CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 24, 2011

~ Pulut Kuning - Hantaran untuk Puan Mimie Alie


Selamat sudah Puan Mimie Alie dan suaminya Ekhsan nmenikah Jumaat lepas 18 November 2011. Sama pulak dengan birthday Qaisara. Bertempat di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, kediaman orang tuanya, majlis berlangsung meriah. Mana tidak, Mimie anak sulung jadi kenduri kali pertama ni selalunya ditunggu-tunggu. Mimie adalah bekas rakan sekerja masa dok keje telefon mengacau idup orang kat KL Sentral dulu. Satu batch, training sama-sama, bergossip sama-sama, melayan die berangan. Untuk dijadikan hantaran buat suami tercinta, die menempah pulut kuning. Tempahan asalnya, die nak bentul love tapi kedai bahan kek berdekatan dah kehabisan stok acuan bentuk love. Jadi, untuk tak menghampakan, rendang daging tu di susun atas daun pisang yang dah dibentukkan love. Tak berapa nak nampakla, tapi kalau perhati betul-betul boleh nampak punya. Tak dapat nak snap gambar waktu nikahnya atau masa bersanding. Mimie menikah malam, jadi masa sampai die tengah sebok ditenyeh mukanya dek jurusolek dan aku dah rushing nak ambik anak-anak kat umah opah. Besoknya en.hubby pulak kene keje, jadi tak berkesempatan nak tengok die bersanding. Takpela, yang penting benda yang wajib dah sempat dihantar. 

Selamat pengantin baru Mimie, moga bahagia dikecapi ke akhir hayat bersama suami tercinta. Jom layan gambar-gambar pulut kuning tu.

 Sambil mengukus pulut dan masak rendang, dok la kerah kepala otak ni kelainan apa nak buat kali ni. Takkan nak buat yang sama je kan. So bila nampak bunga lawang dengan kayu kulit manis ni, dapat la idea untuk jadikan die nampak klasik.

 Hasil penuh. 2 ekor burung tu wajib nak kene ada.

Setibanya di rumah pengantin, penggubah hantaran dah sedia menunggu. Pulut kuning yang dah siap diletak dalam kotak diperindahkan lagi dengan ribbon dan bunga sedondon dengan hantaran-hantaran yang lain.


5 bual bicara:

Queenie

khelas kau eiza...
saya suka orang-orang yang kreatif
bravo!

cam tak reti nak beri salam jer kan?
assalamualaikum tuan rumah
(tadi tu sebab terpesona sgt!)
hehee

ni kunjungan balas...
terimaaksih sudi singgah rumah saya...

Hudalatip

cantiknya ko buat..mahir gitu, sukanya aku..:)

Kakzakie Purvit

Kreatif, indah dan mestinya sedap juga. Moga teman eiza gembira dan dalam rahmat allah dgn pernikahan ini.. kekal hingga akhir hayat

eiza

Queenie...W'salam.terima kasih sudi membalas kunjungan ke rumah saya yg tak seberapa ni... :)

Udet...mekasih, kata orang kalau dah minat mmg layan je nak buat keje camni... :)

Kak azie...terima kasih.Apa yang penting teman saya gembira dengan hasil pulut ni dan ya, moga pernikahannya dirahmati Allah.

Erika Anuey

kreatip ko cikkk!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...