Aku mula baca novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim ni masa kat sekolah rendah darjah 6 rasanya. Buku ni berada dalam simpanan Angah aku yang mana novel ni jadi buku teks Sastera untuk SPM. Buku ni jugak jadi buku teks kat Singapura. Gambar kat atas adalah cover buku dari cetakan terawalnya seperti yang berada dalam simpanan kakak aku. Buku ni cetakan pertamanya adalah pada tahun 1968 dan telah diulang cetak berulang kali hingga kesaat ini. Sudah diterjermah ke Bahasa Inggeris dengan judul Storm of Yesterday dan ke Bahasa Sepanyol dengan judul Tormentos Del Ayer.
Sedikit mengenai Khadijah Hashim. Dilahirkan di Batu Pahat, Johor; beliau dahulunya adalah seorang guru dan wartawan di akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian. Tidak setakat penulisan novel, kreativitnya juga diluaskan dengan menulis cerpen, skrip drama radio, buku kanak-kanak, sajak dan puisi. Beliau juga adalah seorang pelukis. Dah banyak anugerah penghargaan telah beliau terima dalam bidang sastera. Korang pernah tengok filem Mira Edora? Heroinnya Julia Rais, dan dilakonkan bersama Noorkumalasari dan Mustapha Kamal. Itu adaptasi dari novel karya beliau yang juga berjudul Mira Edora. Ada lagi karyanya yang dah diadaptasi ke drama tv.
Badai Semalam sedang hangat dipentaskan di Istana Budaya bermula 11 hingga 20 November 2011. Pastinya aku teruja, novel yang dibaca sedari kecil dibawa ke pentas teater. Apalagi aku antara yang meminati sastera melayu dan ini elektif yang aku pilih masa SPM dulu. Secara ringkas, Badai Semalam mengisahkan Mazni anak orang gaji yang membesar di rumah banglo En. Haris dan Puan Rohana. Skeptikal orang sekeliling, kalau orang susah dipandang serong dan Mazni dicemburui kerana kecantikan dan kebijaksanaannya.Seorang yang bercita-cita tinggi, tapi lantran hidup susah dan ibu yang sakit, niat ke menara gading dilupakan. Karim anak majikan yang memilih gaya hidup bebas berfoya-foya mula jatuh hati pada Mazni tetapi dianggap sebagai abang sahaja lantaran membesar bersama-sama.
Tapi dari kasih seorang adik mula berubah kepada cinta. Mazni tahu sikap berfoya-foya Karim tetapi akibat dari kemalangan yang menimpa Karim, die mula berubah laku. Kasih yang makin mendalam menimbulkan niat yang kuat untuk Karim memperisterikan Mazni walau banyak tentangan dan fitnah dilemparkan. Antara dua darjat, ini menimbulkan rasa tidak senang pada Puan Rohana kerana khuatir malu akan maruah keluarga kerana bermenantukan anak orang gaji. Perkahwinan diteruskan walau mendapat tentangan dan walau Zaki menaruh hati pada Mazni. Fitnah yang dilemparkan menyebabkan ibunya meninggal dunia disaat Mazni memerlukan sokongan dan pengertian.
Cita-cita tetap Mazni tidak lupakan dan dia mula meneruskan pengajian ke menara gading mengambil kelas malam. Lantaran kesibukan membahagi masa antara perkahwinan dan pelajaran, Karim mula berasa dirinya terpinggir dan diabaikan. Dia kembali pada gaya hidup lama berfoya-foya. Mazni kecewa dengan perubahan sikap Karim. Disebalik kemelut dan masalah, Zaki tetap setia berada disampingnya. Kekalutan ini membangkitkan pertengkaran antara mereka sehingga Mazni cedera dan dirawat di hospital. Perceraian diminta dan Mazni membawa diri ke Kuala Lumpur.
Sangat lah berharap aku dapat pegi tengok teater ni tapi macam tak kesampaian. Apa lagi ia membariskan pelakon-pelakon yang hebat. Bila baca buku ni dan bayangkan pelakon yang terpilih membawa watak-watak tu aku rasa memang kena sangat. Macam tu pun jadi la...Dah berdekad novel ni, tapi kisahnya tetap relevan hingga ke hari ni. Memang evergreen la! Walau tak dapat pegi tengok, dapat ulang baca balik novel ni pun jadi la...
** photos courtesy of google..
0 bual bicara:
Post a Comment