CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 29, 2011

~ Nasib

Aku selalu tak bernasib baik dalam bab kerja. Dari baru gradt smpai la skrang ni dah msuk 8 thun bekerja. Bertukar kerja sana sini, takde pun record yang lebih 3 tahun…paling lama pun kan, 2 thun lebih. Ada keje yang aku memang boleh stay lama, yang memang sayang gila ku berenti tapi langgar prinsip aku, sebab end of the day it’s all not because of money.
Kalau kita tak enjoy, tak suka apa yang kita kerjakan pun walau besar mana kita dibayar takkan dapat satisfaction. Bila tak suka, macam mana kita nak ikhlas bekerja, macam mana nak bagi performance yang terbaik. Macam mana nanti appraisal nak bagus end of year.
Aku consult dengan ustaz pasal prob aku kat entry dilema aritu, die kata lebih kurang begini ye…
“kalau customer tu yang pertama dan terakhir dan tak berhubung lagi lepas ni, tak ada masalah. Lagipun kita tak tahu pun jadi halal la gaji tu. Tapi sekiranya itu adalah customer utama, dan selalu berhubung dikira haram kerana membantu.”
Soalan seterusnya pada ustaz tu adalah – kalau bukan customer utama, tapi mungkin satu hari nanti die akan berhubung balik macam mana pulak. Ini jawapan yang ustaz bagi…
“Memang berdosa kalau ada urusan dengan benda tak halal tapi nak buat macam mane sebab company pun bukan company orang Islam. Kalau company tu customer die more to yang tak halal, baik berenti je sebab pendapatan pun haram jugak. Tapi sekiranya 5% tu dibolehkan lagi tapi seeloknya 100% bersih lagi bagus untuk kita dan anak-anak.”
Mmmmmm….dibolehkan lagi, tapi harusla aku pun mula mencari yang lain kan…bukan pasal prob tu je, aku juga merasakan yang aku tak berapa boleh nak follow cara kerja dan juga expectation yang pada aku kurang munasabah…mane senang nak dapat keje skarang, nak compete ngan budak baru abis belaja lagi kan..banyak company suka ambik budak baru abis belajar sebab lagi murah nak bayar. Dan, bila anak dah berderet ni kan, walau qualified pun tetiba jadi tak qualified, masa interview la macam-macam die tanya pasal anak itula , inila…dari situ kan dah tau dah boleh dapat ke tak…
Tengok orang keje elok2 jeles la gak kan, buat aku terfikir yang ‘bahagian’ aku ni menarik dari orang lain. Tak aku dapat lagi nak mengagak apa petanda untuk aku ni. En.hubby pun kesian kat aku pasal bab keje ni…Jadi, aku tengah merangkak nak mulakan sesuatu yang baru, harap-harap dapat la mengubah apa yang ada sekarang.
Ya Allah…permudahkan la segala kesempitan dan harapan aku…




~ Pedih perut

Semalam satu hari tak layan nak update apa2 kat blog ngan fb. Tak bukak langsung!MC sebab cirit birit dari hari Ahad malam...bisa betul.Pegi klinik lepas blik keje ari Isnin tu, doc suruh jelir lidah. Terus die kata dah dehydrate ni. Kalau lambat sikit dah kena ambik drip!

Haiiissshhh...serius camtu skali!Kata doc, tiap kali dapat seruan buat pelaburan, kena top up balik modal dengan minum air masak satu botol air mineral tu..nak kena recharge balik. Hari  Isnin kan selalunya bz sket, bkan tak minum air tapi kekadang tu terlupa. Dok plak dengan kepala betul-2 bawah aircond, lagi la aku maleh nak minum, kang keje buat pelaburan kecik je plak berulang alik.

Tekanan darah pun dah turun, perut dah masuk angin, kepala dah berat...jadinya, die sendiri bagi MC tu untuk rehat...bagus la doc..mekasih la bebanyak, biar MC sehari bagi recharge balik daripada tersadai kat spital ambik drip plak!

Tapi smpai ke hari ni jugak la dok pedih lagi rasa perut........

Monday, June 27, 2011

~ Siapakah itu...?



Melentik bulu mata die...tak payah pakai bulu mata palsu...kalah Rozita Che Wan pnya mata tau sebab ni asli, terbaik dari ladang dan lautan!Siapakah die....?

??????


????


??


?


jeng jeng jeng.......!!





Dielah anak bujang aku Aqil Najmi!....haaaa...bulu mata anak dara aku Sara pun tak selentik die tau. Pastinya gen ini datangnya dari sebelah en.hubby, kening pun tak berterabur...kalau sebelah aku dah la sepet bulu mata pendek je...tu sebab masa kahwin bukan main panjang tebal lentik bulu mata mak andam pasangkan!Siap berterabur merata keningnya...seksa mak andam nak trim....

Bila die tido, aku suka belek bulu mata die...geram!







~ Bersatulah demi 'Cahaya' baru ini....



Comel kan?...hidung terletak....Semua baby yang baru lahir, wangi...tak ada dosa walau secalit...dan memang confirmla comel kan....

Ni gambo entry dari page abang nara...Anak Jimmy Shanley, diberi nama Zahrah Shanley...cantik nama, bila nama si kecik ni ada nama Shanley jugak, maknanya si isteri masih ingat dan sayang pada Jimmy. Memang semua dah tau pasal kegoyahan rumah tangga mereka suami isteri, tak payah la nak cerita balik kat sini...hanya mereka yang tau letak duduk perkara yang sebenar.

Semoga dengan kelahiran 'Cahaya" baru ini, akan memberi sinar baru pada mereka.Semoga kasih sayang kembali bertaut demi amanat Allah yang dikurniakan ini...Semoga tak kurang sedikit pun kasih sayang seorang ibu dan ayah untuk anak ini...Amin...

Friday, June 24, 2011

~ Panik

Ini apa yang berlaku semalam di stadium. Buat berderau darah, meremang bulu tengkuk aku!
Masa dok sebok melayan tengok bola, en.hubby dukung Isyraq, aku duduk kat kerusi, Sara dan Aqil dekat dengan papa main turun naik tangga. Bukan dieorang nak tengok sangat pun. Dok seronok main tangga dengan kerusi lipat stadium tu. Orang pun tak ramai kat area kiteorang duduk tu so dieorang bebas la sikit tapi tak pegi main jauh-jauh, dekat-dekat je.
Secara tiba-tiba, ada sorang lelaki ni datang dari atas terus belok kiri ke kawasan kami duduk. Die terus menegur mesra Sara dan Aqil yang tengah main. Terperasan en.hubby ada, die tegur jugak dan pegang Isyraq. Aku tak sure apa yang bertegur dengan en.hubby. Die terus duduk kat dua baris di depan sikit dari aku...Die agah Isyraq, cam biasa la bukan die paham ngan kenal pun kan, asal orang agah je die sengih lebar je la…Dan tak smpai berapa minit die seluk poket pastu bagi 10 hinggit kat Isyraq…Masa tu aku tengok muka en.hubby dah lain sikit, pastu die kata tak payah la…mamat ni insist jugak nak bagi, rezeki anak katanya. Sebab aku jauh sikit dari dieorang so, aku tengok je la…tak lama lepas tu die pun blah dari situ. Lebih kurang 10 minit je die kat situ.
En.hubby datang kat aku suruh ambik duit dari tangan Isyraq, pastu aku tanya la tu kawan die ke?...!!!bukan kata die!!!...gulp...!! Mati-mati aku ingat tu kawan die sebab die kata ada beberapa orang kawan die ada datang tengok bola jugak malam ni tapi duduk kat sbelah tengah sana…aku dah rasa semacam. Bila ambik je duit tu dari en.hubby terus aku letak kat poket bag, tak campur ngan duit aku dalam poket dan wallet. Takut plak ada apa-apa nanti kan…
Perlawanan kiteorang teruskan tengok macam biasa. 4 beranak tu masih dikawasan tangga tu sebab open air sikit, so tak la panas untuk Isyraq. Lepas tu Sara datang kat aku mengadu kata papa tak bagi main dekat situ, aku kata memangla…sape suruh tak dengar cakap, jatuh nanti macam mane.
En.hubby terus datang kat aku kata mamat yang datang pastu tetiba bagi duit kat Isyraq tu panggil Sara….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!......Oh!!!!Apakah itu????!!!!! Kata en.hubby Sara panggil die bagitau ada orang panggil die suruh pegi sana, so bila en.hubby pusing belakang nampak mamat tu terus berkerut muka marah tanya apahal?! Mamat ni terus lari…blah dari situ.Masa tu la memang aku jadi gelabah, panik!!!Rasa secured jugak duduk kat situ sbenarnya sebab kat atas baris belakang anggota Rela dengan polis ada berjaga kat situ sambil tengok game jugak.
Terus aku peluk Sara…tak bagi dah main kat situ, suruh en.hubby duduk dekat-dekat ngan aku…masa tu memang rasa nak balik sangat-sangat!!Masa nak balik memang pegang tangan anak-anak kuat-kuat..biar la satu stadium dengar suara aku terpekik melaung anak asal anak tak hilang!! Duit 10 hinggit yang mamat tu bagi, memang jangan la buat makan! En.hubby guna buat beli mainan Sara ngan Aqil since dieorang sebok sangat nak trompet bola yang melambak jual kat luar stadium tu.
Jadi aku dah rasa takut nak bawak anak-anak pegi tempat-tempat crowded ni. Takut terlepas pandang. Budak-budak, biasala…nak bejalan sendiri, taknak dipegang. Nasib Sara ni jenis bagitau, kalau jenis pegi je sebab orang tu dah mula buat impression baik awal2 tadi macam mane?So, perhatian kena la extra super ordinary bila bawak anak-anak ke tempat macam tu, dan kena ajar anak jangan pegi dan layan orang tak kenal. Ajar dieorang bagitau kita bila ada orang tak kenal panggil.Haiiisssshhhhhhh…!!!!Sampai sekarang kalau teringat buat aku panik, seriau!!



~ Malaysia vs Lebanon

Malam semalam adalah yang pertama selepas 5 tahun aku tak pergi stadium tengok bola. Dulu masa sebelum kahwin rajin la kiteorang layan gi stadium tengok bola ni, siap ngan berjersi bagai. Especially bila Selangor punya game la. dan Dan dulu ayah aku selalu bawak masa sekolah. Pegi ngan arwah mak pun pernah. Ayah dulu footballer ngan kelab kat Selangor masa tahun 80an. Masa tahun 80an, kelab lagi kuat dari team negeri. Melambak medal ngan cup die dapat. Dan die pernah berpeluang sepadang dengan Arwah Mokhtar Dahari untuk perlawanan persahabatan.

 Angkut ngan anak-anak sekali ni. Last minute plan dari en.hubby, kalau tinggal budak2 lama sangat kat umah opah kesian la kat opah nya dari pagi smpai lewat malam menjaga, nak juga die berehat untuk hadap besok punya bahagian lagi. Pakai baju tido pun baju tido la budak2, ngan papa pakai uniform kejenya. Excited la Sara dan Aqil sebab papa penah bawak dieorang pegi sekali dulu. Dan si kecik debab Isyraq pun ikut sama, hehehehe...dok diam je dia..pelik kot dengar sorak kuat-2 tu..ngan orang ramai kat sekeliling...Ada la snap gamba, tapi agak kureng clear sebab pkai hp. Tapi bole la tu..

Kami sampai agak lewat sikit, game dah 15 minit start rasanya. Dan Malaysia dah sumbat satu gol dah pun, ape tak nya...ngan jalan jem slow la kat Petaling ngan Vista Komanwel, sebok nak beli mende makan untuk anak la...en.hubby baru nak beli tiket lagi, nak berebut masuk ngan orang ramai tu lagi...Jadi kami ambik port dekat ngan entrance dan duduk belakang2 je..senang nak parking stroller anak dan tak sesak ngan orang sebab ada si kecik ni. Selalunya nak tengok bola paling best duduk kat bahagian tengah stadium, tapi kat belakang gol pun jadi la...Ramai jugak yang datang walaupun dihari bekerja game tu.

Game malam tadi adalah pusingan kedua selepas seri kosong kat Lebanon. Ini adalah pusingan kelayakan ke Olimpik London 2012 peringkat Asia. Separuh masa pertama yang paling menarik pada aku walau dah miss 1st gol. Malaysia banyak menyerang, dan hasilnya dapat sumbat lagi satu gol. Memang seronok meraikan gol kat stadium tau..happening!kalau duduk kat crowd tu lagi best. buat ombak...sorak ikut rentak lagu...Tapi bila masuk separuh masa kedua pulak, Malaysia dah mula over confident. Lebanon pulak yang lebih bayak menyerang dan Malaysia banyak bertahan. Dan akibatnya, saguhati buat Lebanon dengan satu gol berjaya disumbat. Ada la jugak 4 ke 5 orang penyokong die!Tak kisah la kat mane kan, semangat kenegaraan tu ada. Kiteorang gerak balik sebelum game abis, tak nak bersesak-sesak dengan crowd tu nanti. Isyraq siap layan tido lagi, apa die kisah nak gol ke nak bersorak ke...minum susu, tido!Perlawanan berakhir dengan kemenangan Malaysia ke atas Lebanon 2 - 1. Melayakkan Malaysia ke pusingan seterusnya sebelum layak ke Olimpik.

Sape pun aku tak kenal dalam team tu kecuali Khairul Fahmi...memang cute la.....!heheheheheh...dan die la captain pasukan jugak. En. hubby cakap untuk Olimpik ini team bawah 23 tahun. Kali terakhir Malaysia layak ke Olimpik ni adalah pada 1978 (Munich) dan 1980 (Moscow)...Jadi kan molek lepas 30 tahun lebih ni, sejarah kembali tercipta...

Jom layan gambar yang tak berape clear dan blur sket sana sini...








Boleh tahan ramai...makan ribu orang jugak la..



Cam picnic je ngan stok makanan bagai...akibatnya pagi ni mata sara membengkak, berair dan hidung mula berhingus dan pedih sebab alergy sebab mama papa terlupa cek bebola jenis apakah itu...udang rupanya!

Budak debab yang melilau mata kesana-sini...

Rasanya Isyraq la satu-satunya baby yang ada kat stadium malam semalam, penyokong paling muda!





Thursday, June 23, 2011

~ Panggilan hangit

Dalam sambil buat keje ni kan, nak buat ilang ngantuk aku dengar la koleksi panggilan hangit yang dah dibuat kat ramai orang termasuklah kat artis-artis. Dah la terkekeh-kekeh sorang-sorang dibuatnya! Memang respect la kat presenter-2 HotFM ni yang pandai la mengubah suara, guna loghat negeri-2,  lakonan memang terbaik la...Aku paling suka bila AG jadi Fifi!heheheheh....memang naya la pagi-pagi kena menda-menda camni kan...!satu malaya dengar wooooo..!

Ni segment yang en.hubby suka sangat tunggu tiap pagi bila drive nak pegi keje, kalau anak bising memang die marah betul...siap kuatkan volume lagi. Memang die concentrate abisla...aku penah tanya kalau die yang terkena camne?ishhh...die kata tak mungkin la kot, aku balas balik kata mane awak nak tau sape nak kenakan, bukannya dibagitau dulu pun kalau nak kenakan...die cakap kalau die yang kena ntah la, ntah ape la perasaannya!kekekeke...aku kata kalau orang yang kenakan die tu nanti aku camne? Die kata memang saja la nak carik pasai!!hahahahha...1

Tak terbayang dan seriau jugak rasa kalau terkena kan?!!isssshhhhh...mintak simpang la wehhhhh...!!!

Dengar kat sini koleksi panggilan hangit.....




~ We are Incredibles Family

Bila aku ngan en.hubby tengok kartun The Incredibles ni kan, hampir di hujung cerita kami realize yang kami 5 beranak ni ada persamaan dengan keluarga Mr. Bob Parr ni...apa yang samanya?

Dalam keluarga ni punya 3 orang anak, yang sulung adalah perempuan dan seterusnya 2 orang lelaki : begitu juga kami!

Bob Parr @ Mr. Incredibles - Die ni orangnya berusaha nak buat macam-macam untuk keluarga jugak untuk diri sendiri, untuk kebaikan keluarga. Terburu-buru dan berahsia dengan isteri, bila dalam kesusahan baru sedar kesalahan dan ingat keluarga. Sangat sayang pada keluarga : Memang sikit lebih kurang ada la tempias pada en. hubby.

Helen Parr @ Mrs. Incredibles @ Elastigirl - Tegas, cekap uruskan rumah dan anak-anak sesuaila dengan kuasa superpowernya - elastic. Mulutnya bising. Buat sesuatu ada strategi, setia dan panjang akal untuk selesaikan masalah : Semestinya part yang mulut bising tu la! hehehehe...

Violet Parr - Anak sulung, kurang keyakinan diri, suka menyendiri tapi setelah tau kelebihan diri, die mula menyerlah dan yakin : Elya Qaisara, anak sulung yang boleh diharap, kadang-kadang bila suruh buat satu benda cepat je cakap die tak pandai. Tapi bila terangkan pada die dan yakinkan die pandai dan boleh buat die memang boleh abiskan apa yang disuruh.

Dash Parr - Punya keyakinan diri tinggi. Nakal, suka menyakat, selalu bergaduh dengan kakak. Superpower die adalah sangat pantas berlari : Aqil Najmi...oh well...die memang banyak sungguh persamaan dengan Dash ni!Die kalau berlari memang la mama papa tak terkejar!Kuat menyakat dan hasilnya setiap selang berapa minit mesti dah bergaduh dengan kakak.

Jack Jack - Pastinya si kecik ni comel bangat. Buah hati semua orang dengan senyuman yang menawan dan tak banyak ragam : Muhammad Isyraq Naufal memang buah hati semua orang, bila die senyum ke gelak ke, lebar selebarnya sampai ke telinga. Yang paling mudah dijaga dan tak banyak ragam.


Penilaian karakter watak-watak ni adalah dari pandangan aku je ye, kelemahan kekurangan yang disebut kat atas tu adalah kebetulan je ye...tapi yang paling penting kami adalah diri kami sendiri, ni setakat nak suka-suka aje... :D


** Pic from googles







Wednesday, June 22, 2011

~ Gangguan

Berlaku 2 gangguan pada aku hari ni...

Pertamanya adalah gangguan bekalan air sementara di sekitar kawasan KL dan Selangor dari 22 smpai 24 Jun!(Sementara tapi lama betul smpai 3 hari?!tak agak-agak...) Bermula 8 pagi hari ni dan berakhir 8 pagi Jumaat 24 hb nanti. Ini berikutan kerja-keja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) Oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta kerja-kerja menaik taraf bekalan air oleh kontraktor SYABAS. Dah diberitahu kawasan-kawasan yang akan terlibat akibat gangguan ni iaitu di wilayah KL, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling. Termasuklah kawasan tempat aku kerja ni...bukan la nak mandi bagai membasuh ke apa kat opis ni kan tapi boleh plak hari ni aku 1st day angkat bendera Jepun, tu yang aku jadi tak selesa yang amat tu...!!Walaupun Shah Alam tak termasuk, tapi sbagai langkah berjaga-jaga memandangkan anak aku ni ramai kan, dan ada pulak ayah kat umah, tetap aku tadah malam tadi...

Keduanya adalah....haishhh....memang aku tak selesa nak buat call sana sini klau dah kelentung kelentang bingit kat opis ni pagi-pagi ni...bunyi welding, ketuk sana sini, bunyi drill dinding...nak pasang grill kat sini...silau mata dek welding tu..memang aku tak layan nak call orang bising-bising camni, tak concentrate tak dengar clear pun kalau bercakap ngan orang...memang lepas lunch la klau aku nak bergerak kot..ntah brape lama pulak nak siap pun ni ha....yang ni pnya part aku suka la sket...goyang kaki jap...hehehehe..

Tuesday, June 21, 2011

~ Sakit mata...sakit hati...meluat

Sekarang ni kalau bukak FB akan buat aku meluat, sakit mata sakit hati tengok ada manusia yang online semanjang cam takde keje nak buat. Padahal keje die bukan la secara lahiriahnya menghadap pc cam kita yang keje opis ni. Keje die masuk opis tu macam setakat masuk duk rehat kejap je, tengok email keje jap, tengok job order dari bos, nak buat claim..ha, lebih kurang tu je la alasan nak masuk opis. Yang lainnya masa dan kerja bayak habis di luar, mengikut tuntutan dimana kerja harus dibereskan seperti yang diarahkan oleh bos melalui job order.

Insan ini adalah kawan en.hubby aku, kawan aku jugak la sebab sama-sama kenal. Orang umah die pun aku kenal, baik lemah lembut orangnya. Yang buat aku berbulu tu kan, bila tiap kali aku call en.hubby bz la memanjang, keje sana sini...ye la, sah-sah la dah call time waktu bekerja memang la sebok bekerja kan. Tapi kat fb mamat die dok online jugak lagi. Kadang-kadang en.hubby dah macam polis, standby malam-malam buta ngan pagi-pagi buta, bila orang call die kene la cergas pegi keje...ada masanya, ambik kami anak beranak hantar balik umah die pegi balik mengulang keje yang belum siap. Dan mamat ni masih tetap online kat fb bila aku online kat umah malam-malam.

Dah keje maintenance, jadi ada keje-keje yang tak boleh dibuat masa orang tengah keje..nanti akan mengganggu, jadi akan di buat pada hari sabtu, tak siap jugak sabtu sambung ke ahad smpai siap supaya lancar orang bekerja mula isnin nanti..jadinya kan, kekadang en.hubby keje 7 hari seminggu!Bukan OT half day tau...cam keje full day pagi ke petang, dan pernah sebok die dengan keje ni smpai berbulan kami tak kemana anak beranak, tersadai je kat rumah...ye la, anak-anak membesar kan..umah aku ni flat, jadi bukan la senang nak lepas anak main kat luar..takde budak-budak pun sebab banyak orang keje kilang je yang menyewa pun. Ada playground pun aku tak layan nak bawak pegi sebab crowded sangat-sangat, sebab tu je la satu nya seluruh taman tu nak tumpukan...

Ini menjadikan konflik bukan kadang-kadang tapi selalu aku dengan en.hubby. Ye la, aku pun kadang-kadang nak gak pegi sana sini, ada aktiviti ngan kawan-kawan, anak-anak nak berjalan ke, smpai bila sedara mara datang umah pun die selalu la tak ada...memang la faham ngan kerja die, tapi bila dah selalu macam mane nak faham?Asyik-asyik die, lagi-lagi die yang kene keje extra buat itu ini...takkan die sorang je yang keje kat situ?Bila dah angin kan aku kata, keje teruk-teruk camni kan tapi tak berbaloi bila ujung tahun nanti die merungut point KPI die sikit berbanding yang lain...bonus pun sikit dari yang lain...review performance tak bagus macam yang lain...berbaloi ke?Katanya die tak pandai kipas bos...orang lain pandai...??!!Perlu ke bila bekerja nak buat macam tu?Biarlah atas usaha dan kudrat sendiri lebih bermakna walau kurang serba serbi dari yang lain.

Panas hati tau, bila hari minggu suami kita pergi keje dari pagi...bila online, tengok kat fb mamat ni siap letak status bergembira ke sana sini, full wit activity luar kerja dengan orang umah dan family...sedih tak?Apa lagi nak jawab bila anak-2 bertanya kita nak pergi mane-mane tak?mintak nak pergi sana sini tapi bila en.hubby dah balik, penat tak kemane pun pegi..paling abis pun kan nak bagi anak-anak merasa keluar rumah, lepas maghrib bawak pegi Giant sebab ada playground indoor free!!Orang yang beranak pinak ni la nak gegas sana sini tak kira masa keje pnya pasal, orang yang takde anak (Insan ini walau dah beberapa tahun kahwin blom ada rezeki dikurniakan anak) yang bujang plak yang banyak sangat hal nak didahulukan.

Kesian jugak la kat en.hubby penat keje tau, kadang-kadang semua keje cam die je yang kene buat aku rasa. bila tanya orang lain takleh buat ke, die kata orang lain tak tau buat. Abis tak tau buat tak reti belajar ke?Kalau orang yang reti buat ni sakit ke, ada emergency ke, cuti AL ke, cmne plak?Lagi sakit hari bila dah AL kan ada je la manusia nak call tanya pasal keje itu ini..kene la ulang suara bagi tau yang die tu bercuti ari ni...sengal kan...Bila tanya mamat ni takde keje ke asyik online tengok, en.hubby cakap tak tau la...lantak la die, orang banyak duit..pakai iPhone, gi holiday Bandung, tu yang tak kesah nak keje...die pun dah lama tak ambik tau pasal mamat ni...buat ngabih boreh!FB mania kot die..tak penah off, sebab dah beriPhone tu kan, jadinya buat keje pun on je la kot kemane aje pegi..

Tapi aku tetap sakit ati dan meluat...Bahagian aku dan anak-anak dengan en.hubby dah dimanipulasi!






Monday, June 20, 2011

~ Lawatan Sambil Belajar Zoo Negara - PASTI Aiman

Buat pertama kalinya melepaskan Elya Qaisara sendirian bersama kawan-kawan dan cikgu-cikgu ke lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Ini adalah anjuran PASTI Kawasan PJS (Petaling Jaya Selatan) so ada PASTI lain yang berdekatan yang turut serta juga. Hati cuak, tapi kena biarkan die belajar bawak diri tanpa mama ngan papa. En. hubby kata apahal panic sangat ni?..alahai...hati mama ni kan, bukan apa...nak anak selamat segala-galanya..dah la si Sara ni kecik je..(padahal bukan die sorang je yang kecik je pun...!) padahal die elok je rilek ngan kawan-kawan dan cikgu...

Pengalaman yang menyeronokkan untuk Sara dan Aqil...tengok binatang-binatang. Gambar-gambar ni banyak gambar Aqil la, sebab tour bebeza ngan Sara. Tapi supaya Sara tak ketinggalan kenangan kat sana, dapat jugakla snap gambar die sket...

Untuk berjimat memandangkan acara ni berlaku di tengah2 bulan, pagi-2 sebelum subuh sudah bersiap sedia masak nasi goreng cina, telur dadar, dan sosej goreng.

Sara cuak jap sebab takde kawan2 dan cikgu yang die kenal. Program asalnya ialah, semua skali berkumpul dekat Masjid Darul Ehsan,SS15 Subang Jaya, tapi hanya beberapa orang je yang ada kat sana. Murid-murid lain dan cikgu-cikgu dari sekolah Sara semua tunggu kat port lain...Jadinya bas tu akan pegi smua port2 tu menjemput...Puas gak nak bagi die cool cakap nanti jumpe semua kawan ngan Cikgu Wani jugak...

Selepas melepaskan Sara naik bas pukul 8 pagi, singgah ke rumah Opah untuk mandikan dan siapkan 2 hero ni. Aqil tido lagi masa Sara pegi dan masih awal pagi sangat nak mandikan Isyraq. Jadi kami sampai ke Zoo Negara lebih kurang pkul 10.30 pagi.

Masa ni belum crowded sangat lagi...


Dengan kambing dan kancil di kids zone.

Bersiap-sedia nak tengok animal show.

Show sudah mula...smpai ternganga-2 mulut Aqil tengok.

Pertunjukan singa laut...comel sebab die pandai tepuk tangan.



Dah lepas berapa jam, abis terkeluar semua rambut dari tudung dah..

 Sara dapat tengok show ni separuh je sebab smpai lambat. Dieorang ni semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan, bila semua dah smpai tapi kumpulan Sara tak sampai2; masa ni la aku dah mula cuak...hehehehe

Tak abis2 la ngan gaya fire ultraman nya...

Dah penat bejalan...tido time...

Abang lapar la mama..nasib baik bawak bekal segala ni...makan minum kat sana mahal belaka..dapat la anak bujang aku menambah makan 2 kali.


Dah time nak balik tudung pun abis terbang segala...ada la sikit lagi gambar-gambar sara, tapi apahal dah rotate dah save tapi die tunggang terbalik la jgak...nampak tak muka ketat budak kat bawah tu?

Godaan melampau-lampau dalam zoo tu...kedai sourvenir merata-rata jual macam-macam benda..karut tak karut semua ada...nak layan cik abang ni memang tak terdaya, kalah anak dara shopping ..rambang mata semua benda die nak...protes la tu bergolek-golek kat atas jalan bila dah keluar dari entrance zoo tu...amuk punya amuk, masuk kereta tido terus kepenatan!

Sekian la hari yang panjang di Zoo Negara, lawatan pertama untuk en. hubby jugak ke situ dan yang pertama untuk aku selepas lebih 20 tahun. Pengalaman yang bagus untuk Sara on trip tanpa pengawasan mama ngan papa, pandai die berdikari. Untuk Aqil, kali ni pengalaman untuk die ialah, die tak mintak nak masuk kandang binatang2 tu. Masa first time bawak die pergi Zoo Taiping, melalak2 nak masuk dalam kandang binatang2. Dan untuk Isyraq pastinya, bukan la die paham apa lagi tapi first time die outing lama-lama camni.

~ Minoriti

Aku adalah minoriti di sini, jadi kadang kala rasa terasing. Oh, sila ambil perhatian yang ini bukanlah nak cerita pasal racist tau, bukan sekali-kali...tapi ini adalah situasi aku yang sebenarnya disini...

Aku adalah satu-satunya anak melayu yang gah skali Hang Tuah khabarkan yang 'Tak akan Melayu hilang di dunia'...jadi ada rasa kerdil la sket kan sebab aku ni jadi pasif sket kat sini, jarang nak bercakap. Kat kanan aku takde orang, kat kiri dan belakang ada orang...jadi mereka lebih selesa berbual dalam bahasa ibunda mereka...kekadang tu cam bole la jgak nak agak apa yang dieorang cakapkan, tapi banyak daripada tu tak paham langsung sebenarnya..!hehehehe..

Jadi pada pandangan aku la kan, bila soal kerja; tak molek la ckap antara diorang dalam bahasa ibunda...kene la ckap bahasa kerja, business language...kan ke tak pasal2 akan berlaku la macam2 pikiran dalam kpala otak aku tentang apa yang dieorang maksudkan...kan tak elok camtu bila ada syak wasangka...cam ayam ngan itik jadinya tau..soal kerja, interaksi bertiga tapi antara berdua tu cakap bahasa ibunda memasing...abis aku yang kat tengah-tengah ni camne?Sebab tu banyak daripada masa aku adalah buat je la keje sendiri...lebih banyak diam...buat je la hal memasing..

Aku belum imun dengan suasana camni kot...kat tmpat keje sebelum ni hingar bingar, bercakap ngan orang kat kanan kiri depan belakang...yang dok jauh pun leh gak layan bercakap bagi isyarat tangan!dan keje aku pun masa tu memang kene bercakap je ngan customer pagi ke petang...dan jugak lumrah aku yang mane leh nak diam-diam je ni?takde gossip, nak citer pasal resepi ke, pasal shopping ke...hehehehe...

Jadi, aku rasa kurang selesa jadi minoriti yang semacam ni..

Sunday, June 19, 2011

~ Selamat Hari Papa

Minggu ke-3 bulan Jun setiap tahun diisyhtiharkan sebagai Hari Bapa; diraikan di seluruh dunia. Bukan la hari ni je kita nak kene hargai pengorbanan, kasih sayang bapa pada kita...cuma untuk meraikan dan untuk jadi satu tanda ingatan yang dalam setahun ada satu hari khas untuk mereka...

Bagi pihak anak2, khas untuk en.hubby aku order cupcake khas untuk die dari mutiara cupcake . Ini kali kedua aku order dengan Kak Yati, kali pertama dulu untuk birthday kedua Aqil Najmi, suka hasil kerja die dan rasanya sedap..walau ada icing tapi tak manis sangat. Budak2 la katakan, xcited tengok kek kecik2 macam tu...comel...

Untuk en.hubby, ayah dan ayah mertua...Selamat Hari Bapa, terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan yang diberikan...Walau ayah takde skali sebab die balik jenguk rumah yang dah lama ditinggalkan kat Bukit Beruntung, dan ayah mertua pulak di Bukit Rambai, Melaka...ingatan tulus ikhlas untuk untuk kalian berdua....


Papa dan anak2







Pertama kali meraikan..Isyraq, kamu kecik kenot lagi la nak makan...
krim dah tercalit sana sini dah....

Saturday, June 18, 2011

~ Fuuhhhh..!

Selambak...membukit...setimbun...sebeban...apalagi yang seumpamanya ye...?

Tak tergambar ngan kata-2...reaksi toksah cakap la!tabahkan la ati, kuatkan la semangat, semoga dimudahkan sehingga selesai!...

Ini adalah motivasi pada aku...satu motivasi supaya aku komited untuk menghabiskan 'lipat kain'!!!hahahahahah....aku dah tak terkira brape lama dah tersadai tak berlipat ni..balik je anak tido, sama la tido skali..penat...penat keje satu, penat abis masa atas jalan..tak masuk ngan perangai cantil anak2 lagi...haaaisshh....jadi en.hubby, sekali lagi bantuan anda amatlah dihargai ye..ala, lepaskan lipat baju askar2 kecik je....

Jadi, mari start countdown bila nak abis melipat segala ni...mula dari skarang...11 malam!

Ni la rupa kain baju yang selambak tu!!!

Berjaya!!! :P

Friday, June 17, 2011

~ Dilema...

Aku mula perasan tentang kehadiran client yang satu ni bila terdengar perbualan head aku ngan boss. client itu adalah Guiness Anchor. Dan jugak aku ternampak head aku prepare report nak submit kat client. bukan aku yang handle client ni dan aku tak pernah diberi kes dari client ni untuk aku buat. Bidang kerja aku adalah buat reference check pada job application yang dah selesai interview dengan HR. bila HR dah interview, sebelum confirm nak ambik orang tu keje ke tak, die akan bagi resume atau application form kat company aku utk cek yang segala information dibagi tu betul ke tak, cek la segala utang ada tak, bankrup ke tak...macam-macam la...hantar report kat client bila siap dan terpulang pada budi bicara HR untuk hired orang tu atau tak...dan dari servis yang dah dibuat tu la client akan bayar kat company ni dan itulah pendapatan dan keuntungan company, dan semestinya la dari situ jugak bos aku bayar gaji aku...

Bila dah macam tu kaedahnya, jadi persoalan pada aku iaitu: "APA STATUS PENDAPATAN AKU?"....so, aku mendapat kan 2nd opinion dari kawan-kawan juga dari kakak sendiri dan dari 5 pandangan, 3 termasuk kakak aku bagi pendapat yang sama iaitu: Haram - ini merujuk dari hadis
Maksudnya : “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak.”
 
Jadi adalah dinasihatkan aku undur diri dari company ni bagi mengelakkan dari berada dalam golongan yang bersubahat. Ngeri bila dengar yg nanti akan mendatangkan macam-macam permasalahan di masa akan datang dan pastinya pada anak-anak yang di dibagi makan minum dari pendapatan ni, jadi darah daging. takut nanti dieorang tak hadam ilmu, tak jadi anak yang soleh dan solehah..sape nak jawab untuk aku kat sana nanti, dan anak-anak pun akan tanya benda yang sma kat sana nanti. Nauzubillah!!bayangkan segala gejala sosial tu datang dari mak bapak sbenarnya yang entah dari sumber mane bagi kat anak makan. Rezeki ada kat mana-mana dan ditangan Allah, jadi ni ujian untuk aku...
 
Pendapat dari 2 orang lagi berbeza, bukan nak kata mereka ni tak beragama ye tapi kan ke kata pendapat kan...apa pun tetap terpulang pada kewarasan kita nak fikir dan pertimbangkan. Mereka mengatakan yang tak terjejas pendapatan aku tu kerana aku tak terlibat secara langsung dalam proses mengambil company tu sebagai client, dan dalam keje ni sebab bukan aku yang handle dan buat kes client tu. Hasil negara ni pun ada yang datang dari yang haram jadi subjektif untuk diperkatakan dalam peringkat aku. Yang penting niat nak cari rezeki untuk anak-anak, hanya dan pasti Allah sahaja yang tahu niat kita. Sekiranya dah sebegitu, mesti juga ada niat untuk cari keje lain.
 
Ada 2 pendapat kan...tapi soal halal haram ni mane bole buat main, mesti disahkan betul-betul memandangkan aku dah mula was-was. bahaya wooo idup dalam was-was. tapi tetap dihargai pandangan dan pendapat kalian semua, tapi aku juga ada dinasihatkan untuk jumpe orang yang lebih arif...memang aku tengah usahakan...en. hubby suruh call pejabat agama.
 
Reaksi en. hubby masa dibagitau pasal ni semalam memang tenang je...die cakap aku selalu ada masalah ngan tempat keje, ada-ada je..ingat dah dapat elok tapi hampeh jugak...nak terus berenti time macam ni memang susah, mane nak cari keje sekarang ni?susah nak dapat tau...lagi pulak nak dekat musim raya bagai ni..tak sebab musim nak raya pun, kesian la jgak jat en.hubby sorang2 nak kene pulun cari duit..untuk aku tak kisah mane tapi anak 3 orang yang berderet tu... Nak berenti pun takleh dengan poket kosong, notice 2 bulan..berenti terus kena bayar xK!...mane mau cekau tu...?
 
Aku rasa, dengan berkali-kali dah ada masalah ngan tempat keje kan, ini petanda aku kena keje sendiri...buat meniaga la apa-apa yang minat...sangat dianjurkan juga dalam agama untuk berniaga kerana kepada yang bersungguh-sungguh pulangan pasti lumayan. Tidakkah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "9/10 dari rezeki itu adalah datang dari perniagaan" Hadis riwayat Tirmizi
 
Belum ada kekuatan nak buat, belum berani nak tanggung risiko, belum ada modal sbenarnya nak mulakan walau stakat kecik-kecik pnya bisnes. tapi nampaknya kena mula fikirkan dengan lebih serius kali ni...harus...InsyaAllah..Amin...

Thursday, June 16, 2011

~ Gerhana Bulan

Fenomena gerhana bulan penuh berlaku antara pukul 1.30 hingga 6.00 pagi 16 Jun 2011 tadi; boleh dilihat di seluruh benua Afrika, Eropah, sebahagian Asia dan Australia. Takde la aku berkesempatan nak tengok tapi ni sedikit sebanyak bagaimana fenomena ni berlaku. Mari ikuti pelajaran sains ini... :D

Wujudnya gerhana bulan adalah apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampit. Jenis panjang sesuatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Diagram dibawah menjelaskan lagi.











clip ni memperlihatkan prosesnya secara audio visual

Subhanallah!..Maha besar Allah...sebagai umat Islam,digalakkan tunaikan solat sunat gerhana. Solat sunat gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat kusuf atau solat khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadinya gerhana bulan atau matahari. Hukumnya adalah sunat muakkad atau sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna: Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini adalah daripada Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.

Niat solat sunat gerhana

**sumber: google, wikipedia
    gambar: google image

****************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...