Kali pertama aku menggubah hantaran ni untuk diri sendiri masa bertunang. 7 tahun dulu semua benda mahal, so better buat sendiri je. Lagipun biarlah ada personal touch. Start daripada itu, aku jadi pembaca setia majalah Pengantin. Semua idea refer daripada situ je. Balik keje terus belek reben dengan bunga, tau-tau tertidor sekali dengan semua barang-barang tu...bangun pegi keje balik, sambung balik rutin ni hari-hari. Hantaran masa kahwin juga buat sendiri, bilik pengantin, semua sendiri buat. Bila adik ipar nak bertunang, tu la pertama kali aku buatkan untuk orang. Setakat ni aku belum ambik tempahan dari orang, so far aku buat untuk sedara mara je. Sepupu en.hubby ramai yang nak nikah kahwin, so aku buatkan untuk dieorang pun ikut bajet yang dieorang bagi, upah ikut dieorang la nak bagi macam mana, kalau tak bagi pun takde kisah...buat suka-suka je pun nak tolong sedara, ikhlas takde mintak balasan pun. 23hb December lepas sepupu en.hubby sebelah ayah menikah, dengan tema hitam putih aku gubahkan hantaran untuk die. Takde la grand mane pun, aku buat ikut gerak hati je. Tuan punya badan puas hati tu yang penting. Jom layan gambar....
Ni bukan hantaran, tapi bunga untuk penanggah. Untuk cari kelainan, aku guna uncang potpuri yang orang selalu guna buat door gift. Dilekat pin kat belakang, dan duit RM5 digulung kat dalam uncang. Jadi penanggah yang sibuk buat keje sampai berpeluh-peluh tu boleh la cover dengan potpuri yang wangi ni...hehehe
Bahulu ikan diletak dalam kotak plastik. Gebukan bahulu tu...sedap buat cicah dengan kopi o!
Ini Sirih Junjung. Diilhamkan dari gubahan style topiari menggunakan carnations, baby breath, sirih, gubahan pinang artificials.
Jam tangan
Wangi-wangian.
Sepasang celana dan baju.
Melangkah bergaya dengan sepatu
Bidan terjun ni. Saat akhir kuih bakar ni menggantikan kek, sebab rombongan pengantin lelaki dah sampai jadi aku buat apa yang sempat je
Dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, dengan sekali lafaz Suzela Wati binti Basir selamat menjadi suri hidup Mohd Zaini; pasangan guru dan askar. Semoga masjid yang dibina makmur, aman harmoni dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
4 bual bicara:
Sentuhan dgn hati yg ikhlas dicerminkan dlm ilham yg cantik. Pengantin pun dah selamat diijab-qabulkan. ALhamdulillah... cantik
cantik la ko buat..:) bagus ada kemahiran cam gini acik..
cantik.... =)
singgah jalan jalan di sini..
Kakzakie...terima kasih kak.
udet...bak kata mak mentua aku, klau dah minat memang layan...
Kella...terima kasih daun keladi sudi singgah jalan-jalan :)
Post a Comment