CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 7, 2011

~ Island Hoping - Pulau Dayang Bunting & Pulau Beras Basah


Hari kedua kami mulakan dengan Island Hoping. Pakej yang kami beli ni RM35 seorang untuk pergi ke dua pulau; Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah naik bot laju. Melayang-layang, melambung-lambung rasa naik bot laju ni. Ada juga sekali sesi melihat Helang di sebuah pulau yang tak tau la apa namanya. Diberi peluang berada di setiap pulau ni satu jam.


Pulau Dayang Bunting

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk bukit yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting. Nak ke tasiknya, perlu la merentas bukit. Masa nak pegi ok lagi, bila time balik semput memanjat tangga! Dikhabarkan kalau ada kesukaran nak pregnant, dan bila minum air dari tasik ni ada peluang la nak pregnant. Betul atau tak wallahualam...


 Bukit tu...perasan tak ada rupa orang bunting sedang berbaring?

Tasik air tawar sedalam 30 kaki (10meter). Boleh mandi, boleh naik love boat atau solar boat juga.




Pulau Beras Basah

Tak tau la kenapa namanya Pulau Beras Basah. Dekat pulau ni aktiviti yang boleh dibuat selain mandi-manda ialah snorkeling, naik banana boat dan para-sailing. Jernih airnya, putih bersih pasirnya.





Next....To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...