Balik cuti Awal Muharam kelmarin ke Melaka beri kami peluang bawak anak-anak berjalan-jalan ke Bandar Melaka. Tengok lampu. Qaisara dan Aqil sebok sangat nak naik beca lampu katanya. Jadi bawak la naik beca, naik Melaka River Cruise waktu malam. Jadi bolehla enjoy lampu-lampu yang memang menarik. Sebab cuti sekolah, ramai sungguh orang walau cuaca lemau-lemau je.
Di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, ada dipamerkan kapal selam. Masih lagi dalam proses selenggaraan untuk dijadikan Muzium Kapal Selam. Melopong Aqil tengok kapal besau. Tapi agak mengecewakan sebab jalan tak berturap nak masuk kedalam tu. Berlopak-lopak, tambah lagi musim hujan ni dan banyak kereta yang keluar masuk. Memang jahanam kereta!
Kalau bergambar kat bangunan Stadthuys ni memang klasik. Nampak cantik je gambar dengan cat merah bata tu. Dan dereten kedai cenderamata tu buat aku seronok cuci mata. Dan tiap kedai mesti ada angry bird! Dan paling tak berkenan sengaja la penjual-penjual tu membunyikan segala mainan tu supaya budak-budak tertarik. Seronok berada kat tebing Sungai Melaka ni. Cantik dengan bangunan-bangunan yang dijaga baik dan bersih. Cuma sekali lagi agak kecewa sebab tak dipagari dengan selamat. Hanya dengan besi kecik je, jadi sangat bahaya pada kanak-kanak. Lebih-lebih lagi dengan askar-askar aku yang lasak tu, kecut je perut ni tiap kali dieorang berdiri tak tepi tebing.
Masa nak pilih beca, en.hubby pesan jangan naik kalau yang bawak tu orang tua. Tak sampai hati. Cari yang muda-muda sikit. Lagi pulak kami ni 5 beranak, mau semput nanti nak mengayuh! Rambang mata nak pilih beca ni. Cantik-cantik semuanya. Kerana kami dah duduk diatas dan meriba Isyraq, jadi Aqil dan Qaisara kene la duduk di bawah. Bertambah seronok dieorang bila lampu dah menyala. Bila dah start mengayuh, die terus bukak lagu Siti Nurhaliza. Ada sesetengah beca kat situ siap tanya nak lagu apa. Lady Gaga, Bruno Mars pun ada tau! Bersembang dengan pakcik beca ni, katanya kalau musim cuti sekolah ni Alhamdulillah banyak boleh dapat, sehari 200 ke 300 kalau rajin mengayuh dari pagi ke malam. Rezeki mereka, dan memang bukan senang nak control beca tu tau dan bawak penumpang pulak lagi keliling Bandar Hilir tu.
Naik Melaka River Cruise waktu siang dengan malam memang banyak beza. Ni first time aku naik waktu malam. Memamng syok layan lampu sepanjang Sungai Melaka. Jadi 45 minit perjalanan bot ni sangat mengasyikkan. Paling aku suka bila lalu di Kampung Morten. Rumah-rumah kampungnya bersih tersusun.
Walau dah bertahun ulang alik ke Melaka, masih ada tempat lagi yang tak abis jalan. Dan tetap best tiap kali keluar berjalan.
1 bual bicara:
Setuju..aku lah tu, yang berulang alik ke melaka tanpa jemu..suka beb, ni pun ada hati nak naik river cruise lagi..:)
Post a Comment