CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 5, 2011

~ Melatih anak berpuasa

Puasa dah tak lama je lagi. Cepat masa berlalu, dan dah tiba la masanya nak ajar Qaisara berpuasa. Sebab skarang ni ntah kenape die dah mula sebok cakap pasal raya, dari kawan-kawan mungkin. Tanya bila nak raya la, kenape kita belum beli kasut raya la, baju raya kita Cik Yah tu dah buat ke...?!...haaaaa...kan leceh jugak nak explain tu..sebab dalam kepala die tak tau apa-apa pasal puasa, straight away terus ingat raya je. Masa die 4 tahun, aku tak start nak train sebab tu first year die pegi skolah dan consider jugak la keadaan die yang menangis 3 bulan pertama pegi skolah, dengan nak adapt keadaan ditinggalkan ke sekolah sebab die ambik masa yang agak lama sepanjang setahun tu untuk biasakan diri. Jadi taknak la nak tambah lagi satu tanggungjawab yang die belum boleh nak faham kenape tak boleh makan minum.

Since dah umur 5 tahun ni, dah tau Rukun Islam, Rukun Iman, dah boleh menghafal banyak surah dan doa..memang molek sangat la nak start ajar puasa. Jadi aku cakap kat die, kalau nak raya mesti kena puasa dulu, tak boleh makan, minum...sebab ada banyak orang susah yang tak makan, tak minum, jadi ni sebagai tanda kita bersyukur pada Allah...suruh die baca rukun Islam yang nombor 3 apa, pandai die jawab puasa. Sokongan pada anak kene la tinggi, supaya die bersemangat dan faham makna puasa yang sebenar. Jadinya, kita ibu bapa ni la kena jadi contoh yang terbaik. Dan, aku sangat tak bersetuju dengan konsep upah duit  atau apa saja kalau anak puasa....!Nanti anak buat sebab nak duit, sebab nak upah bukan sebab wajib kita sebagai Islam tunaikan rukun Islam ketiga. Nanti anak tak faham konsep sebenar puasa.

Jadi, nak kongsi la bersama tips nak cetuskan semangat berpuasa dalam diri anak dari majalah Nona bulan Julai 2011 tulisan Ermi Shuzila Washida Mohammad.

  1. Latih si kecil memakai pakaian yang sopan dan bercirikan Islam ketika bulan puasa
  2. Untuk anak yang masih kecil, biarkan die makan bersama ketika berbuka puasa
  3. Melarang atau mengingatkan kepada si kecil agar menjaga pertuturan dengan tidak bercakap kotor atau kasar. Bukan saja di bulan puasa bahkan di luar bulan Ramadhan
  4. Bangunkan si kecil untuk bersahur, jika boleh biarkan die makan sahur bersama. Ini akan beri semangat dan kedewasaan dalam diri si kecil ~ harap aku pun akan bangun dan makan sebab aku jarang bangun makan, teguk air je...kekadang tak bangun pun.
  5. Latih si kecil unutk beramal. Contohnya, memberi sedekah atau makanan kepada anak-anak yatim. Beritahu si kecil erti pahala jika banyak berbuat kebaikan.
  6. Jangan terlalu menjanjikan ganjaran atau hadiah tertentu kepada si kecil kerana jika anda tidak menunaikannya dikhuatiri dia tidak akan lagi bersungguh-sungguh menjakankan ibadah puasa ~ janjikan die nak raya ke tak ngan baju raya sudah, kalau tak pun memang dah nak beli la jugak kan baju raya segala dan memang nak raya dah pun kan...
  7. Izinkan si kecil pergi ke masjid dengan kakak atau ayahnya untuk solat dan berbuka puasa bersama komuniti Islam yang lebih besar ~ moga kekangan waktu tidak meruncing agar dapat beri peluang pada Sara ke masjid bersama..
  8. Ajak dan ajar si kecil untuk memahami maksud ayat-ayat suci Al-Quran.
  9. Sesuaikan puasa dengan usia si kecil. Jika dia masih dibawah usia 7 tahun, anda boleh melatihnya untuk berpuasa selama setengah hari sahaja. Latih secara bertahap dan tanpa paksaan. Jila si kecil berjaya melakukannya dengan baik, berikan pujian padanya di hadapan ahli keluarga sehingga die berasa gembira dan terus bersemangat untuk melakukannya dengan lebih baik lagi.
  10. Jika si kecil berusia 4 tahun, dia boleh dilatih untuk berpuasa sehingga pukul 8 pagi.
  11. Jika si kecil berusia 5 tahun, kekerapannya untuk berpuasa boleh ditingkatkan sedikit. Mungkin sehingga pukul 10 pagi.
  12. Jika si kecil sudah berusia 6 tahun, dia boleh berpuasa sehingga azan Zohor. Tingkatkan amalan berpuasa mengikut kemampuannya seiring dengan pertambahan usia. Mudah-mudahan akhirnya si anak dapat berpuasa dengan sepenuhnya setelah mencapai usia yang diwajibkan untuk berpuasa iaitu akil baligh.
Jadi sedikit sebanyak dapat beri peringatan dan pengajaran pada diri aku jugak...bukan pada Ramadhan sahaja tapi dipraktikkan juga pada bulan-bulan yang berikutnya.



2 bual bicara:

Hudalatip

Bagus, aku pun nak latih zarif..dah 6 tahun dah..wajar diajarkan berpuasa ni...kan? memula latih separuh hari dulu la..taknak dia terus terkejut..

eiza

tu la dianya..asyik sebok nak raya je..tak tau pun apasal kita raya...mmg..drastik sgt nnt die jd xnak buat plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...