CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 24, 2011

~ Malaysia vs Lebanon

Malam semalam adalah yang pertama selepas 5 tahun aku tak pergi stadium tengok bola. Dulu masa sebelum kahwin rajin la kiteorang layan gi stadium tengok bola ni, siap ngan berjersi bagai. Especially bila Selangor punya game la. dan Dan dulu ayah aku selalu bawak masa sekolah. Pegi ngan arwah mak pun pernah. Ayah dulu footballer ngan kelab kat Selangor masa tahun 80an. Masa tahun 80an, kelab lagi kuat dari team negeri. Melambak medal ngan cup die dapat. Dan die pernah berpeluang sepadang dengan Arwah Mokhtar Dahari untuk perlawanan persahabatan.

 Angkut ngan anak-anak sekali ni. Last minute plan dari en.hubby, kalau tinggal budak2 lama sangat kat umah opah kesian la kat opah nya dari pagi smpai lewat malam menjaga, nak juga die berehat untuk hadap besok punya bahagian lagi. Pakai baju tido pun baju tido la budak2, ngan papa pakai uniform kejenya. Excited la Sara dan Aqil sebab papa penah bawak dieorang pegi sekali dulu. Dan si kecik debab Isyraq pun ikut sama, hehehehe...dok diam je dia..pelik kot dengar sorak kuat-2 tu..ngan orang ramai kat sekeliling...Ada la snap gamba, tapi agak kureng clear sebab pkai hp. Tapi bole la tu..

Kami sampai agak lewat sikit, game dah 15 minit start rasanya. Dan Malaysia dah sumbat satu gol dah pun, ape tak nya...ngan jalan jem slow la kat Petaling ngan Vista Komanwel, sebok nak beli mende makan untuk anak la...en.hubby baru nak beli tiket lagi, nak berebut masuk ngan orang ramai tu lagi...Jadi kami ambik port dekat ngan entrance dan duduk belakang2 je..senang nak parking stroller anak dan tak sesak ngan orang sebab ada si kecik ni. Selalunya nak tengok bola paling best duduk kat bahagian tengah stadium, tapi kat belakang gol pun jadi la...Ramai jugak yang datang walaupun dihari bekerja game tu.

Game malam tadi adalah pusingan kedua selepas seri kosong kat Lebanon. Ini adalah pusingan kelayakan ke Olimpik London 2012 peringkat Asia. Separuh masa pertama yang paling menarik pada aku walau dah miss 1st gol. Malaysia banyak menyerang, dan hasilnya dapat sumbat lagi satu gol. Memang seronok meraikan gol kat stadium tau..happening!kalau duduk kat crowd tu lagi best. buat ombak...sorak ikut rentak lagu...Tapi bila masuk separuh masa kedua pulak, Malaysia dah mula over confident. Lebanon pulak yang lebih bayak menyerang dan Malaysia banyak bertahan. Dan akibatnya, saguhati buat Lebanon dengan satu gol berjaya disumbat. Ada la jugak 4 ke 5 orang penyokong die!Tak kisah la kat mane kan, semangat kenegaraan tu ada. Kiteorang gerak balik sebelum game abis, tak nak bersesak-sesak dengan crowd tu nanti. Isyraq siap layan tido lagi, apa die kisah nak gol ke nak bersorak ke...minum susu, tido!Perlawanan berakhir dengan kemenangan Malaysia ke atas Lebanon 2 - 1. Melayakkan Malaysia ke pusingan seterusnya sebelum layak ke Olimpik.

Sape pun aku tak kenal dalam team tu kecuali Khairul Fahmi...memang cute la.....!heheheheheh...dan die la captain pasukan jugak. En. hubby cakap untuk Olimpik ini team bawah 23 tahun. Kali terakhir Malaysia layak ke Olimpik ni adalah pada 1978 (Munich) dan 1980 (Moscow)...Jadi kan molek lepas 30 tahun lebih ni, sejarah kembali tercipta...

Jom layan gambar yang tak berape clear dan blur sket sana sini...








Boleh tahan ramai...makan ribu orang jugak la..



Cam picnic je ngan stok makanan bagai...akibatnya pagi ni mata sara membengkak, berair dan hidung mula berhingus dan pedih sebab alergy sebab mama papa terlupa cek bebola jenis apakah itu...udang rupanya!

Budak debab yang melilau mata kesana-sini...

Rasanya Isyraq la satu-satunya baby yang ada kat stadium malam semalam, penyokong paling muda!





2 bual bicara:

Hudalatip

ehhh, bestnya ko g stadium? hebatt..aku nengok gak malam tadi..betullah, aku kalau tak beria memang tak nengok bola la..but since dah tau khairul fahmi, dan tunang dia ada blog, tetiba aku terminat bola dan sokong pasukan bolasepak..hehehe...:)

eiza

ye..ke stadium aku anak beranak...dulu masa thun 90an, aku kenal ramai player sebab slalu ikut ayah pegi tengok dan masa tu game bagus, dan selangor kuat selalu menang masa tu...tapi jadi tak ikut sangat sejak game dah slow dan teruk...ni sejak2 Malaysia dah up balik, seronok la jugak nak ikut balik...memang ramai yg jadi minat pasal si khairul fahmi tu la...heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...