CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 16, 2011

~ Gerhana Bulan

Fenomena gerhana bulan penuh berlaku antara pukul 1.30 hingga 6.00 pagi 16 Jun 2011 tadi; boleh dilihat di seluruh benua Afrika, Eropah, sebahagian Asia dan Australia. Takde la aku berkesempatan nak tengok tapi ni sedikit sebanyak bagaimana fenomena ni berlaku. Mari ikuti pelajaran sains ini... :D

Wujudnya gerhana bulan adalah apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampit. Jenis panjang sesuatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Diagram dibawah menjelaskan lagi.











clip ni memperlihatkan prosesnya secara audio visual

Subhanallah!..Maha besar Allah...sebagai umat Islam,digalakkan tunaikan solat sunat gerhana. Solat sunat gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat kusuf atau solat khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadinya gerhana bulan atau matahari. Hukumnya adalah sunat muakkad atau sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna: Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini adalah daripada Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.

Niat solat sunat gerhana

**sumber: google, wikipedia
    gambar: google image

****************************

0 bual bicara:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...