CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 29, 2011

~ Nasib

Aku selalu tak bernasib baik dalam bab kerja. Dari baru gradt smpai la skrang ni dah msuk 8 thun bekerja. Bertukar kerja sana sini, takde pun record yang lebih 3 tahun…paling lama pun kan, 2 thun lebih. Ada keje yang aku memang boleh stay lama, yang memang sayang gila ku berenti tapi langgar prinsip aku, sebab end of the day it’s all not because of money.
Kalau kita tak enjoy, tak suka apa yang kita kerjakan pun walau besar mana kita dibayar takkan dapat satisfaction. Bila tak suka, macam mana kita nak ikhlas bekerja, macam mana nak bagi performance yang terbaik. Macam mana nanti appraisal nak bagus end of year.
Aku consult dengan ustaz pasal prob aku kat entry dilema aritu, die kata lebih kurang begini ye…
“kalau customer tu yang pertama dan terakhir dan tak berhubung lagi lepas ni, tak ada masalah. Lagipun kita tak tahu pun jadi halal la gaji tu. Tapi sekiranya itu adalah customer utama, dan selalu berhubung dikira haram kerana membantu.”
Soalan seterusnya pada ustaz tu adalah – kalau bukan customer utama, tapi mungkin satu hari nanti die akan berhubung balik macam mana pulak. Ini jawapan yang ustaz bagi…
“Memang berdosa kalau ada urusan dengan benda tak halal tapi nak buat macam mane sebab company pun bukan company orang Islam. Kalau company tu customer die more to yang tak halal, baik berenti je sebab pendapatan pun haram jugak. Tapi sekiranya 5% tu dibolehkan lagi tapi seeloknya 100% bersih lagi bagus untuk kita dan anak-anak.”
Mmmmmm….dibolehkan lagi, tapi harusla aku pun mula mencari yang lain kan…bukan pasal prob tu je, aku juga merasakan yang aku tak berapa boleh nak follow cara kerja dan juga expectation yang pada aku kurang munasabah…mane senang nak dapat keje skarang, nak compete ngan budak baru abis belaja lagi kan..banyak company suka ambik budak baru abis belajar sebab lagi murah nak bayar. Dan, bila anak dah berderet ni kan, walau qualified pun tetiba jadi tak qualified, masa interview la macam-macam die tanya pasal anak itula , inila…dari situ kan dah tau dah boleh dapat ke tak…
Tengok orang keje elok2 jeles la gak kan, buat aku terfikir yang ‘bahagian’ aku ni menarik dari orang lain. Tak aku dapat lagi nak mengagak apa petanda untuk aku ni. En.hubby pun kesian kat aku pasal bab keje ni…Jadi, aku tengah merangkak nak mulakan sesuatu yang baru, harap-harap dapat la mengubah apa yang ada sekarang.
Ya Allah…permudahkan la segala kesempitan dan harapan aku…




2 bual bicara:

Hudalatip

Sabar acik..ni semua ujian..ada sebab dan hikmah ni semua..ko tak mohon kerja kerajaan ker? mana-mana sektor govt? cuba jelah..slow2 mana tau ada rezeki kan..iallah akan dipermudahkan jua..aku percaya akan ada rezeki untuk kau..

Erika Anuey

betul cik... kalo buat kerja x ikhlas pun x syiok jugak kan. aku pun tengah mencari kerja lain. sebab?.. sebab aku tensen gaji x naik! haha.. dulu aku ada 3 boss, now 4 boss wat. 4 boss pun gaji x naik! tensen aku. dah la coti kedek giler!.. kena pulak dah ada baby ni xpenditure kan lebih skit.. x mau la bebankan suami aku sorang.. nak gak tulun dia. tapi kalo ada rezeki tu cik, insyaALLAH..x kemana2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...