CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 2, 2011

~ Memang binatang..!

Kalau tak beli atau tak baca surat khabar nanti dikata plak tak mengikuti perkembangan semasa, tak ambik tahu pasal apa yang berlaku dalam negara. Tapi dah rasa malas nak baca sebenarnya, kecewa pagi ni bila en. hubby singgah beli surat khabar tergantung la semua front page yang highlight kes campak bayi lelaki baru lahir dari tempat tinggi sebuah pangsapuri di Sentul!!Siap pulak dengan gambar yang sadis dan buat airmata gugur, geleng kepala, terkedu, sumpah seranah...berbaur2 perasaan..Harian Metro dengan tajuk beritanya 'Angkara Binatang'; Kosmo! plak 'Manusia Berhati Syaitan - Kepala bayi baru lahir pecah dicampak dari pangsapuri'...So, apa pendapat korang baca berita macam ni pagi2 dgn front pagenya diletak gambar yang sangat sadis?!Aku yang tengah meriba Muhammad Isyraq Naufal yang hari ni cukup umur 4 bulan terus peluk die...ngilu perut aku!

Dilaporkan dalam Kosmo!, bayi lelaki yang baru lahir, cukup sifatnya, masih bertali pusat dicampak dari tempat tinggi yang mengakibatkan kepalanya pecah. ditemui oleh penduduk dan anggota polis yang mengundang rasa hiba...(rasa sedih sangat nak taip cerita ni)...perbuatan kejam ni dikesan apabila seorang lelaki menemui bungkusan plastik hitam di tempat letak kereta. Polis percaya pelaku hendak mencampakkan bayi tersebut kedalam tong sampah yang terletak betul2 dibawah blok tapi tersasar kira2 3meter. Turut ditemui adalah kesan air ketuban di tingkat 4 di sebuat blok pangsapuri.


Mayat bayi yang ditemui dalam keadaan kepalanya pecah

Ada penduduk laporkan yang pernah nampak seorang remaja hamil menyewa rumah disitu bersama teman lelakinya disebuat blok tempat bayi itu dicampak. Penduduk ada nampak seorang lelaki buang tilam, bantal dan kain yang berlumuran darah dalam tong sampah. Kedengaran juga sesekali pasangan tersebut bergaduh, dan disyaki lelaki tersebut adalah penagih dadah berdasarkan perwatakannya.

Allahuakbar!!!....meremang tengkuk aku!pandang satu2 muka anak, degil nakal mcm mane pun itu anak...rasa macam baru je melahirkan setiap seorang mereka...apa dosa smpai nak dibuat macam tu pada nyawa yang bukan kau yang cipta..die ada hak nak lihat dunia...ada orang nak timang anak, tak berpeluang lansung nak kandung dan lahirkan anak, aku dapat rasa sebab pnya kakak yang dah berbelas tahun kahwin tapi tak berpeluang menerima rezeki sebegini..tapi Allah kurniakan die rezeki sebagai ibu walau sekadar ibu angkat, dah kasih sayang tak pernah berbelah bahagi walau bukan dari kandungannya...

Salah datang dari diri sndiri, jangan ambik jalan sempit dan akal yang pendek untuk menutup kesalahan..setiap yang berlaku ada jalan penyelesaiannya jika fikiran dan tindakan ke arah yang betul.Dah buat salah sekali jangan diulang lagi dan lagi...

** gambar adalah dari Harian Metro


4 bual bicara:

Hudalatip

kan acik..aku tak sanggup nak baca apatah lagi nak nengok gambar..apalah nak jadi dengan manusia di akhir zaman..Moga tempatnya di syurga....

eiza

ntahla udet..kita yg dah jadi mak org ni, dah merasa mcm mana bawak kandungan 9bln, melahirkan jd pelik mcm mana la dieorg ni leh beranak sorang2?nauzubillah!

Truly_me

Mcm binatang, itu selalu org akan ckp kan? Tp sebenarnye binatang lagi sayangkan anak depa dari manusia yg xbersyukur atas rezeki yg tuhan bg ni.

eiza

mmmm...betul jgak...mengikut peredaran masa dan tabiat manusia yang dah lebih kurang atau ada jgak yg lebih teruk dari binatang mgkin kene mansuhkan perumpamaan ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...