CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 6, 2011

~ Hutan Lipur Pasir Tengkorak


Creepy kan nama pantai tu? Ni first destination kami. Oleh kerana check in pukul 2, kereta pun dapat dalam pukul 10, apalagi...Jalan dulu la mane yang patut sementara tunggu pukul 2. Kami nak ke Teluk Datai, tapi dalam perjalanan nak masuk terus kedalam sebelah kanan kami jumpe Hutan Lipur Pasir Tengkorak ni. Jadi cancel nak ke Teluk Datai, jauh sangat ke dalam dan jalan pun tak berape nak sibuk bersimpang siur.


Apasal namanya sebegini menakutkan?

Satu lagenda tempatan ada menceritakan perihal raksasa laut atau air pusar yang telah menenggelamkan tengkorak mangsanya ke pantai ini. Menurut satu lagenda, satu pertempuran yang hebat antara burung Garuda dan Jentayu berlaku di pulau berhampiran mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban. Jasad para pahlawan yang terkorban telah banyak ditemui di pantai ini. Secara faktanya pula, pada suatu ketika dahulu terdapat sebuah penjara di Pulau Tarutao. Walaupun ramai banduan yang cuba melarikan diri, ia sukar dilakukan kerana banyak jerung berkeliaran di perairan ini pada masa lampau. Yang gagal biasanya akan lemas atau dibaham jerung dan jasad mereka terdampar di sini.

Tempat ni bersih, tak crowded macam kat Pantai Cenang so best jadi tempat berkelah. Nyaman je udara….


Ni dahan pokok dari pokok kanan yang melingkar ke dahan pokok kat kiri, jadilah buai bawang besar bawang kecik. :P Kuat betul sebab aku yang camni 'sihat' pun boleh die tampung, jadi aku lah bawang besar tu!...hehehe

Kat blakang aku ni adalah Pulau Tarutao. Terletak lebih kurang 5km dari Pantai Pasir Tengkorak ni, yang mana pada tahun 1930an, pulau ni telah digunakan sebagai penjara. Sampai je kat pantai ni mula la sms roaming masuk.

To be continued...

5 bual bicara:

fatin

salam ziarah,

hai..first sekali saya nak ucap terima kasih sebab sudi singgah blog saya yang tak seberapa tuh...

nway, mmg nama pantai nih agak scary gitu.. huhu..ada yg jumpa tengkorak kat sini agaknya..

eiza

salam disambut...terima kasih kembali buat fatin.

tau takpe..nak turun dari kereta pun teragak2 tau...

MizzTina

tengkorak?? mcm seram je bunyi..hehe

Hudalatip

wah mesti seronok kan kau, tapi kalau ada anak2 ko mesti lagi seronok kan..confirm diaorang berlari2 kat pantai ni..

eiza

mizzkechique - bunyi macam seram, dah sampai tenang je hati...

udet - klau kau nak tau, tiap mane aku pegi, nampak, makan semua ingat kat dieorang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...