Bukan tunggu Awal Muharram baru nak ingat pasal hijrah. Hijrah mengikut definisi aku adalah perpindahan atau berubah dari keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik. Dan ini perlu kita buat dan ingat setiap masa. Hanya kalau kita ada inisiatif tak ada yang mustahil. Bila bermula tahun baru maksudnya meningkat satu tahun lagi umur kita. Tapi sebenarnya dah kurang setahun umur kita bermakna semakin hampir kita dengan ajal yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t Nauzubillah…
Jadi, dalam perkiraan aku bermula bila macam-macam sangat perkara tak baik dan tak elok berlaku sepanjang 2011 pada kami sekeluarga. Sampai bila nak dibelenggu dengan kemelut macam ni. Paling penting, nasib anak-anak mesti terjamin. Tak mungkin kami nak wariskan kesusahan ni pada mereka. Masa depan mereka adalah segala-galanya pada kami. Biar kami susah tapi tak perlu anak-anak tahu.
Dah merajuk nak terus berada disini. Kami perlu keluar dari kelompok ni. Hari ni 1 December 2011, jadi bermulalah countdown. Settle down apa yang patut kat sini dan pindah ke Melaka. For good. Kena mula cari sekolah untuk Qaisara dan Aqil. Harapan semoga ada sinar baru untuk kami. InsyaAllah…
Tapi bila menyinggah baca entry kakzakie, 'Kalau bukan kerana bapak' ni buat aku mula meleleh air mata. Lebih setahun dulu bila kami usul nak pindah, ajak die ikut sekali die taknak. Jadi kami tangguh. Aku pulak tak sampai hati. Kata die jauh dari mak nanti. Sebab mak dikebumikan tak jauh dari rumah kami. Sejak arwah mak pergi, aku berbesar hati kerana antara 4 beradik ayah pilih tinggal dengan kami. Lagipun rumah masih rumah die, atas nama die dengan arwah mak. Kami cuma menumpang teduh.
Kali ni kene la pindah jugak, tapi aku still tak bagitau die pun. Tak tau mane nak mula. Rasa serba salah, walau ada abang dan kakak-kakak aku boleh menjaga tapi rasa tak sama macam aku jaga....

2 bual bicara:
sedeynyerrrr...sian kat dia cikk...:(
tu la..tiap kali aku teringat mesti nanges...
Post a Comment