Buat pertama kalinya melepaskan Elya Qaisara sendirian bersama kawan-kawan dan cikgu-cikgu ke lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Ini adalah anjuran PASTI Kawasan PJS (Petaling Jaya Selatan) so ada PASTI lain yang berdekatan yang turut serta juga. Hati cuak, tapi kena biarkan die belajar bawak diri tanpa mama ngan papa. En. hubby kata apahal panic sangat ni?..alahai...hati mama ni kan, bukan apa...nak anak selamat segala-galanya..dah la si Sara ni kecik je..(padahal bukan die sorang je yang kecik je pun...!) padahal die elok je rilek ngan kawan-kawan dan cikgu...
Pengalaman yang menyeronokkan untuk Sara dan Aqil...tengok binatang-binatang. Gambar-gambar ni banyak gambar Aqil la, sebab tour bebeza ngan Sara. Tapi supaya Sara tak ketinggalan kenangan kat sana, dapat jugakla snap gambar die sket...
Untuk berjimat memandangkan acara ni berlaku di tengah2 bulan, pagi-2 sebelum subuh sudah bersiap sedia masak nasi goreng cina, telur dadar, dan sosej goreng.
Sara cuak jap sebab takde kawan2 dan cikgu yang die kenal. Program asalnya ialah, semua skali berkumpul dekat Masjid Darul Ehsan,SS15 Subang Jaya, tapi hanya beberapa orang je yang ada kat sana. Murid-murid lain dan cikgu-cikgu dari sekolah Sara semua tunggu kat port lain...Jadinya bas tu akan pegi smua port2 tu menjemput...Puas gak nak bagi die cool cakap nanti jumpe semua kawan ngan Cikgu Wani jugak...
Selepas melepaskan Sara naik bas pukul 8 pagi, singgah ke rumah Opah untuk mandikan dan siapkan 2 hero ni. Aqil tido lagi masa Sara pegi dan masih awal pagi sangat nak mandikan Isyraq. Jadi kami sampai ke Zoo Negara lebih kurang pkul 10.30 pagi.
Masa ni belum crowded sangat lagi...
Dengan kambing dan kancil di kids zone.
Bersiap-sedia nak tengok animal show.
Show sudah mula...smpai ternganga-2 mulut Aqil tengok.
Pertunjukan singa laut...comel sebab die pandai tepuk tangan.
Dah lepas berapa jam, abis terkeluar semua rambut dari tudung dah..
Sara dapat tengok show ni separuh je sebab smpai lambat. Dieorang ni semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan, bila semua dah smpai tapi kumpulan Sara tak sampai2; masa ni la aku dah mula cuak...hehehehe
Tak abis2 la ngan gaya fire ultraman nya...
Dah penat bejalan...tido time...
Abang lapar la mama..nasib baik bawak bekal segala ni...makan minum kat sana mahal belaka..dapat la anak bujang aku menambah makan 2 kali.
Dah time nak balik tudung pun abis terbang segala...ada la sikit lagi gambar-gambar sara, tapi apahal dah rotate dah save tapi die tunggang terbalik la jgak...nampak tak muka ketat budak kat bawah tu?
Godaan melampau-lampau dalam zoo tu...kedai sourvenir merata-rata jual macam-macam benda..karut tak karut semua ada...nak layan cik abang ni memang tak terdaya, kalah anak dara shopping ..rambang mata semua benda die nak...protes la tu bergolek-golek kat atas jalan bila dah keluar dari entrance zoo tu...amuk punya amuk, masuk kereta tido terus kepenatan!
Sekian la hari yang panjang di Zoo Negara, lawatan pertama untuk en. hubby jugak ke situ dan yang pertama untuk aku selepas lebih 20 tahun. Pengalaman yang bagus untuk Sara on trip tanpa pengawasan mama ngan papa, pandai die berdikari. Untuk Aqil, kali ni pengalaman untuk die ialah, die tak mintak nak masuk kandang binatang2 tu. Masa first time bawak die pergi Zoo Taiping, melalak2 nak masuk dalam kandang binatang2. Dan untuk Isyraq pastinya, bukan la die paham apa lagi tapi first time die outing lama-lama camni.
2 bual bicara:
tiba-tiba teruja nak bawak zarif n zara pergi zoo negara..last aku pergi tahun 2006 ke 2007 dengan zarif..
dah lama jgak tu...budak2 tempat macam ni la yg seronok kan...
Post a Comment