CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 5, 2012

~ Maraton menjaga anak-anak tak sihat



Start cuti sekolah minggu lepas lagi rutin menjaga anak tak sihat dah bermula. Dimulai dengan Qaisara. Ulser pada mulut, sampai dah bernanah. Doc kata dah dijangkiti kuman. Kesian die tak lalu nak makan. Dah melepek je tak cergas sangat. Minum pun kena pakai straw. Suhu pun naik tinggi, kalau tak 38 mencanak sampai 39! Seriau sungguh! Dah malam tak lena dibuatnya, dok monitor suhu badan. Lepas beberapa hari doc bagi antibiotik dengan krim medigel untuk disapu pada bibirnya, juga ulser tu dah merebak ke lidah pula baru la die mula cergas sikit.

Beberapa hari lepas tu sampai la giliran Aqil. Tak kena uler tapi batuk dan selsema. Batuk berkahak yang tebal. Kesian tengok die susah nak bernafas especially time tido. Juga suhunya mencanak naik! Seriau dengar die batuk, kalah orang tua punya batuk! Sekali lagi dalam minggu yang sama berulang ke klinik, doc bagi antibiotik, ubat kahak, selsema juga di bagi sedut gas sekali untuk melegakan pernafasan. Alhamdulillah beransur sihat lepas 2 ke 3 hari.

Memang mengikut turutan, kali ni turn Isyraq pulak! Dimulai dengan ragam yang ntah apa-apa, merengek tak tentu hala, demam. Ingat nak tumbuh gigi tapi lepas sehari dua, timbul la ulser dekat lidah, dekat bibir dan dekat gusi die setompok...Kalau dah budak setahun empat bulan yang kena penyakit macam ni memang la parah...serba tak kena je la segala apa yang dibuat. Merengek setiap masa. Tak tido malam dibuatnya. Makan pun dah tak lalu, minum susu pun tak berapa nak. Buat bubur pun die taknak makan. Doc kata kena jugak bagi makan sebab untuk budak sebesar die kalau tak makan nanti kena masuk air..maksudnya dok spital la kan...aaarrgghhh...takmo! Cepat badan die dah susut, tidokan dalam buai pun die taknak buai berenti dienjut...patah pinggang duduk je mengenjut buai! Ikut cakap dok, sapu medigel tu dalam 2 ke 3 hari ni nanti die ok la tu. Mintak-mintak la...tapi dah satu keje mencabar sungguh nak sapu mulut die dengan gel tu. Abis digigitnya jari aku! Udah mama pulak yang terjerit tahan sakit. Jadinya, tak sure la betul ke tak dapat sapu kena betul kat tempat yang bermasalah tu...


5 bual bicara:

Kakzakie

Kakak rasalah eiza sebab cuaca yg tak menentu dan panas sebabkan budak-budak tak tahan. Kesiannya tapi mak budak lagilah tak dapat rehat kalau anak gilir-gilir sakit kan..

Dah ada gigi memang kalau masuk jari mesti dia gigit. Kakak rindulah keadaan macam tu. Dah lama tak rasa kena gigit baby..

Erika Anuey

oih cik, baik ko cek baby tuu. takut kena foot n mouth decease. fnm pun macam tu gak tau!

MizzTina

ngah musim kot ni.. anak² buah saya selesema, demam, batuk..tp tu pun ligat lagi..

MamaEma

muga anak-anak cepat sembuh...

ct rahani

moga anak2 cpt sembuh ye sis.. memang riso sgt klu anak x sihat.. sama la ngan sikecik sy tuh.. demam panas.. take care!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...