CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 6, 2012

~ Meragam nak tumbuh gigi


Start dari hari Jumaat malam, Isyraq mula meragam, merengek. Sejam sekali die layan terjaga, menangis. Besoknya bangun pagi pun sama, ada je yang tak kena. Air liur meleleh je, badan pun dedau. Nak tumbuh gigi la tu. Bukan satu tapi dua sekali atas bawah. Habis basah baju die dek air liur. Susu pun tak berapa nak. Jadi, bila dah asyik menangis nanti takut kembung pulak perut. So, kami beri die minum Gripe Water. Air ni dah aku guna sejak dari anak pertama lagi. Alhamdulillah bagus untuk kembung perut, susah hadam dan waktu tumbuh gigi. Bagi die dalam 3 kali je, Alhamdulillah die dah mula ok, dah ceria balik, kurang la merengek.


Ni la rupa kotak Gripe Water tu. Senang nak cari, kat kedai ubat cina ada, kat guardian pun ada. Tapi kalau berpanjangan menangis tu kena la bawak ke klinik ke apa, takut pulak ada yang lain-lain yang kita tak tau. Bila dah merengek je, jadi serba tak kena aku nak buat keje. Papanya pun tak pulak sihat sangat.

Menandakan die makin membesar, jadi mula la berubah angin. Asal sihat sudah la...

*** pic - thanx mr. google...



7 bual bicara:

MizzTina

klu nk tmbh gigi msti demam kan.. pastu merengek je.. huhu

Erika Anuey

aku pun ada ni cik...standby siap2..

eiza

mmg betul mizzkechique...tu yg serba tak kena tu...

cik noey...mesti mau standby kan..senang

fatin

ye di rumah saya pun ada nih.. bagus nih.. tapi irizz susah nak mam ubat..

nway, betul tuh..asal sihat alhamdulillah.. kesian tgk bbynak tumbuh gg nih..serba serbi x kena..

eiza

Alhamdulillah isyraq tak susah, nasib juga gripe water ni rasanya manis...trick saya ialah suap kat abg kakak juga, so die akan sama sebok nak makan....

ct rahani

penah bg anak 1st dulu.. tapi kena cirit birit yg teruk.. terus stop.. anak kedua pun x penah bg.. tp Alhamdulillah kedua2 anak sy x meragam sgt masa tumbuh gigi.. demam sket2 je tu masa tumbuh gigi pertama.. bila kuar gigi2 lain diaorang ok je.. myb isyraq pun camtu gak.. :)

eiza

mungkin depend pada penerimaan setiap budak...kalau ok, boleh teruskan tapi kalau bawa mudarat memang elok berentikan je kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...