Laksa memang takleh miss, mesti mau cari kalau pegi utara! So far disana nak makan tak susah dan rasa pun memang boleh tahan. Antara mahal ngan tak je la. Ni antara apa yang aku makan kat sana....
1st Day
Bila dapat je kereta, penyewa kereta sangai baik hati bawak ke tempat makan. Kami makan nasi campur, rasa boleh tahan tapi takde nak snap gambar sebab orang tengah ramai waktu tu. Nanti dikata tebiat apa makanan pun nak diambik gambar!
1st Day
Bila dapat je kereta, penyewa kereta sangai baik hati bawak ke tempat makan. Kami makan nasi campur, rasa boleh tahan tapi takde nak snap gambar sebab orang tengah ramai waktu tu. Nanti dikata tebiat apa makanan pun nak diambik gambar!
Malam, kami berjalan ke uptown dekat Pekan Kuah, makan laksa dengan air oren. Sedap.RM4 sahaja termasuk air.
2nd Day
Ini yang paling tak berbaloi sepanjang berada kat sana. Kami bersarapan di Pantai Cenang sebab kemudian tu dah berjanji dengan tuan pakej island hoping nak berjumpe di situ. Nasi lemak jagung, sambal telur mata kerbau. Takde timun ke, kacang dengan ikan bilis pun tapi kene charge sampai RM5++ sekali dengan teh ais! Memang kalau kat Pantai Cenang nak makan cekik darah sikit.
Di Kereta Kabel ada foodcourt. Lepas kami dah turun, kami singgah makan Nasi Ayam, sedap jugak rasanya. Tak order air sebab dah ada air mineral sebotol. RM.4.50 sepinggan.
Malam kami teruskan operasi tawaf Pekan Kuah dan makan dekat kedai ni. Ada sederet dalam 6 kedai tapi kaki kami terhenti kat sini. Sedap tapi setengah jam baru dapat apa yang kami order tu! Kepala lutut pun dah ketaq!
Tomyam ayam...sedap! Menepati citarasa, cukup masam dengan pedasnya. Tomyam RM3.50, nasi putih RM1, limau ais RM1.20.
3rd Day
Ni yang paling terbaik! Kami terus check out dari hotel seba taknak nak patah balik. Jadi sebelum terus menawaf Pekan Kuah, kami pilih untuk bersarapan dekat kedai yang kami lunch dihari pertama tu. Nasi Lemak bungkus RM1.50 dan Teh ais RM1.50.
Memang sangat sedap! Bukak je bungkusan, dah wangi je baunya. Kat sini nasi lemak tu setakat nama je tapi rasa lemak pun takde. Sambal die pun sedap. Dan aku pulun sampai 2 bungkus tau! Boleh layan lentok sungguh lepas tu. Juga dah lama aku tak minum teh ais sedap macam tu. Teringat zaman arwah mak dengan ayah ada kedai kopi dulu.
Sampai je semula ke Jeti Kuala Perlis, kami kene la isi perut dulu sebab bas jalan pukul 6.30 petang. Laksa Kuala Perlis. Sedap!RM3 je semangkuk.
2 bual bicara:
terliur lak aku nengok gambar-gambar makanan ni, tapi teruklah kan yang kat pantai cenang tu, tak agak-agak kot harga dia ngan makanannya..
tau takpe..nasib dah abis makan baru bayar...kalau bayar dulu baru makan memang aku cancel!
Post a Comment