CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 14, 2012

~ Khilaf seorang mama...



25 April 2012 lepas, genap umur Aqil Najmi 4 tahun. Cepat sungguh masa berlalu.... Tapi tarikh ni jugak takkan aku lupa sampai mati! 

Apsal? Korang penah lupa birthday anak sndiri tak? Sure tak kan.... Tu la aku... Aku lupa tau tak!!! Ceh...apa punya mak la kan.....

Memang bila masuk je awal bulan April aku dah mula ingat yang ini bulan kelahiran dia, tapi ntah la macam mana.... Ntah ke sebab dok menahan macam-macam sakit yang ada kat badan ni ke; mana taknya, dengan batu karang kat hempedu tu la, dengan mabuk pembawakan budak lagi, dengan serabut kepala memikir itu ini, dengan riuh ribut menguruskan rumah... Sebab tu ke aku leh terlupa? Ke tu alasan aku je kot.... Hissshhh...tak penah aku lupa birthday sesape pun dalam keluarga....!

Dah pukul sebelas lebih malam 25hb tu...Dalam pada dok tidokan Isyraq dalam buai, kakak dah selamat tido, Aqil pulak baru nak lelap mata dengan papa, aku sambil tu melayan tengok tv. Iklan kat tv tu berulang kali tayang bab rancangan ni di tarikh apa dan apa.... Masa tu la aku terpempan... Sebab tarikh-tarikh yang ditunjuk tu semua dah masuk ujung bulan April. Takkan cepat sangat masa berlalu sampai bulan 4 pun nak abis dah... Dan sepantas kilat, tangan aku menggigil tekan punat kat handphone dan tarikh menunjukkan 25hb April 2012!!!

Subhanallah!!...lagi setengah jam 25hb nak berakhir baru aku tersedar yang hari tu hari jadi Aqil Najmi. Terus aku meluru masuk dalam bilik kejutkan en.hubby...

"Kejamnya kita...apa teruk sangat kita ni?"
"Ni dah apasal pulak ni?" Dalam pada mata berpisat-pisat en.hubby pelik.
"Hari ni 25hb April...Hari ni hari jadi Aqil. Macam mana kita boleh lupa? Macam mana mama boleh lupa? Mama tak pernah lupa" Dah mula la aku mengogoi menangis. En.hubby tarik nafas panjang je. Terkejut pun ye. Serta merta aku kejut Aqil bangun, peluk die sambil menangis-menangis mintak maaf. Diucapkan juga happy birthday kat die. Tercengang-cengang je die, pelik...terkejut.

Malam tu tak lena tido aku. Dok la terpikir-pikir, apa la yang buat aku lupa? Sendiri yang kandung anak, sendiri yang melahirkan, tapi boleh lupa bila pulak tu? Haiiisshhh... Besoknya, bila die bangun je tido dah siap mandi, dah sarapan, aku ucap lagi happy birthday. Tapi...makin meleleh air mata ni bila die kata...

"Ohhhh...yang malam tadi mama nangis-nangis tu ek? Tapi kenapa takde happy birthday to you pun, takde kek pun..." .... Kannnnn.... Dah kena sedebik.... Aku cakap nanti mama buat lagi ye kek coklat macam dulu-dulu, die angguk je. Tapi tak sempat nak buat apa pun, lepas 3 hari birthday die aku pun dah kena operate bagai.... Berlalu begitu je la nak menyambutnya... InsyaAllah, mama buat juga nanti...lambat pun takpe, kita-kita dengan adik, kakak ngan papa pun dah cukup....

Mama sorry sangat-sangat Aqil Najmi.....

4 bual bicara:

MamaEma

nak buat camana..kadang-kadang benda yg paling istimewa akan lupa....

nn lylyn

cian die =) xpe kecik lg xtau ape2

sy dah follow akak =) jom follow sy =) tq ek kak
http://nlylyn.blogspot.com/

Erika Anuey

ahahaha! apa la ko cik! aku ingat aku sorang je lupe anak aku baper bulan, rupenyer ko lupe bufday. lagi teruks! ahahaha

ct rahani

alahai entry akak nih buat sy jadik sy jer.. huhu.. biasa la kak kdg2 kiter blh terlupa klu sibuk sgt kan.. seb baik aqil kecik lagik.. so x berapa nak faham la kan.. hiks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...