CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 20, 2011

~ Kejap ada kejap takde...


Aku hilang lagi? hehehehe...seminggu lebih gak kan? Apa kes?

Weekend start 9hb tu aku kene demam malam. Siang ok lagi, tapi bila naik malam mula badan dah berdenyut, kepala dah berat. Siap dengan berselimut berstokin bagai...menggigil sejuk walau kipas dah bukak volume satu je. Jadi hari Isnin, askar-askar dipos ke rumah opah, sepanjang hari melingkar je atas katil nak bangun pun tak larat, makan pun tak heran. Paling tak tahan bila telan air liur ngan minum air rasa sakit sangat tekak ni. Perit! Jadi lepas tengok citer Dhia aku menapak berjalan kaki ke klinik yang ambik masa kalau dah tak sihat ni dekat setengah jam baru sampai. Doc kata tekak merah, bengkak sebab tu demam malam. Dan jugak buat badan, otot sakit. Lagi pulak aku ada asma, jadi die dah notice ada bunyi keruh bila tekap stetoskop. Musim macam ni memang orang yang ada asma kene berjaga-jaga sebab senang dapat effect. Jadi dapat antibiotik, ubat demam, ubat sakit tekak. Balik tu tekak yang bengkak merah ni teringin plak nak makan slurpee bila nampak 7 Eleven! Ubat sakit tekak tu!hahahahaha....Sampai umah, dengan berpeluh dengan abis satu cup slurpee, baru rasa segar balik badan....

Dan Ahad 11hb tu jugak, tiga-tiga askar semua kene cirit-birit! Adoi....lagi semput aku dibuatnya...lepas sorang-sorang nak dicebok...nasib Qaisara dah pandai urus diri sendiri...Tapi yang dua orang lagi tu la...especially Isyraq, kene cepat-cepat basuh pastu tempek bedak cepat takut melecet lagi die meragam. Dah en.hubby keje plak ari Ahad tu...terus cergas call die balik cepat sebab takut anak-anak dehydrate. Pegi klinik setiap sorang dapat ubat...sakan sungguh! Makan ubat senang semuanya, tapi ada satu ubat serbuk yang kene bancuh ngan air perasa oren tu yang leceh nak bagi minum...kene paksa! Qaisara dan Isyraq tak kritikal sangat, makan ubat dah ok tapi si Aqil meleret-leret sampai 4 hari! Kesian kat die, tapi nasib baik die still active tak lembik je...tapi tetap risau wooo...jangan buat main bab cirit birit ni. Dah ulang pegi klinik siap dapat ubat extra pun tak kurang jugak, tetap cair je bila buat projek..Paling kesian bila time tido, mata dah lena pun die terbuat projek gak...Akhirnya, aku gesa en.hubby bawak die ke KPJ Specialist Hospital. Food poisoning, ntah apa silap makan pun tak tau la. Pediatrician, suruh die admit tapi sudah full house! Takde kosong satu katil pun! Jadi kami terpaksa gamble balik je umah dengan ubat-ubat hospital tu. Nak kene ubat power ubat mahal rupanya, baru die elok!Lega....

Dah lepas tu aku pulak kene PMS! Memang lemau betul! Abis sebuah badan sakit...tapi projek mega lipat kain kene jugak jalan! Sebok jugak nak menyiapkan bunga penanggah untuk sepupu en.hubby yang nak menikah 23hb nanti kat Tanjung Keling... Nasib hantaran dah siap separuh, ada kat umah mak mentua di Melaka. Dah dapat pulak satu lagi keje, kene buatkan gubahan buah meja pengantin sampai 4 hidang.... kan macam-macam tu? Kene la siap...kang cacat pulak majlis orang kan...

Balik plak Melaka pagi 17hb tu...kene la check out barang hantaran kat sana, nak kene tanya bakal pengantin punya pendapat, apa nak tambah lagi ke mana yang patut...kang last minute baru nak kecah-kecah memang aku tak gemar la sesangat! Sempat pulak pegi kenduri kawin jiran mertua kat kampung tu... Konon nak balik ari Ahad malam, tapi bila start kete bateri sudah k.o! adussss.....terbang lagi 'rimau'....makan ratus gak nak beli bateri baru. Dah malam dan ari Ahad plak tu...mana nak ada kedai bukak lagi! Tak pasal-pasal kena la en.hubby EL semalam. Dalam petang baru dapat tukar bateri bagai, malam baru kami balik Shah Alam...

Macam-macam hal dalam seminggu lebih ni kan...tu sebab aku tak kisah nak layan bertenet bagai ni...ni la baru berselera nak online balik...

1 bual bicara:

Hudalatip

alala, siannya ko..tulah bila anak cirit birit tak leh memain, air banyak keluar kan..eh, ko buat part time gubah menggubah ker? hebat ko..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...