CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 17, 2011

~ Dilema...

Aku mula perasan tentang kehadiran client yang satu ni bila terdengar perbualan head aku ngan boss. client itu adalah Guiness Anchor. Dan jugak aku ternampak head aku prepare report nak submit kat client. bukan aku yang handle client ni dan aku tak pernah diberi kes dari client ni untuk aku buat. Bidang kerja aku adalah buat reference check pada job application yang dah selesai interview dengan HR. bila HR dah interview, sebelum confirm nak ambik orang tu keje ke tak, die akan bagi resume atau application form kat company aku utk cek yang segala information dibagi tu betul ke tak, cek la segala utang ada tak, bankrup ke tak...macam-macam la...hantar report kat client bila siap dan terpulang pada budi bicara HR untuk hired orang tu atau tak...dan dari servis yang dah dibuat tu la client akan bayar kat company ni dan itulah pendapatan dan keuntungan company, dan semestinya la dari situ jugak bos aku bayar gaji aku...

Bila dah macam tu kaedahnya, jadi persoalan pada aku iaitu: "APA STATUS PENDAPATAN AKU?"....so, aku mendapat kan 2nd opinion dari kawan-kawan juga dari kakak sendiri dan dari 5 pandangan, 3 termasuk kakak aku bagi pendapat yang sama iaitu: Haram - ini merujuk dari hadis
Maksudnya : “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak.”
 
Jadi adalah dinasihatkan aku undur diri dari company ni bagi mengelakkan dari berada dalam golongan yang bersubahat. Ngeri bila dengar yg nanti akan mendatangkan macam-macam permasalahan di masa akan datang dan pastinya pada anak-anak yang di dibagi makan minum dari pendapatan ni, jadi darah daging. takut nanti dieorang tak hadam ilmu, tak jadi anak yang soleh dan solehah..sape nak jawab untuk aku kat sana nanti, dan anak-anak pun akan tanya benda yang sma kat sana nanti. Nauzubillah!!bayangkan segala gejala sosial tu datang dari mak bapak sbenarnya yang entah dari sumber mane bagi kat anak makan. Rezeki ada kat mana-mana dan ditangan Allah, jadi ni ujian untuk aku...
 
Pendapat dari 2 orang lagi berbeza, bukan nak kata mereka ni tak beragama ye tapi kan ke kata pendapat kan...apa pun tetap terpulang pada kewarasan kita nak fikir dan pertimbangkan. Mereka mengatakan yang tak terjejas pendapatan aku tu kerana aku tak terlibat secara langsung dalam proses mengambil company tu sebagai client, dan dalam keje ni sebab bukan aku yang handle dan buat kes client tu. Hasil negara ni pun ada yang datang dari yang haram jadi subjektif untuk diperkatakan dalam peringkat aku. Yang penting niat nak cari rezeki untuk anak-anak, hanya dan pasti Allah sahaja yang tahu niat kita. Sekiranya dah sebegitu, mesti juga ada niat untuk cari keje lain.
 
Ada 2 pendapat kan...tapi soal halal haram ni mane bole buat main, mesti disahkan betul-betul memandangkan aku dah mula was-was. bahaya wooo idup dalam was-was. tapi tetap dihargai pandangan dan pendapat kalian semua, tapi aku juga ada dinasihatkan untuk jumpe orang yang lebih arif...memang aku tengah usahakan...en. hubby suruh call pejabat agama.
 
Reaksi en. hubby masa dibagitau pasal ni semalam memang tenang je...die cakap aku selalu ada masalah ngan tempat keje, ada-ada je..ingat dah dapat elok tapi hampeh jugak...nak terus berenti time macam ni memang susah, mane nak cari keje sekarang ni?susah nak dapat tau...lagi pulak nak dekat musim raya bagai ni..tak sebab musim nak raya pun, kesian la jgak jat en.hubby sorang2 nak kene pulun cari duit..untuk aku tak kisah mane tapi anak 3 orang yang berderet tu... Nak berenti pun takleh dengan poket kosong, notice 2 bulan..berenti terus kena bayar xK!...mane mau cekau tu...?
 
Aku rasa, dengan berkali-kali dah ada masalah ngan tempat keje kan, ini petanda aku kena keje sendiri...buat meniaga la apa-apa yang minat...sangat dianjurkan juga dalam agama untuk berniaga kerana kepada yang bersungguh-sungguh pulangan pasti lumayan. Tidakkah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "9/10 dari rezeki itu adalah datang dari perniagaan" Hadis riwayat Tirmizi
 
Belum ada kekuatan nak buat, belum berani nak tanggung risiko, belum ada modal sbenarnya nak mulakan walau stakat kecik-kecik pnya bisnes. tapi nampaknya kena mula fikirkan dengan lebih serius kali ni...harus...InsyaAllah..Amin...

1 bual bicara:

Hudalatip

acik, ni semua ujian dari Tuhan. Aku cuba selami masalah kau. Andai kata aku ada kat tempat kau pun aku akan rasa was-was, keliru dan semua bercampur baur. Yang penting solat dan cuba dapatkan pandangan dari mereka yang lebih arif ye. Ada sebab kenapa kau diberi ujian ni. Mungkin Tuhan nak bagi kau rezeki lebih pun kita tak tau. Kadang kita tak tau kelebihan kita kat tempat lain sebab tu dia beri kita ujian macam ni. Cubalah cari pendapat lain ye..Mudah2an kau akan diberi petunjuk. Aku paham sangat dalam keadaan sekarang memang susah nak dapat kerja. Fikir dan doa yang baik-baik je yea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...