CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 20, 2011

~ Minoriti

Aku adalah minoriti di sini, jadi kadang kala rasa terasing. Oh, sila ambil perhatian yang ini bukanlah nak cerita pasal racist tau, bukan sekali-kali...tapi ini adalah situasi aku yang sebenarnya disini...

Aku adalah satu-satunya anak melayu yang gah skali Hang Tuah khabarkan yang 'Tak akan Melayu hilang di dunia'...jadi ada rasa kerdil la sket kan sebab aku ni jadi pasif sket kat sini, jarang nak bercakap. Kat kanan aku takde orang, kat kiri dan belakang ada orang...jadi mereka lebih selesa berbual dalam bahasa ibunda mereka...kekadang tu cam bole la jgak nak agak apa yang dieorang cakapkan, tapi banyak daripada tu tak paham langsung sebenarnya..!hehehehe..

Jadi pada pandangan aku la kan, bila soal kerja; tak molek la ckap antara diorang dalam bahasa ibunda...kene la ckap bahasa kerja, business language...kan ke tak pasal2 akan berlaku la macam2 pikiran dalam kpala otak aku tentang apa yang dieorang maksudkan...kan tak elok camtu bila ada syak wasangka...cam ayam ngan itik jadinya tau..soal kerja, interaksi bertiga tapi antara berdua tu cakap bahasa ibunda memasing...abis aku yang kat tengah-tengah ni camne?Sebab tu banyak daripada masa aku adalah buat je la keje sendiri...lebih banyak diam...buat je la hal memasing..

Aku belum imun dengan suasana camni kot...kat tmpat keje sebelum ni hingar bingar, bercakap ngan orang kat kanan kiri depan belakang...yang dok jauh pun leh gak layan bercakap bagi isyarat tangan!dan keje aku pun masa tu memang kene bercakap je ngan customer pagi ke petang...dan jugak lumrah aku yang mane leh nak diam-diam je ni?takde gossip, nak citer pasal resepi ke, pasal shopping ke...hehehehe...

Jadi, aku rasa kurang selesa jadi minoriti yang semacam ni..

0 bual bicara:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...