Wajah-wajah ceria Sara..gelak dan senyum die yang mahal tu..
Elya Qaisara. Lahir 10.57 pagi di penghujung Aidilfitri. Mama punya plan hari tu nak meneruskan aktiviti beraya, pegi jemputan open house dan nak makan sakan sebelum bersalin. Tapi Sara sudah bagi signal. Almaklumlah kali pertama jadi mama confuse dan tak tau nak bezakan signal tu. 18 November 2006 adalah hari Sabtu jadi papa tak keje. Bila tak keje die plan nak tidur lama. Tapi mama dah kejutkan die bangun ajak pegi weekly check up, dan perut pun rasa semacam. Die kelam kabut bangun tapi mama kata takde ape-ape kot, sakit biasa je. Jadi kami pun berlenggang kangkung ke hospital. Jalan di hari Sabtu tidakla banyak kenderaan waktu tu. Tiba di simpang hospital nampak orang jual nasi lemak, teringin tapi nak pegi dulu check up balik nanti baru la makan. Bila jumpe doctor, die buat routine check. Dan kerana sudah minggu ke 38, die kata jom cek pintu. Dibaringkan dan terus die cakap sudah 3cm, jom pegi labour room!
Ggguuullppp....!!Tercengang-cengang mama dengan papa. Kami pun dibawa ke labour room dengan perasaan macam-macam. Kempunan nasi lemak aku! Bila dah dipasangkan segala wayar, dipecahkan air ketuban bermulalah perjuangan menyambutmu. Mama pesan dekat papa, kalau rasa tak ok keluar je nanti tak pasal-pasal nurse nak kene usung die pengsan pulak! Tapi papa kuat semangat, papa tak sabar nak jumpe Sara. Papa setia bagi semangat dekat mama. Alhamdulillah, proses melahirkan Sara tak banyak masalah. Kelahiran Sara papa sambut dengan tangisan gembira dan syukur. Walau takde air mata yang tumpah tapi mama bersyukur Sara lahir cukup sifat dan sihat, itu yang paling penting. Mama terus di'tidur'kan kerana ada masalah nak keluarkan uri, jadi tak berkesempatan nak dengar papa azan dan iqamatkan Sara. Bila dah masuk wad baru sedar.
Berita kelahiran dicanang kepada seluruh sanak saudara, sahabat handai. Ribuan ucapan tahniah diterima. Bermula la fasa baru mama dengan papa dengan Sara. Nama Sara pilihan kami berdua. Melihat Sara membesar satu kenangan yang sampai ke akhir hayat tak ternilai. Semoga Sara jadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup didunia dan akhirat,dirahmati Allah, menjadi contoh teladan kepada adik-adik, semoga jadi kebanggaan mama dan papa.
Selamat Hari Lahir ke-5 Elya Qaisara!

2 bual bicara:
Wah bday dia selang sehari je ngan zara..Happy Birthday Sara!!
mekasih udet...tu la die, selang sehari.nama pun dah lebih kurang tu..sara-zara
Post a Comment