CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 6, 2011

~ Al-fatihah untuk mak...

6 June 2008 mak pergi selamanya...hari ni genap 3 tahun kehilangannya. Rindu hanya Allah yang tahu...3 tahun lepas, mak pergi masa aku tengah dalam pantang 42 hari, aqil najmi cucu terakhir yang die pangku dan tatap. Dia pesan...

"Jangan menangis banyak2 sangat...kamu tu lelaki, banyak sangat nangis nanti malu...orang bercakap bercerita smpai ke besar nanti"

Seakan2 faham, die senyap...aqil najmi budak menangis 3bln lebih masa pantang....hayat terakhir mak kat rumah aku, die tak jaga dalam pantang hanya perhatikan...seronok mak ada masa tu...bkan aku, tapi semua dari kami adik-beradik dan ayah tak ada masa die hembus nafas terakhir tapi nurse cakap die pergi dengan mudah...mak beri keputusan mudah untuk kami semua apabila doktor minta kami bincang sama ada nak putuskan semua sistem sokongan kerana tiada perubahan selepas seminggu di CCU, segala ubat yang paling kuat dan terbaik tak membantu..

Setiap kali bercakap pasal mak, perasaan bercampur baur...mata mesti bergenang even masa taip entry ni...

Mak, terima kasih untuk segala2nya...Al-fatihah untuk mak dari adik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...