat, stress plak budak nanti! Alhamdulillah juga kelakuannya juga baik, tapi paling bangga bila die dah makin jauh membaca Al-Quran.

Semoga berterusan amalan dan usaha baik Qaisara ni... Amin...

Thursday, June 14, 2012

~ Khilaf seorang mama...



25 April 2012 lepas, genap umur Aqil Najmi 4 tahun. Cepat sungguh masa berlalu.... Tapi tarikh ni jugak takkan aku lupa sampai mati! 

Apsal? Korang penah lupa birthday anak sndiri tak? Sure tak kan.... Tu la aku... Aku lupa tau tak!!! Ceh...apa punya mak la kan.....

Memang bila masuk je awal bulan April aku dah mula ingat yang ini bulan kelahiran dia, tapi ntah la macam mana.... Ntah ke sebab dok menahan macam-macam sakit yang ada kat badan ni ke; mana taknya, dengan batu karang kat hempedu tu la, dengan mabuk pembawakan budak lagi, dengan serabut kepala memikir itu ini, dengan riuh ribut menguruskan rumah... Sebab tu ke aku leh terlupa? Ke tu alasan aku je kot.... Hissshhh...tak penah aku lupa birthday sesape pun dalam keluarga....!

Dah pukul sebelas lebih malam 25hb tu...Dalam pada dok tidokan Isyraq dalam buai, kakak dah selamat tido, Aqil pulak baru nak lelap mata dengan papa, aku sambil tu melayan tengok tv. Iklan kat tv tu berulang kali tayang bab rancangan ni di tarikh apa dan apa.... Masa tu la aku terpempan... Sebab tarikh-tarikh yang ditunjuk tu semua dah masuk ujung bulan April. Takkan cepat sangat masa berlalu sampai bulan 4 pun nak abis dah... Dan sepantas kilat, tangan aku menggigil tekan punat kat handphone dan tarikh menunjukkan 25hb April 2012!!!

Subhanallah!!...lagi setengah jam 25hb nak berakhir baru aku tersedar yang hari tu hari jadi Aqil Najmi. Terus aku meluru masuk dalam bilik kejutkan en.hubby...

"Kejamnya kita...apa teruk sangat kita ni?"
"Ni dah apasal pulak ni?" Dalam pada mata berpisat-pisat en.hubby pelik.
"Hari ni 25hb April...Hari ni hari jadi Aqil. Macam mana kita boleh lupa? Macam mana mama boleh lupa? Mama tak pernah lupa" Dah mula la aku mengogoi menangis. En.hubby tarik nafas panjang je. Terkejut pun ye. Serta merta aku kejut Aqil bangun, peluk die sambil menangis-menangis mintak maaf. Diucapkan juga happy birthday kat die. Tercengang-cengang je die, pelik...terkejut.

Malam tu tak lena tido aku. Dok la terpikir-pikir, apa la yang buat aku lupa? Sendiri yang kandung anak, sendiri yang melahirkan, tapi boleh lupa bila pulak tu? Haiiisshhh... Besoknya, bila die bangun je tido dah siap mandi, dah sarapan, aku ucap lagi happy birthday. Tapi...makin meleleh air mata ni bila die kata...

"Ohhhh...yang malam tadi mama nangis-nangis tu ek? Tapi kenapa takde happy birthday to you pun, takde kek pun..." .... Kannnnn.... Dah kena sedebik.... Aku cakap nanti mama buat lagi ye kek coklat macam dulu-dulu, die angguk je. Tapi tak sempat nak buat apa pun, lepas 3 hari birthday die aku pun dah kena operate bagai.... Berlalu begitu je la nak menyambutnya... InsyaAllah, mama buat juga nanti...lambat pun takpe, kita-kita dengan adik, kakak ngan papa pun dah cukup....

Mama sorry sangat-sangat Aqil Najmi.....

Wednesday, June 13, 2012

~ Pregnant lagi?



Ntah apa apa la ngan sesetengah orang ni. Tau orang pregnant lagi pun jadi pelik, jadi terkejut yang amat-amat. Tak cukup ngan terkejut, siap sarcastic, sinis tak pasal-pasal. Apsal ek?

“Pregnant lagi? Amboi, takde aktiviti lain dah ye…”

“Tak merancang ke? Tak penat ke beranak setahun sekali?”

“Kesian kat anak ko, kecik lagi dah dapat adik. Tak sempat nak bermanja lama”

Mesti ke ada statement-statement macam ni? Bukan nak ucap Alhamdulillah sebab bertambah lagi umat Muhammad s.a.w, nak ucap tahniah ke…

Persoalan aku ialah….

Apa yang nak kisah sangat kalau orang nak beranak lagi? Bukan pegi tumpang kat perut orang lain pastu tolong meneran masa beranak nanti pun. Bukan la aku pregnant luar nikah pun, sah dan sahih ada sijil nikah. Bukan ke rezeki kalau dapat anak? Tak semua orang dapat rezeki macam ni, ada orang nak beranak kali pertama pun susah, ada yang bertahun tak ada anak, ada yang dah beranak nak tambah anak lagi pun payah. Merancang? Kita merancang, Allah yang menentukan. Jadi rezeki Allah apa nak sebok-sebok kecoh? Anak yang ada kecik lagi dan tak sempat nak bermanja lama? Sapa dok buat polisi macam ni? Anak dah besar ke, kecik lagi ke kasih sayang, nak bermanja takde bezanya. Aku tak ada polisi anak tunggal, anak bongsu…semua sama rata.

Dah tentu perhatian akan lebih kepada sikecik yang baru tapi kena la bahagi dan luangkan masa dengan yang lain-lain juga. Kena libatkan juga dieorang dalam aktiviti menguruskan adik baru.

Jadi, bila tau orang pregnant lagi jangan la ada sentiment macam tu. Kan lagi afdal dan sopan kalau diucapkan selamat dan tahniah….


~ 26 minggu * Buat blog


Alhamdulillah, sihat walafiat baby dalam kandungan. Pada usia 26 minggu, denyutan jantungnya bagus, pergerakannya juga bagus, dianggarkan beratnya sekarang 758 gram. Alhamdulillah tekanan darah dan urine  aku juga normal. Orang bujang atau anak dara? Tak kisah la asal sihat, cukup sifat semua sudahla. Pegi check up tadi pun santai je, orang tak ramai, nak menunggu pun tak lama. Dan paling best dapat goodies bag! hehehehe... Ada diapers free, lotion free, toiletries free, discount voucher dan segala macam pamphlet.

Paling lega bila berat aku pun tak la dahsyat sangat naiknya, sederhana saja. Tapi dah terasa tak terlarat nak bawak badan dah. Rasa dah macam dihujung-hujung. terasa kali ni baby saiznya lagi besar dari abang-abang dan kakaknya. Setakat ni melahirkan Aqil saiznya paling besar setakat ni, 3.4 kg. Qaisara 3.1 saja dan Isyraq 3.2kg. Tak kisah la...asal sihat sudah.

*******

Dah lama tak update blog sndiri sebab dok sebok buat blog untuk orang lain. Wah...macam hebat je kan....hehehehe.... rezeki dah datang, orang bagi upah suruh buatkan blog, apalagi kasi rembat je la. Die nak yang simple-simple je untuk butik pengantin die. Dalam pada simple nak juga glitter ngan slide segala. Tapi enjoy juga membuatnya. Seronok bila mengedit-edit html sana sini, bila preview dah jadi.... Terima kasih bebanyak la kat Cikgu Google yang banyak bagi tutorial dan tips. 

Tak la pandai mana aku membuatnya, tapi berguna la juga ilmu masa blaja kat kampus puncak bukit tu dulu sebab masa part 4 ada subjek html ni dulu. Tapi boleh gila la juga tengok kod-kod html tu...bila tak jadi cepat je aku jadi naik angin!

Kalau korang rajin, cer jengah blog yang aku buat tu kat sini. Korang rasa ok ke? :)


Wednesday, June 6, 2012

~ Al-fatihah buat mak...



Hari ni genap 4 tahun arwah mak pergi meninggalkan kami semua. Dah 4 tahun tapi tetap lagi hingga saat ni masih aku tak biasa lagi nak biasakan diri dengan ketiadaan dia. Mak pergi selepas seminggu berada di wad CCU Hospital Besar KL. Pada petang Jumaat yang hening. Tanpa sesiapa pun antara kami berada di sisi dia waktu saat-saat akhir itu. Tapi nurse kata, pemergiannya mudah. Nurse juga menemani dan mengajarkan dua kalimah syahadah padanya. Allah menjemput dia pulang di saat kami semua perlu membuat satu kata putus yang sukar. Setelah seminggu, semua kaedah dan ubat dah diberi tapi tak ada tanda positif melainkan menamatkan sistem sokongan hidupnya atau teruskan saja hingga sampai waktunya. Mak mungkin taknak kami semua serba salah nak putuskan apa,.

Aku yang paling ralat sekali rasanya. Tak dapat menjengah langsung waktu die disana sebab masih dalam pantang Aqil Najmi. Semua orang tak benarkan aku keluar. Aku hanya dengar perkhabaran dari kakak dan ayah saja. Tambah tak sabar nak jengah dia disana bila angah aku bagitau yang mak sedar apa dicakapkan pada dia. Bila dia dengar pasal anak cucunya, ada titisan air di hujung matanya. Jadi lepas berbincang dengan en.hubby aku nak juga pegi tengok dia walau masih dalam pantang dengan syarat kena jaga diri segala, lagipun dah dihujung-hujung waktu berpantang, tapi tuhan lebih sayangkan dia. Masa along call bagitau pemergian dia, aku hanya mampu menangis dan berkata berulang kali "kenapa mak tak tuggu adik datang....."

Pemergian mak sewaktu aku masih dalam pantang 42 hari memang mencabar. Aku nak jalankan tanggungjawab terakhir sebagai seorang anak, tapi ramai yang melarang. Banyak sangat pantang larang. En. hubby benarkan itu dah cukup memadai. Soal-soal tabu, takut jadi itu ini serahkan saja pada Allah.

 Aqil Najmi cucu terakhir yang die kendong, yang dapat merasa dipeluk bawah ketiaknya. Dalam pantang dia kuat menangis, mungkin sebab dia tau dia akan kehilangan. Neneknya berpesan, "jangan nangis lama-lama, kamu lelaki. Nanti sampai besar orang bercerita, malu..." Masa dapat panggilan dari along yang mak dah tak ada, terus hilang tangisan dia...

Sungguhpun ralat tak dapat bersama dengan dia sepanjang dia berjuang di CCU, aku gembira sebab akhir hayat dia bersama aku dirumah. Walau tak dapat menjaga sepenuhnya sebab dalam tempoh berpantang, sekurang-kurangnya, aku punya kenangan terakhir bersamanya....

Tuesday, June 5, 2012

~ Maraton menjaga anak-anak tak sihat



Start cuti sekolah minggu lepas lagi rutin menjaga anak tak sihat dah bermula. Dimulai dengan Qaisara. Ulser pada mulut, sampai dah bernanah. Doc kata dah dijangkiti kuman. Kesian die tak lalu nak makan. Dah melepek je tak cergas sangat. Minum pun kena pakai straw. Suhu pun naik tinggi, kalau tak 38 mencanak sampai 39! Seriau sungguh! Dah malam tak lena dibuatnya, dok monitor suhu badan. Lepas beberapa hari doc bagi antibiotik dengan krim medigel untuk disapu pada bibirnya, juga ulser tu dah merebak ke lidah pula baru la die mula cergas sikit.

Beberapa hari lepas tu sampai la giliran Aqil. Tak kena uler tapi batuk dan selsema. Batuk berkahak yang tebal. Kesian tengok die susah nak bernafas especially time tido. Juga suhunya mencanak naik! Seriau dengar die batuk, kalah orang tua punya batuk! Sekali lagi dalam minggu yang sama berulang ke klinik, doc bagi antibiotik, ubat kahak, selsema juga di bagi sedut gas sekali untuk melegakan pernafasan. Alhamdulillah beransur sihat lepas 2 ke 3 hari.

Memang mengikut turutan, kali ni turn Isyraq pulak! Dimulai dengan ragam yang ntah apa-apa, merengek tak tentu hala, demam. Ingat nak tumbuh gigi tapi lepas sehari dua, timbul la ulser dekat lidah, dekat bibir dan dekat gusi die setompok...Kalau dah budak setahun empat bulan yang kena penyakit macam ni memang la parah...serba tak kena je la segala apa yang dibuat. Merengek setiap masa. Tak tido malam dibuatnya. Makan pun dah tak lalu, minum susu pun tak berapa nak. Buat bubur pun die taknak makan. Doc kata kena jugak bagi makan sebab untuk budak sebesar die kalau tak makan nanti kena masuk air..maksudnya dok spital la kan...aaarrgghhh...takmo! Cepat badan die dah susut, tidokan dalam buai pun die taknak buai berenti dienjut...patah pinggang duduk je mengenjut buai! Ikut cakap dok, sapu medigel tu dalam 2 ke 3 hari ni nanti die ok la tu. Mintak-mintak la...tapi dah satu keje mencabar sungguh nak sapu mulut die dengan gel tu. Abis digigitnya jari aku! Udah mama pulak yang terjerit tahan sakit. Jadinya, tak sure la betul ke tak dapat sapu kena betul kat tempat yang bermasalah tu...


Friday, June 1, 2012

~ Lenggang kangkung



Petang ni selepas pegi monthly check up dekat hospital, kami semua akan balik kampung. Kenduri kahwin sepupu en.hubby di Alor Gajah esok. Dua beradik sekali naik pelamin. Dah jadi trend sekarang buat serentak,  menjimatkan dan lebih meriah. Sedara mara semua akan berkumpul, yang sedekat-dekat hinggalah yang jauh dari Seberang Tambak. Kadang-kadang, tak sebab kenduri kahwin memang tak jumpe. Ni la masa nak kenalkan anak-anak dengan saudara mara.

Selalunya bila tiba kenduri kendara saudara mara tak kira la belah en.hubby atau aku, mesti ada sesuatu yang aku buat dan dah tentu la tolong rewang sama. Buat lauk pengantin ke, cucuk bunga telur dekat pahar, buatkan bilik pengantin, hantaran. Tapi kali ni melenggang kangkung la jawabnya. Minggu ni baru masuk 24 minggu tapi rasa tak daya tu macam dah nak menunggu hari.  Duduk lama sangat pun tak kena, berdiri lama sangat pun tak selesa, baring lama sangat pun badan dah sengal. Perjalanan 2 jam nak balik sana ni pun aku dah terasa tak daya nak berlama-lama dalam kereta. 

Cadang nak kukus kuih sikit tapi mak mertua kata tak payah la nak renyah-renyah kalau dah tak larat, tempah saja. Aku ikut je la. En.hubby pun tak bagi nak sibuk-sibuk sangat. Dah sampai sana nanti kalau ada yang terdaya nak dibuat, buat la sikit-sikit. Tak biasa pulak rasanya nak berlenggang kangkung, tak buat apa macam tetamu VIP gamaknya....hehehehe....


Thursday, May 31, 2012

~ Khatam Iqra




Alhamdulillah sangat-sangat apabila sedari awal tahun lagi Qaisara maklumkan yang die dah abis baca Iqra. Dan sudah mula membaca Al-Quran. Jadi dalam pada dok menahan sakit tu, sejuk juga la hati mendengar perkhabaran ni, terang hati anak mama.

Niat nak bersedekah pulut kuning tapi mama belum berkesempatan nak buat. InsyaAllah akan dibuat secepat yang mungkin. Akan mama hadiahkan juga senaskah Al-Quran kerana sekarang ni Qaisara di sekolah mengaji menggunakan Al-Quran cikgunya. 

Semoga Allah terangkan hati kamu anakku untuk menerima pelajaran dunia dan akhirat. Semoga berguna segala pelajaran yang telah kamu pelajari... Amin.


Wednesday, May 30, 2012

~ Manusia tanpa hempedu



Susulan entry 'Harus kekal sihat' yang lepas, tahun 2012 ni lagi sekali aku diduga dengan masalah kesihatan. Rupanya, tiroid tu hanyalah permulaan kepada segala yang perlu aku tahu. Comprehensive check up dekat hospital memberikan aku jawapan kepada persoalan yang aku tak pernah expect. Satu, polips yang dikesan dekat hempedu selepas operation appendiks dulu tu dah bertukar menjadi batu karang dan kedua, aku disahkan pregnant hampir 3 bulan waktu tu! What a surprise!

Dan bermula la dilemanya di situ...Sakit pada hempedu menjadi-jadi. Memang tak tahan sakitnya. Bila dah datang sakitnya, melepek je la aku, lembik. Terbaring je keje sampai terlena menahan sakit. Masa tu berdoa je la anak-anak yang tengah main, elok perangai dan tak accident ke apa. Terpaksa la berharap pada Qaisara untuk jaga adik-adik. Apa lagi ditambah dengan symptom pembawakan budaknya lagi. Pening, kepala pusing 360 darjah, bila tiba datang sakit sampai rasa loya.

Tapi tak dapat nak diubatkan batu karang pada hempedu ni dengan cara makan ubat mencairkan batu tu sebab ubat-ubatan semuanya kuat-kuat kondisinya, akan membahayakan pada kandungan. Melainkan buat operation buang terus hempedu tu. Dah tak boleh jugak sebab tengah pregnant. Doc kata, kalau  sakit makan panadol, terpaksa tahan je la sakit tu kalau boleh sampai bersalin then baru buat operation. Kalau nak buat pada trimester pertama dikhuatiri akan keguguran, pada trimester ketiga pulak takut nanti bersalin tak cukup bulan dan mungkin juga keguguran, ada peluang buat pada trimester kedua tapi tetap 50-50 risikonya; yang mana operation insyaAllah selamat pada awal trimester kedua, tak boleh buat kalau kandungan dah besar sebab nanti takut rahim bocor. Risiko keguguran tetap ada. Nak gugurkan kandungan atas sebab kesihatan? Mustahil sebab baby dah cukup sifat, lagipun tak sampai hati nak buat macam tu. Walau tak ready nak ada baby baru tapi aku takut dengan rasa bersalah dan rasa belas tengok muka en.hubby yang seronok bila tau nak dapat rezeki baru. 

Ini pendapat general surgeon, gynae pun setuju dengan pendapat tu. Die suggest supaya bertahan smpai bersalin. Start dari tu hari-hari kepala otak ni pikir apa option yang boleh diambil. Semuanya tak kena, kalau  macam ni takut jadi macam tu, buat salah tak buat tak tahan tanggung sakit. Bila dah melepek je kejenya, buat keje apa pun tak jadi. Setakat goreng telur dengan sayur tumis air je bagi anak-anak makan. Nak hadap lappy pun tak kuasa. Dan baran makin menjadi, tak boleh la silap sikit. Tiap saat, tiap minit tak berenti-berenti pikir apa option dan solution yang boleh dibuat. Pada waktu tu hanya kami suami isteri yang tahu keadaan ni. Kami tak khabarkan pun pada sesiapa pasal kehamilan dan komplikasi ni. Hanya selepas beberapa lama baru kami berkongsi dengan seorang dua juga maklumkan pada mertua dan pada angah aku. Pada ayah hanya last minit pun baru bagitau. Taknak nak susahkan dan risaukan sesiape.

Akhirnya pada 18 April 2012 sewaktu pergi maternity check up untuk minggu ke 18, selain dari rutin biasa  check up, Alhamdulillah baby sihat, denyutan jantungnya normal, sudah cukup sifat dan aktif, gynae juga inform yang operation batu karang hempedu tu boleh dibuat pada stage awal trimester kedua ni sebab kondisi masih selamat coz baby masih dibawah pusat. Kandungan tak terlalu besar lagi dan risiko boleh diminimakan. Malam tu juga, dkhabarkan pada en.hubby. Die kata, terpulang pada aku kalau nak buat ke tak operation tu sebab yang membawa kesakitan tu adalah akrab. Walau begitu, aku mula rasa macam-macam. Taknak jadi selfish. Sebab diri sendiri tak tahan sakit, nanti hilang baby pulak. Runsing!

Tak renti-renti la dok memikirkan pasal ni. Kalau teruskan, takut hilang baby. Kalau tak buat, tak mampu nak tanggung sakit sampai lepas bersalin. Kalau tahan sakit sampai lepas bersalin, macam nak nak jaga anak kecik kalau dah sakit. Kalau lepas bersalin baru nak operate, macam mana dengan baby pulak, sape nak jaga sedangkan nak recover lepas operation tu makan dalam sebulan la juga. Dah la pantang nanti jaga diri sendiri, tak ada orang lain jaga. Haisshh.... Akhirnya, kami berdua sepakat untuk jumpa general surgeon minggu berikutnya Jumaat, 27 April 2012. En.hubby ambik cuti untuk teman pegi jumpa doc sama-sama.

Kandungan sudah masuk minggu ke-19. Doc kata, this is the best time. Die boleh operate next Monday or even tomorrow morning! Terkedu kami berdua dengar. Tak sangka pulak secepat ni. Tapi kami tak banyak pilihan pun. Soalan demi soalan kami tanya untuk puaskan hati, untuk sedapkan hati. Kami minta masa pada doc untuk fikirkan balik, nak arrange anak-anak lagi, nak bagi tau ayah aku juga mertua. Balik rumah, sempat siap lipat kain, bagitau ayah, bagitau mertua, bagitau angah aku. Kemas kain baju untuk admit. Lepas Jumaat, terus kami ke hospital balik untuk confirm decision kami. Operation besok pagi dijadualkan dalam pukul 10.30 pagi. Admit je kat bilik, segala jarum dicucuk, darah di ambil, dan makan la sepuas hati sebab nanti dah kena puasa pulak.

28 April 2012. Masanya dah tiba. Bukan first time nak operation tapi kali ni aku jadi sayu sikit, sebab dok mengenangkan baby dalam perut ni. En.hubby tak datang, sebab aku pesan jangan kelam kabut sangant pagi-pagi nak berkejar ke hospital, settlekan je anak-anak dulu. Sampai dekat bilik menunggu pembedahan, tak renti-renti pulak meleleh air mata ni. Segala selawat, zikir tak putus-putus dari mulut ni. Bila dah di beri taklimat dari doc bius, still aku tak renti-renti bertanya itu ini. Nurse yang ada sama pun terkejut bila atau aku pregnant 19 minggu, die usap bahu, tangan dan cakap jangan risau.

Entah berapa saat, serta merta aku dah tak sedar. Sewaktu segerombolan manusia tengah berdemo Bersih dekat KL, waktu tu la aku sedang di'bersih'kan oleh doc dan team die. Hanya sedar bila nurse kejutkan dan bagitau dah selamat, selesai operation. Bukak je mata, Nauzubillah sakitnya! Menangis sakan aku kat atas katil tu, juga aku panic sambil pegang perut nak tau baby ada ke tak. Nurse terus inject ubat dekat punggung dan suruh tidur. Masa diusung keluar dari bilik pembedahan nak dihantar ke wad, terdengar suara anak-anak, en. hubby, ayah, kedua mertua dan adik ipar. Sampai kat wad even nurse suruh tido jangan bangun, aku insist nak tengok anak-anak dan en.hubby. Lega. Nak cuba bercakap tapi en.hubby tak bagi, suruh rehat, tidur.

Operation dibuat menggunakan kaedah Laparascopic. Kaedah tebuk sama macam aku operate apendiks dulu. Jadi dah dua kali la pusat ni dah kena tebuk. Hempedu dibuang semuanya, kalau tak buang semua dikhuatiri akan berulang. Jadi aku sekarang adalah manusia tanpa hempedu! Doc kata jangan risau tak ada hempedu sebab yang penting adalah hati. Hempedu sendiri berfungsi dengan bantuan hati, kira die ni macam sidekick je la.

Alhamdulillah lancar semuanya, hari Isnin berikutnya dah boleh discharge. Sebelum discharge jumpe gynae, Alhamdulillah keadaan baby baik. Baru lega sangat-sangat. Bermula nak jaga diri lepas operation dekat rumah. Kena jaga extra sket sebab jahitan kali ni bukan jenis yang diketip tapi dijahit dengan tali. Sakit! Nak dukung anak, nak tunduk sangat tak boleh. Tak boleh lasak. Jalan punya la slow kalah masa dalam pantang! Tapi kerja rumah yang ringan-ringan still jalan juga.

Selepas sebulan, makin sihat sikit rasa tapi tak secergas masa mengandung yang sebelum-sebelum ni, cepat semput dan mengah. Yang penting, semuanya berjalan macam biasa.


Monday, May 28, 2012

~ Bersawang!!


Ohhhh...!! Bersawang sungguh teratak aku ni!! Jenuh nak bersihkan ni. Banyak nak dikhabarkan, tapi tak tau pulak nak mula mana dulu. Takpe, pelan-pelan kayuh la ye.... Harap masih ada yang masih ingat pada teratak aku yang tak semenggah ni.... :)

Saturday, February 25, 2012

~ Ulangtahun Perkahwinan yang ke-6


Alhamdulillah. Jodoh kami masih berpanjangan dan bertaut hingga tahun yang ke-6. Cepat sungguh masa berlalu dan kami dikurniakan dengan 3 permata hati yang sedang membesar bagai johan!

6 tahun yang dipenuhi suka dan duka... Walau banyak yang duka, dan dugaan tapi Alhamdulillah, tetap bersama ditempuhi. Dan segala duka tu dah terpadam dengan setiap kenangan terindah bersama putera puteri kita. Semoga akan terus berkekalan hingga akhir waktu, semoga kami dilindungi oleh sebarang marabahaya, semoga dilimpahi dengan rahmat dan rezeki dari-Mu. Amin...


Putera puteri permata hati kami





Tuesday, February 21, 2012

~ TV Kotak


Sekarang ni hampir semua rumah aku rasa tak pakai dah TV kotak. Semuanya sekarang dah advance pakai tv ringan sekeping, lebar dan ringan. Flat screen. Tak kira la branded punya ke, cap ayam punya ke. Dah jadi trend wooo... Even orang kampung pun pakai ni jugak sekarang tau, siap gantung kat dinding lagi. Harga toksah cakap....lebih dari gaji sebulan pun ada.

Aku rasa aku adalah segelintir orang yang masih guna tv kotak ni. Dah 7 tahun dan masih dalam keadaan yang elok, sihat walafiat. TV ni en.hubby yang beli sebelum kahwin dulu. Benda elok lagi, pakai je la kan. Asal boleh tengok tv sudah la. Tapi bila anak dara aku tanya, "kenapa tv kita besar tv kat rumah orang tu kakak tengok panjang, kecik je..." Memang aku layan gelak terkekeh je la...aku kata tv rumah kita ni antik kakak. Ok apa? Bukan barang antik ni lagi berharga ke...sentimental value! Siap ada pulak antena kat blakang...hehehe...

Gambar ni si cik abang Aqil Najmi yang snap. Tu sebab la nampak terpantul semacam. Tu la tv kotak 21 inci kami... Masih terus berjasa...hehehehe


Monday, February 20, 2012

~ Harus kekal sihat


Penyakit memang la tak boleh dijangka, kalau dah dapat jugak kena la redha. Ujian dari Allah dan bagi menghapuskan dosa-dosa kecik. Tapi aku harus kekal sihat….

Semalam ke klinik sebab banyak perubahan pada badan yang aku notice. Doc tanya soalan yang buat aku sentap…. “Pernah tak sepanjang tahun lepas buat full check up kesihatan pada badan?” Maknanya, buat saringan kesihatan atas seluruh tubuh badan, korang penah buat?….Memang tak pernah dibuat pun seumur hidup. Hidung berair sket ke, batuk plak, demam sket, pening atau sakit kepala ke, klau ada stok ubat telan je la. Agak-agak dah makin teruk baru la gi klinik. Kalau buat check up yang detail pun masa peregnant dulu je la.

Dan secara amnya, Doc suspect…suspect saja…harap-harap bukan betul! (seriau sebenarnya…) yang melalui symptom yang aku bagitau kat die, berkemungkinan adalah Tiroid….alahai…. Dan jarum pun disuntik ke lengan untuk ambik darah dan buat test. Kena tunggu Selasa atau Rabu nak tau apa resultnya… Sungguh...sungguh aku seriau!

Tapi aku harus kekal sihat….mesti! Kalau aku tak sihat abisla! Memang tak jalan la keje umah ni. Askar kecik yang 3 orang, ayah yang dah masuk 3 minggu tak sihat, en.hubby yang juga bukan berapa sihat sangat…. Phhheeewwww…. Semoga Allah kurniakan aku kesihatan yang baik!

Friday, February 17, 2012

~ Budi Abang Posmen


Sejak dari aku sekolah menengah sampai la dah beranak 3 ni, Abang Posmen masih tetap orang yang sama. Kawan-kawan sekolah yang sama duduk kat kawasan ni pun tak kenal, tapi aku boleh kenal sebab die telah berbudi pada aku. Walau hanya sekali itu tapi sampai hujung nyawa aku akan kenang.

Dipertengahan tahun 1999 hampir semua kawan-kawan dah ke alam baru, alam kampus yang kami semua idam-idamkan. Tapi aku masih tersadai di kedai kopi sebab terkandas dalam permohonan UPU. Hinggalah seorang kawan sekolah yang sudah berada nun di kampus puncak bukit Shah Alam beri perkhabaran yang ada peluang lagi, permohonan direct dengan UiTM bukan melalui UPU. Jadi dengan pertolongan sahabat ini juga yang berbesar hati menolong belikan borang, (terima kasih daun keladi juga untuk kamu!); dengan hati yang riang borang pun di isi. Dah disiapkan segala dokumen berkaitan yang diperlukan untuk hantar sekali, tiba la masa untuk pos. Kat kawasan aku tu dulu tak ada pejabat pos, yang terdekat pun jauh. Kalau dimasukkan kat dalam tong merah tu jawabnya lambat la kan sebab due date tak brape hari je lagi nak abis...

Jadi hari tu, aku tunggu Abang Posmen datang menjalankan tugas die hantar surat. Dekat 2 jam la jugak mintak pelepasan tolong kat kedai kopi dari arwah mak. 

Aku: Assalamualaikum...
Abang Posmen: Wa'alaikumussalam.
Aku: Bang, nak mintak tolong bawak sekali surat ni boleh?
Die membelek sampul surat tu dan senyum...
Abang Posmen: Boleh, dah dateline ke?
Aku: A'ah..lagi berapa hari je...Terima kasih ye....
Abang Posmen: Sama-sama

Selepas beberapa minggu satu kad yang memberitahu borang sudah diterima dan sedang diproses aku dapat. Lega. Waktu tu tawakal dan berdoa je la supaya ada rezeki aku. Lepas dari sebulan kalau tak salah aku...itulah masanya. Aku nak keluar pegi bertugas ke kedai kopi lepas siapkan keje kemas rumah. Dalam pada nak kunci pintu ada orang tegur. Abang Posmen!

Abang Posmen: Assalamualaikum
Aku: Wa'alaikumussalam...
Die senyum....pastu dok cari surat kat tangan die...dan die bagi by hand satu sampul surat dan berkata...
Abang Posmen: Tahniah

Dan aku?....terkedu cam tu je...tak dan nak kata apa pun...die pun dah berlalu teruskan keje die...Tak dan nak cakap terima kasih pun! Dah masuk seminit dua baru aku perasan tu surat dari UiTM. Bila sampul dibuka,  Alhamdulilah....tawaran yang dinanti-nantikan! Segera meluru ke kedai kopi bagitau arwah mak dan ayah. Pertengahan bulan 12 harus ke sana!

Selain dari rezeki aku, juga doa dari arwah mak dan ayah, juga ehsan yang diberi oleh Abang Posmen. Alhamdulilah! Kerana jujur dan amanah die bekerja, die masih dalam pekerjaannya. Masih terus berbudi pada semua orang disini dengan menghantar surat-surat. Kalau nampak aku ada kat luar rumah, tengah menyapu ke, sidai kain ke, surat-surat akan die bagi pada aku by hand je. Ramah juga die berbual dengan ayah aku. Kadang die akan kata pada ayah aku, "pakcik, hari ni takde surat untuk rumah ni".

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Thursday, February 16, 2012

~ Aqil Najmi dan TV


Kisah 1

Dalam peti surat selalu ada lembaran iklan akan disumbat. Satu hari Aqil jumpe satu iklan jual kereta...

Aqil: Haaaa...ini kereta ni la kakak
Qaisara: Kereta apa abang?
Aqil: Ni la...ni kereta Abang Saleh kan?
Qaisara: Ye la, tapi kereta Abang Saleh warna merah.

Tengok Upin & Ipin? Watak Abang Saleh dalam cerita ni, die berkereta Proton Exora... :)

Kisah 2

Mama: Kenapa papa die pukul die?
Aqil: Die nakal, die tak dengar cakap papa die la...
Mama: Abang nak dengar cakap? Nak nakal-nakal tak?
Aqil: Nak la dengar...taknak nakal...nanti abang masuk api neraka...

Video klip Awan Nano, bila Hafiz di lempang oleh ayahnya, Herman Tino kerana berkurang ajar.

Kisah 3

Musim bersunat melanda cuti sekolah hujung tahun lepas...

Aqil: Mama, abang pun nak sunat jugak la...
Mama: Betul ke? Tak nangis ke nanti?
Aqil: Tak, abang tak nangis...abang nak sunat macam Mail...

Upin & Ipin sekali lagi sewaktu episod bersunat. Mail yang cool bercerita pada semua betapa die hebat waktu bersunat... Tapi bila kata nak sunat tu kena potong bird tau plak die takut!

Kisah 4

Liputan Sukan SEA tahun lepas.

Atuk: Cuba duduk diam, elok-elok. Tengok sukan tu, die buat apa tu...
Aqil: Buat apa? Ooo..buat itu

Dengan pantas, kerusi di panjat dan die berdiri di hujung kerusi. Tangan dinaikkan ke atas, kaki ditinjit dan terus terjun ke bawah.... Meniru aksi sukan terjun papan anjal!

Kisah 5

Salah satu aktiviti yang dimain dengan kakaknya adalah berjual beli...kadang-kadang suka menyampuk time dieorang main...

Aqil: Ye cik...nak beli apa?
Mama: Nak beli mainan ni boleh?
Aqil: Boleh...nak berape?
Mama: Nak satu je.
Aqil: Tak boleh...2 singgit la....

Sekali lagi Mail dari Upin & Ipin jadi ikutan...

Wednesday, February 15, 2012

~ Wordless Wednesday - Kejar bayang-bayang


Isyraq sangat suka bila pintu dibukak. Walau tak dapat keluar terus, die rasa bebas. Apalagi bila ada bayang-bayang, die akan sibuk mengejar...


Monday, February 13, 2012

~ Terasa sesuatu dalam hati...


Itu maknanya dalam BM, atau lebih mengujakan bila dalam disebut dalam bahasa Hindi; Kuch Kuch Hota Hai. Menonton filem ni Sabtu lepas di TV3 memang seronok dan memang terasa sesuatu dalam hati aku iaitu kenangan menonton filem ni di panggung dengan arwah mak masa lepas SPM penghujung tahun 1998. Arwah mak belanja. Hari tu kami cuti dari berniaga, jadi it’s a mother daughter day out! Seawal pagi kami dah menunggu Intrakota, sekarang RapidKL. Setibanya dekat Central Market, mak tanya nak tengok wayang cerita apa? Kebetulan waktu tu ada filem Melayu Puteri Impian, tapi aku kata tak payah tengok cerita Melayu, raya nanti keluar la kat tv…hehehehe… Jadi aku ajak mak tengok cerita Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai. Cerita ni tengah hot masa ni! Kami pun berjalan kaki ke Dataran Merdeka.


Kalau nak tau, dulu di bawah Dataran Merdeka tu ada satu food court dan panggung kecil. Panggung yang tayang citer Tamil dan Hindustan sahaja. Tapi dah ditutup lepas berlaku banjir kilat yang menjejaskan keadaan kat bawah tu. Sampai je kat kaunter tiket, cerita dah bermula. Terus kami masuk ke panggung, dan aku menjerit! Menjerit sebab excited tengok muka Shah Rukh Khan sebesar-besarnya kat layar tu! Hahahaha… Full house panggung tu even kami pergi waktu hari bekerja. Ohhh….memang meleleh saje ayor mata, dan lagu-lagunya memang superb…sedap-sedap! Jalan cerita memang menghiburkan. Selesai menonton terus kami ke food court makan pulak. Dan kami teruskan hari tu dengan menyinggah ke Jalan TAR, mak beli tudung, beli kain. Hampir malam baru kami tiba kat rumah.

Hebatnya Kuch Kuch Hota Hai sehingga gaya rambut Kajol masa tomboy jadi ikutan. Kalau pegi kedai nak gunting rambut, akan diminta tukang gunting potong gaya macam tu. Dan lipstick earth colour Kajol juga jadi ikutan, merah menyala, pink waktu tu kurang orang pakai dah. Bukan tu je, siap dengan ngikut nak anak mata serupa Kajol, mula la cari contact lens kaler ala-ala coklat gitu. Sekarang bila tengok filem yang baru-baru, susah nak dapat yang best jalan ceritanya macam tu.

Sekarang ni, even bila dengar saja lagu ni di radio, apa lagi menontonnya, buat aku senyum sendiri dan bergenang air mata. Kenangan bersama arwah mak yang akan jadi kenangan selamanya dan sentiasa akan terasa sesuatu dalam hati…..

Ladki Badi Anjani Hai...lagu yang paling aku suka dalam movie ni

** pic..courtesy of google...

Saturday, February 11, 2012

~ Semput


Balik dari rumah opah semalam dah kedengaran Qaisara batuk. Baru je bulan lepas die batuk, dah jadi balik. Batuk bulan lepas tu siap dengan bunyi berdehit dan die bernafas nampak susah. Ke klinik dan doktor kata memang dengar sesak die bernafas, tapi Alhamdulillah die masih aktif. Katanya kalau tanda-tanda ni berulang dalam satu jangka masa tertentu, hampir boleh disahkan die menghidap asthma. Jadi, dibagi sedut nebulizer dan diberi ubat. Doc tanya pula dalam keturunan siapa yang ada asthma, aku la tu! Kesian Qaisara, die bukan saja dapat eczema tapi kebarangkalian untuk menghidap asthma pembawaan dari aku. Haiisshhh...

Aku pun bukan la dapat asthma ni dari kecik pun even keturunan aku memang ada penyakit ni, arwah mak kata masa kecik aku tak menghidap semua ni. Aku dapat ni akibat dari jerebu yang teruk melanda negara kita ni masa tahun 2004 kalau tak salah aku. Masa tu aku batuk hampir 2 bulan, berulang ke klinik, berbotol ubat dah abis sampai la batuk tu jadi berdarah pulak! Pergi ke specialist, dah diuji itu ini confirm la aku dapat asthma ni, dan dibekalkan la dengan inhaler tu. Tapi aku control diri, supaya tak bergantung dengan inhaler tu.

Kata orang kalau dari kecik dapat asthma ni, sepanjang tempoh membesar insyaAllah ada peluang untuk sembuh. Tapi kena la nak ikhtiar apa yang patut kan. Taknak nanti kesihatan die ni nanti mengganggu pembelajaran dan die kena selalu ponteng sekolah. Dan aku kalau boleh taknak die kecik-kecik lagi kena sedut inhaler tu.

Korang ada apa-apa petua yang boleh share sama?

Friday, February 10, 2012

~ Birthday Boy Ali Qa'id


Selain Isyraq menyambut birthday yang pertama 2 Februari lepas, 6 Februari giliran abang sepupunya Ali Qa'id meraikan ulangtahun ke 4. Ali anak kelima Angah aku, sebaya dengan Aqil. Bersempena dengan itu, kakak Ali, Zinnirah buatkan kek istimewa untuk meraikannya. Anak dara Angah aku ni baru 12 tahun umurnya memang suka bab masak-memasak ni, nasi lemak, telur masak kicap, sambal, kek dah lepas dah die memasak untuk keluarga besarnya. She's Masterchef in the making! Kalau datang rumah aku time aku tengah ada Astro, mesti die akan leka dengan channel AFC. Keraian kecil ini berlangsung di rumah aku petang Isnin lepas. Excited semua adik beradik sepupu ni! Sampai Aqil dok tak berenti-berenti tanya bila nak mula ni, bila boleh makan kek ni? Sebab die sangat suka makan kek!

Square cake with creamy topping. Ali 4 tahun tapi lilin nombor 1 tu untuk berkongsi kegembiraan dengan adik Isyraq

Jom nyanyi sama-sama...Ali yang di tengah-tengah berbaju putih merah.

Kek Rainbow, dilapisi dengan jem mangga epal dari pokok belakang rumah Angah...Bravo Chef Zinnirah!



Thursday, February 9, 2012

~ Hak kami


Untuk dapat hak sendiri pun susah ke? 
Itu hasil titik peluh dan hak anak-anak kami...
Tanggungjawab kepada orang yang bami berhutang...
Hak kami untuk hidup tenang dan normal macam orang lain...
Kami tak mintak hidup macam jutawan...dan kami tak pernah kisah pun nak hidup macam tu...
Subhanallah...hentikanlah...beri kami hak kami!
Adil ke kami perlu jadi peminta sedekah sedangkan itu hak kami?
Adil ke kami dipandang hina hanya kerana kami kehilangan hak kami?

Astgahfirullahalazim...
Subahanallah....
Allahuakbar!!!

~ Perarakan Maulidur Rasul


Ahad, 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiulawal lepas adalah hari Maulidur Rasul. Hari kelahiran junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w. Bersempena dengan itu, petang Ahad tersebut Qaisara menyertai perarakan anjuran sekolah PASTI dan KAFA. Die teruja sungguh, sejak dari hari Khamis dah asyik sebok berulang-ulang bagitau yang die akan berarak dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgunya. Bukan sekolah PASTI dan KAFA je yang berarak tapi semua persatuan, rukun tetangga, AJK dari setiap blok kawasan perumahan tu turut serta. Hampir seribu lebih jemaah la juga dan kami semua berarak sambil berselawat lebih kurang dekat 5km. Tapi Qaisara, Aqil even Isyraq pun enjoy berjalan, tak terasa jauh pun. Apa Isyraq tak enjoy, bukan die berjalan...mama yang dukung die!hehehehe...


Budak yang meragam nak tumbuh gigi, terus hilang ragam dapat didukung berjalan...basah baju mama dek air liur yang meleleh je

Beratur dulu...


Qaisara di saf depan sekali...

Penuh semangat sampai menyinsing seluar

Penat berjalan dapat pulak upah makan ais krim


Alunan nasyid dari kanak-kanak

~ Selamat Bertunang Baby


4 Februari 2012, Sabtu lepas sorang sepupu aku selamat bertunang. Alhamdulillah berjalan lancar semuanya. Baby nama timangan dari kecil yang melekat smpai ke hari ni, nama sebenarnya Emar Naizhatulakmar. Anak-anak aku pun panggil Mak Lang Baby. Bukan die anak bongsu pun, cuma dapat adik lambat. Pertunangan di ikat setahun, tapi moga dipermudahkan rezekinya supaya dapat cepat disatukan dengan pernikahan. Jom layan gambar yang tak berapa nak dapat snap banyak sebab dok sebok main kejar-kejar dengan askar-askar kenit...

Pelamin pertunangan. Cantik

Tahniah buat kamu Baby dan Shah

Hantaran kedua belah pihak. Yang merah dari pihak lelaki yang oren dari pihak perempuan. Cantik-cantik semuanya.


Acara rundingan

Waktu majlis menyarung cincin oleh ibu tunangannya.

Wednesday, February 8, 2012

~ Kisah terkedu


Tengahari tadi aku ke kedai mamak sebab ayah yang tak sihat hari ni kepingin nak tosai dan kuah dal. Sementara tunggu order siap, duduk kejap dekat satu meja yang bersebelahan dengan budak-budak lelaki skolah menengah melepak minum dan makan (budak-budak skolah sekarang banyak duit ye….). Salah sorang darinya aku biasa nampak, sebab ibu bapanya berniaga tiap kali Ramadhan. Boleh kata dah tinggal dekat kawasan ni dari kecik smpai dah anak 3, hampir kebanyakan orang kat sini aku kenal. Kenapa aku kenal? Korang akan tau sebabnya dengan terus membaca…. :)

Jadi terkejut bila die mengatakan yang leceh nak enjoy ari minggu sebab kene menebeng muka kat gerai tolong mak ayah berniaga….Subhanallah… Urut dada dan , terkedu telan air liur je yang mampu aku buat waktu tu dan kebetulan tosai pun dah siap dibungkus.

Aku anak seorang peniaga kedai kopi. Tu sebab aku kenal kebanyakan orang-orang kat sini, dan orang pun kenal aku yang dulu comot dan sekarang dah usung anak 3. Mereka kadang-kadang bertanya khabar ayah dan arwah mak aku. Soalan standard dieorang ialah.. “Ini anak pakcik goreng pisang dulu tu kan? Wahhh..anak dah 3, mak ayah sihat?…” Aku tak pulak rasa malu, tapi bangga sebab orang kenal aku. Arwah mak dengan ayah aku dulu punya satu kedai kopi, yang menjamukan goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, sukun, cekodok pisang, cucur udang, karipap, buah potong, laksa dan juga ada air tebu. Kerana berada dikawasan perindustrian jadi ramai mat dan minah kilang datang menjamu selera. Alhamdulillah rezeki memang baik waktu tu.

Dengan duit meniaga kedai kopi ni la aku dibiaya persekolahan sampai ke universiti. Dulu balik je sekolah, lepas rehat kejap kat rumah dan makan, aku terus ke kedai menolong sebab kami tak ambil pembantu pun. Jadi kalau ada homework semua tu diusung ke kedai. Selalu jugak la buku bertanda dengan kesan minyak goreng pisang. Apa ada hal..asal siap sudahla. Even cikgu-cikgu pun tau mak ayah aku ada kedai kopi dan pernah menyinggah juga pernah order kuih untuk jamuan.

Tapi aku tetap ada alam persekolahan yang best. Aku tetap ada masa nak enjoy ngan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan mewah ada itu ini, aku tak kisah apa yang ada je. Kawan-kawan pun takde la nak menunjuk-nunjuk bagai pun. Alhamdulillah aku punya kawan-kawan yang understanding. Jadi tak timbul rasa malu atau kekurangan. Aku malah makin bangga bila ada antara mereka sampai hari ini mengatakan goreng pisang arwah mak aku dan air tebu perahan dari mesin ayah aku yang terbaik…

Jadi, mengapalah budak lelaki tadi ada perasaan macam tu. Ya, aku memang maklum yang ada macam-macam jenis orang dan mana la boleh expect orang lain akan sama macam aku. Budak zaman sekarang tak sama macam zaman aku dulu walau sebenarnya situasi sama je cuma teknologi dan pendedahan sosial yang berbeza. Tapi aku kasihan pada orang tuanya bila die berperasaan begitu. Die patut bangga yang die menjadi sebahagian dari ibu bapanya mencari nafkah untuk keluarga. Die patut jadikan ini sebagai pengalaman berharga yang bukan mudah nak dapat sesuatu…ada harga dan usahanya.

InsyaAllah… semoga die akan dapat petunjukNya. Nak cakap banyak-banyak, aku juga punya anak, Wallahualam…belum tahu lagi mereka bagaimana pula masa akan datang nanti tapi semoga mereka kuat jati diri. Jadi kewajipan aku dan en.hubby nak bentuk mereka, semoga kami juga beroleh kejayaan… Amin…

Berita Harian Online | Budak pecah kepala digilis bapa

Berita Harian Online | Budak pecah kepala digilis bapa

Subhanallah....Seriau bila baca berita ni. Lagi pulak budak yang menjadi mangsanya sebaya dengan Isyraq. Jadi pengajaran pada kita semua, supaya bila sebelum memandu pastikan anak-anak tak ada berdekatan dengan kenderaan atau pastikan semuanya dah masuk dalam kereta atau berada dalam pandangan kita atau suruh sesiapa yang dewasa jaga dan tengokkan anak-anak atau jangan bagi anak keluar selagi tak ready nak bergerak atau...errkkkk...banyaknya atau...

Al-Fatihah buat keluarga ini atas kehilangan si kecil itu.

~ Wordless Wednesday - Spa Ikan Keli



Masa ke Langkawi - Tasik Dayang Bunting. Semua orang dok pakat duduk tepi pelantar, tabur roti pastu ikan keli berduyun-duyun kerumun kat kaki. Buat seminggu dua tu, kembang tekak aku nak makan ikan keli.....



Monday, February 6, 2012

~ Meragam nak tumbuh gigi


Start dari hari Jumaat malam, Isyraq mula meragam, merengek. Sejam sekali die layan terjaga, menangis. Besoknya bangun pagi pun sama, ada je yang tak kena. Air liur meleleh je, badan pun dedau. Nak tumbuh gigi la tu. Bukan satu tapi dua sekali atas bawah. Habis basah baju die dek air liur. Susu pun tak berapa nak. Jadi, bila dah asyik menangis nanti takut kembung pulak perut. So, kami beri die minum Gripe Water. Air ni dah aku guna sejak dari anak pertama lagi. Alhamdulillah bagus untuk kembung perut, susah hadam dan waktu tumbuh gigi. Bagi die dalam 3 kali je, Alhamdulillah die dah mula ok, dah ceria balik, kurang la merengek.


Ni la rupa kotak Gripe Water tu. Senang nak cari, kat kedai ubat cina ada, kat guardian pun ada. Tapi kalau berpanjangan menangis tu kena la bawak ke klinik ke apa, takut pulak ada yang lain-lain yang kita tak tau. Bila dah merengek je, jadi serba tak kena aku nak buat keje. Papanya pun tak pulak sihat sangat.

Menandakan die makin membesar, jadi mula la berubah angin. Asal sihat sudah la...

*** pic - thanx mr. google...



Friday, February 3, 2012

~ Cuti panjang


Yaaaaa...cuti yang panjang sudah bermula. Bagi yang dapat cuti public holiday Maulud Nabi dengan Thaipusam akan bercuti panjang sampai ari Selasa! Memang la aku cuti je semedang tapi sure jalan keluar dari Selangor dan KL sesak. Semua nak keluar balik kampung la, yang nak pegi berjalan-jalan la.

Jadi plan bercuti panjang ni takde la apa sangat walau en.hubby terlibat sama bercuti. Besok sepupu akan bertunang di Klang. Ahad Qaisara ada majlis perarakan Maulud Nabi sekolah Pasti nya. Isnin dan Selasa ntah apa nak buat tak tau lagi. Dok umah je kot...

Pada yang bercuti sakan ni, berhati-hatilah memandu kemana saja destinasinya...

Selamat bercuti! :D

Thursday, February 2, 2012

~ Selamat Hari Lahir - Muhammad Isyraq Naufal

Hari ni Isyraq genap umur 1 tahun! Cepat masa berlalu...

Isyraq sewaktu dalam pantang

Tahun lepas Isyraq lahir sehari sebelum gong xi fa cai...tahun ni masih lagi hangat gong xi fa cai disambut. Mama juga sempat kerja sampai saat yang terakhir. Alhamdulillah, proses kelahirannya yang paling mudah, menjaganya dalam pantang juga tak banyak ragam. Alhamdulillah juga die membesar sihat, mudah dijaga dan cepat dapat kaki! Seawal 9 bulan dan laju berjalan. 

Paling mengharukan, bila along dan angah aku kata Isyraq membawa iras arwah mak. Rambut nipis kerintingnya, hidung peseknya, kulit putih kuningnya, matanya... Sesungguhnya memang aku selalu terkenang kan arwah mak masa mengandungkan die, hingga yang paling aku idam nak makan pun adalah sambal ikan bilis arwah mak....


Kami panggil Isyraq yang bawa maksud member sinar, atok shaari panggil Muhammad bermaksud yang terpuji; nama junjungan besar Rasulullah s.a.w, atok esa, nenek banun dan pakcik makcik di melaka panggil Naufal yang membawa maksud dermawan. Tak kisah la, semua tu pun memang nama die dan panggilan ni semua menjadi satu doa. 

Semoga membesar sihat, pintar dan jadi anak yang soleh. InsyaAllah...Amin...


Tuesday, January 17, 2012

~ Rezeki dari sahabat



Aku gemar bertukar dan berkongsi pendapat. Kerana mungkin ada solusi yang aku tak terfikir aku dah dapat hasil dari diskusi dengan sesiapa. Mungkin juga ada idea, nasihat yang boleh aku amalkan, sebab aku belum sempurna dan sentiasa nak belajar nak perbaiki diri.

 Aku suarakan pada seorang sahabat yang menjadi teman gelak ketawa dan gurau senda sewaktu di kampus atas puncak bukit itu. Aku mengatakan yang aku berasa bersalah pada Aqil Najmi kerana terpaksa mengorbankan die tidak ke sekolah tahun ni pada usia 4 tahun kerana kekangan ekonomi kami. Kerana Qaisara akan ke tahun 1 pada 2013 nanti jadi kami beri priority pada die. Sedangkan kami memang dah plan nak sekolahkan Aqil juga seperti Qaisara sewaktu umur 4 tahun dulu. Perasaan bersalah makin banyak bila Aqil mula bertanya, “kenapa abang tak sekolah?”, “kenapa sekolah tu tak ada baju untuk abang?”, “Alaaa…abang ada beg sekolah, tapi abang tak pergi pun”

Saat tu mula mata ni bergenang. Aku kata, nanti abang sekolah, abang akan sekolah. Makin sayu bila die tenung, pandang je orang pegi sekolah. Apa lagi bila sepupu yang seangkatan die juga pegi sekolah. “Kenapa Ali, kenapa Widad pegi sekolah tapi abang tak pegi?”…Bila aku suarakan pada en.hubby, hanya mampu senyum kelat dan diam sambil menggaru kepala…

Jadi sahabat aku ini berpesan supaya jangan berdusta lagi dengan dia. Beritahu yang sebenarnya. Sekolah hanyalah tempat yang mana die boleh bersosial. Katakan padanya yang die akan sekolah dengan aku kat rumah, teman aku. Ya, ada benar kata sahabat aku ni. Tak selamanya boleh tipu die, budak sekarang makin bijak. Alhamdulillah, die takde lagi tanya itu ini. Kakak jugak selalu ajar die. Walau pelat, die dah pandai baca doa makan, doa nak tido dan surah Al-Fatihah walau setakat yang di ikut hujung-hujungnya saje.

Suatu hari, sahabat aku ni mintak alamat rumah, nak hantar kad katanya. Aku pun bagi la tapi dok tertanya-tanya la pulak kad apa? Pintu rumah diketuk petang Jumaat lepas dan posmen itu menyerahkan bungkusan. Makin pelik ni. Ya, dari sahabat aku ni la. Dan bila dibuka….aku terkedu! Hampir menitis air mata aku…

 Buku aktiviti, pensil warna dan bekas pensil...mereka teruja

 Berkongsi sorang sikit...

 Lepas mandi tanpa berlengah terus menulis...

Not bad kan...

Syukur Alhamdulillah atas rezeki ni. Terima kasih yang amat-amat aku ucapkan. Bagai kata kau semalam, jika hari ni kau boleh gembirakan Aqil, mana tau esok lusa ada orang akan gembirakan Armand pula bila keadaan memerlukan. InsyaAllah...mane tau waktu itu aku pula yang berkemampuan.

Terima kasih NOEY! :D

Monday, January 16, 2012

~ Serba salah...


Berada dalam situasi aku ni memang mengelirukan...

Serba salah...
Aku bukan nak tunjuk skill atau nak kata aku ni pandai, hebat ngalahkan Masterchef

Serba salah...
Aku bukan la manusia kedekut, dan aku tau adab menjadi dan menerima tetamu

Serba salah...
Bila menerima kunjungan tetamu, tetamu bermotifkan tak dapat makan pun memadai la pelawa, aku jadi leceh

Serba salah...
Aku masak dalam portion yang kecil saja mengikut kemampuan aku yang tak berapa nak mampu sekarang ni

Serba salah...
Aku tak jangka akan menerima tetamu...kalau aku tau pasti aku dah bersedia lebih dari apa yang dah sedia ada kat rumah ni

Serba salah...
Sesungguhnya kalau ada rezeki lebih pasti akan sedia dikongsi bersama walau secubit

Serba salah...
Sedangkan aku tuan rumah dan ayah aku sendiri belum menjamah...

Serba salah...
Walau en.hubby pergi kursus tapi pesannya mungkin die akan balik daripada tidur disana, jadi aku si isteri nak tinggalkan walau secubit untuk die...

Serba salah...
Tujuan posting tu bukan ada niat nak menunjuk-nunjuk, tapi disalah ertikan dan dimalukan di khalayak sahabat handai

Serba salah...
Nak menjaga hati manusia sungguh payah, sukar dijangka!

Menjadi tetamu kita kena beradab sopan, menerima seadanya yang diberi oleh tuan rumah. Menjadi tuan rumah manjadi kewajipan untuk memuliakan tetamu yang datang. Mengikut kemampuan ku, bukan aku kedekut. Buat aku berhati walang bila dikata tak beradab, tak pelawa atau hidang juadah yang ada. Sipolan berkata die hairan ada sesetengah orang sibuk tayang skill tapi bila orang datang rumah haram di hidang atau pelawa dan aku ni a bit pathetic! Sepinggan rendang ayam yang ada 6 ketul sahaja, kuah kacang seperiuk kecik, nasi impit mini yang tinggal beberapa ketul sahaja...bagaimana kalau pelawaan tu nanti disambut baik dan sipolan berhajat nak makan? Nanti dikata pulak benda ada sikit nak ajak makan, dapat jamah celah-celah gigi je. Atau sipolan berhajat makan, tapi melihat tak sebanyak mana tak jadi makan pulak. Dah tergantung niat orang. Tak dipelawa dikata tak beradab pula...Kalau aku nak jamu orang makan, biarla semoga tetamu pulang dengan perut yang penuh, kalau aku pun mengharapkan apa yang ada macam mana nak jamu?

Walau ada pendapat yang aku tanya kata "tak kisah kalau tak pelawa, hak tuan rumah", "sebagai tetamu datang tak boleh nak harap yang akan dapat makan", "datang rumah orang jangan la anggap apa yang tuan rumah masak akan dipelawa" tapi hati aku masih walang....

Aku bisa menerima teguran, tapi cara yang negatif dan tak beradab; harap maaf...anda telah kehilangan respect dari saya walau anda lebih tua dari saya...

Saturday, January 14, 2012

~ Hari ni kami berhari raya...


Lama sungguh nasi impit mini tersimpan kat dalam peti beras, sejak dari raya lepas kot. Jadi taknak die rosak, aku rebus la malam semalam. Dah mula terasa macam malam raya pulak, bersihkan ayam sekali.

Pagi-pagi, terus ke kedai beli bahan nak masak. Suku dari ayam tu aku buat sup dengan kentang untuk askar-askar kecik makan. Selebihnya di buat rendang ayam cili padi. Dan juga tak ketinggalan kuah kacang!

Memang macam hari raya bila siang tadi juga adik beradik aku dan cucu-cucu ayah aku penuh berkumpul kat rumah aku ni. Dan terasa jugak la sedih sebab beraya dengan en.hubby di perantauan...hehehehe...die pergi kursus la... Sampai ke malam la juadah ni je la dihadap...




Wednesday, January 11, 2012

~ Bila air takde


Bila air takde...
Susah la nak membasuh kain baju yang selambak dalam bakul

Bila air takde...
Walau ada air yang ditadah tetap gundah gulana takut tak cukup untuk 6 orang dalam satu rumah, terutama anak-anak kecik

Bila air takde... 
Nak masak pun payah, akhirnya telur masak kicap je yang lepas

Bila air takde...
Memang makan hari ni pinggan mangkuk akan berlempar dalam sinki sebab tak dapat dibasuh

Bila air takde...
Leceh la nak basuh botol susu!

Bila air takde...
Tergendalalah agenda hajat, terutamanya hajat besar!

Bila air takde...
Baru la tau apa ertinya perlu berjimat dalam menggunakan air. Satu ciptaan kurniaan Allah yang sangat berharga dalam hidup kita seharian

Dari tengahari tadi, SYABAS dok sibuk repair paip besar yang pecah kat blok depan rumah ni. Ayah aku sendiri yang call syabas bagitau paip pecah, dan terus die call aku suruh tadah air. Dapat la aku tadah 2 besen besar air, sebaldi besar dan untuk dapur sebesen sederhana. Ingatkan takde la lama mane nak repairnya, tapi berlanjutan sampai ke malam dah ni. Teruk la tu kerosakannya tu...Ikut kata ayah aku, melimpah-limpah air sampai ke jalan. Dengan kren korek segala ada kat depan tu...Harap-harap cukup la air tadahan tu...

~ Wordless Wednesday [110112]


Pertama kali nak sama-sama buat wordless wednesday ni :) ..... Ni snap masa ke Pulau Dayang Bunting, entah botol susu anak sape la kera ni dah rembat!


Tuesday, January 10, 2012

~ Apa aku buat sekarang?


Memang ramai orang tanya apa aku buat sekarang. Ada yang aku cakap terus straight to the point, ada yang aku jawab berlapik-lapik je. Kenape? Sebab bukan semua open....lari nanti! Cehhh...apa la jenis keje yang aku buat ni kan?hehehehe.... Sebab sahabatku Puan Huda dah tanya kat status FB aku tadi, so aku jawab kat sini je la Udet ye...Kat situ open sangat la...

Sejak dah berenti dari makan gaji, aku jadi full time housewife. Serius, bukan senang menguruskan rumah dan anak-anak yang kecik lagi sepenuh masa, aku tabik spring pada orang yang sebegini. Even arwah mak aku pun bukan full time housewife tau. Apalagi aku yang jenis dah biasa pegi keje, rasa susah jugak nak adapt masa mula-mula duduk rumah dulu...penatnya lagi lebih dari pegi keje. Tiba malam, bila semua askar-askar kecik dah tido, tersandar aku... Tapi yang jadi bestnya, aku sendiri yang jaga makan minum anak, perkembangan die, masak sendiri untuk keluarga. Bila dah hari-hari masak, makin mahir dan lebih sedap kata en.hubby. Anak-anak makin sihat, jarang sakit...nampak perubahan dan perbezaan ketara.

Sebelum dari berenti makan gaji lagi, aku dah register dan sit for exam untuk melayakkan aku jadi Unit Trust Consultant dengan syarikat unit trust no.1 kat Malaysia. Aku tak la buat full time sangat keje ni sebab since aku dah jaga anak-anak sendiri kat rumah camne nak selalu keluar umah pegi jumpe client. Buat keje ni kene selalu keluar umah jumpe dan cari prospect. Bidang ni en.hubby aku yang syorkan aku ambik; aku register jadi downline kawan en.hubby sendiri, katanya aku boleh buat sebab aku pandai  cakap ngan orang dan aku ada experience sales. Jadi en.hubby kata buat permulaan ni sebab masih belajar, cari prospect dari kalangan yang terdekat dahulu, kawan-kawan, sedara-mara. In the mean time, aku attend class yang group aku handle, untuk brush up skills. So far, untuk beginner cam aku ni, aku leh kata I'm doing good..kene positif...

Sebab tu aku tak straight to the point sangat bagi tau kat org apa aku buat. Paham-paham je la, bab orang buat sales bagai ni semua lari...kalau jual tudung, baju tak plak lari...Tapi nak suggest untuk invest for future pun orang ingat kita nak buat apa ngan duit die, padahal aku certified kot buat keje ni..even sedara-mara pun buat tak layan tau. Tapi kalau bab sales, mana nak boleh malu kene aggresive baru nampak hasil, tapi aku guna pendekatan lain...taknak la nanti orang kata ambik kesempatan plak through FB, so ada alternatif lain...

Ini lah apa yang aku buat sekarang...

~ Datuk dan nenek tuntut nafkah cucu


Urut dada bila dengar berita kat TV9 malam tadi...

Sepasang datuk dan nenek menuntut nafkah RM..(harap maaf, lupa plak brape jumlah tuntutannya!) dari anaknya sendiri bagi 2 orang cucu yang dijaganya. Si anak adalah seorang Pengurus Operasi syarikat oil & gas dengan gaji sebulan dianggarkan sebanyak RM10, 000.00. Si anak sudah 8 tahun tidak balik menjengah kerumah ibu bapa yang menjaga anak-anaknya. Pasangan warga emas ini juga menuntut supaya bayaran nafkah dibuat secara potongan gaji dan menuntut si anak memohon maaf dalam masa 7 hari.

Apakah itu? Dah tak tau tanggungjawab ke apa? Tanggungjawab sebagai seorang anak dan bapa. Nak kata tak mampu, gaji dah kira bagus keje pun kat syarikat bagus. Kalau dapat bonus memang sure riban-riban. Nafkah anak pun takleh bayar ke? Nak kena bayar tiap sorang anak RM200 ratus je kot, takde nak luak pun 10 ribu tu. Dalam masa 7 hari dituntut agar mohon maaf dan langsaikan tuntutan nafkah anak; tapi kalau dalam masa waktu tak jugak minta maaf kat mak ayah camne? Nauzubillah...aku sendiri takut dengan akibatnya. End of day, It's not all about money! Anak itu amanah Allah, doa ibu bapa perlu untuk merestui hidup anak-anak, agar anak-anak jadi manusia berguna dan soleh, solehah. Doa anak yang soleh, solehah juga la yang amat kita dambakan bila dah kat dalam liang lahad....

Monday, January 9, 2012

~ Bila dah pandai pegang kamera


Masa kenduri kahwin sepupu en.hubby, Qaisara dan Aqil dah mula sebok nak pegang kamera nak ambik gambar. Seriau tengok cara dieorang pegang dan berebutkan kamera tu. Takut jatuh terhentak. Sorang dah pegang sorang lagi dah nak rebut nak pegang jugak...Tapi not bad jugak hasil tangkapannya...Tapi memory card dipenuhi dengan macam-macam jenis gambar! Gambar tong sampah la, alas meja la, orang tengah makan la, senget-benget, terbalik, blur, bergoyang, berbayang...semua ada...

Mencangkung dan ambik gambar selipar...

Papa dan Isyraq

 Abang ssnpa gambar kakak...wahhh..posing gaya apa tu kakak...


Kakak pulak snap gambar abang...oooppsss..pagar sudah roboh!hehehe

Kepala pengantin pun dah ilang sekerat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...