CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 30, 2011

~ 4 tahun, awal sangat ke?


"Qaisara umur berapa?"
"Bulan 11 hari tu baru cukup 5 tahun, tahun depan 6 tahun masuk tadika betul la"
"Kejap je dah besar, masuk sekolah dah. Tahun depan baru hantar ke?"
"Tak la. Sara dari umur 4 tahun kami dah hantar ke play school"
"Uiiihhh...cepatnya. Boring la budak nanti lama sangat sekolah..."
"Isshhh..takde boring mana la. 4 tahun tu sekolah makan, main bukan suruh belajar sakan sangat. Nak bagi die belajar bergaul. Kalau duduk kat rumah rugi, dah la mama papa gelap pagi dah keluar pegi keje gelap malam baru balik, pegi sekolah ada jugak yang die boleh belajar."

Itu dialog bila orang tanya umur Sara, dah sekolah ke belum. Mestila ada satu dialog seperti yang di bold kan seperti diatas. Kalau hantar anak pegi sekolah umur 4 tahun cepat sangat ke? Kenapa mesti ada stigma yang kalau hantar anak awal sangat pegi sekolah nanti anak-anak akan boring sebab lama betul kene hadap rutin pegi sekolah. Ye la, darjah satu sampai darjah 6 dah 6 tahun sekolah rendah. Bila masuk menengah tingkatan satu sampai tingkatan 5 pulak, belum kira lagi klau amik tingkatan 6 bawah dan atasnya...Tu dah berapa tahun pulak? Kalau ada rezeki ke Universiti atau kolej makan berapa tahun plak lagi.... Kalau kira macam ni memang panjang sungguh masa kan?

Tapi aku tak rasa kita patut kira macam tu. Aku dah melalui zaman pra sekolah, rendah, menengah dan Alhamdulillah ke Universiti jugak aku tak rasa boring pun. Setiap zaman yang aku lalui semuanya ada yang seronok untuk dikenang. Pernah tak korang terasa nak ulang balik zaman tu? Yes, aku always wanted to turn back time. Zaman menengah ada yang menarik zaman Universiti pun apa kurangnya. Walau berikat perut makan maggi kongsi 2 orang tapi hati tetap happy.

Jadi kenapa mesti kata nanti anak boring lama sangat kena pegi sekolah? Duduk rumah main je. Pegi sekolah banyak yang dapat banyak belajar walau aku hadapi saat yang panjang untuk buat Sara nak kesekolah. Sara menangis 3 bulan! Pulangannya? Berbaloi! Die belajar banyak perkara, dapat lihat banyak potensi dalam diri die yang bole kami develop lagi. Dan bila hantar balik ke sekolah masa umur 5 tahun, kami pulak yang menitis air mata sebab die tak menangis, dengan tenang terus masuk ke dalam kelas. Dan sekarang pada umur 5 tahun dah pandai membaca. Isn't that great?

Pada aku learning is a journey of the whole life. Sepanjang kita hidup ni masih banyak yang nak kita pelajari, bukan pegi sekolah je. Ditempat kerja pun kita masih belajar, dapat anak belajar pulak jadi ibu, nak masak sesuatu belajar pulak resepinya, and yes me myself pun back to school tau. Bila anak dah sekolah aku pun kene sekolah sama dengan die sebab apa yang die belajar sekarang tak sama dengan apa yang aku belajar puluh tahun dulu. So aku kene belajar jugak supaya bila anak tanya aku tau jawab, supaya bila anak salah aku boleh tegur.

Kalau tidak takkan orang tua berpesan 'kalau melentur buluh biar dari rebungnya'?



6 bual bicara:

Kakzakie Purvit

Anak kakak semua belajar mengenal alam persekolahan pada usia 4 tahun. Guru sekolah tadika sudah ada skill utk mengajar mengikut usia tak perlu bimbang... Kelas mereka juga berasingan... kakak rasa anak kakak seronok dan suka pulak...

emarieys

salam..terima kasih datag ke blog ema...

ema pun hantar anak ema ke sekolah tadika perpeduan mula umur 4 tahun. diterima masuk tadika sebab dah tahu huruf dan nombor. dan untuk tahun depan masih bersekolah di tempat yang sama untuk kali yang ketiga...

Hudalatip

betul laa acik, kalau awal antar pun tak kisah kan..aku rasa budak sekarang lagi seronok dapat bergaul dengan ramai kawan, banyak benda boleh dipelajari..

eiza

Kakzakie - saya setuju dengan akak, semua cikgu sudah dilatih..

Ema - kalau dah tau huruf dan nombor,memang molek sangat hantar keskolah kan..

Udet - memang, kena ajar budak2 socialize dan independent...

Truly_me

bagus ieza ko awal2 da hantar anak sekolah, lg banyak benda die boleh belajar awal kan dari kawan2nye yg masok skolah lewat. Dan yg penting bile masok skolah rendah nnti tade dah adegan nanges2, lari2, dan esoknya tanak da gi sekolah. Advancenye da pandai membace.. jimat masa cikgu sekolah rendah nak mengajo..

eiza

ohhh..mmg lega aku dah selesai melayan sara nanges dan takmo pegi skolah thun lepas nora...dah pndai membaca ni jumpe apa pun smua dibacanya, signboard,suratkhabar,iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...