CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 31, 2011

~ Minit-minit terakhir 2011


Tak berapa lama dah, 2011 nak labuhkan tirainya. Dah tercapai azam? Ada yang belum. Apa azam tahun depan? Bring forward boleh...?

2011 menyaksikan betapa beban makin berat dibahu. Betapa dugaan yang tak tertanggung menimpa. Lupakan kisah sedih, nak sambut tirai 2012 dengan yang positif dan penuh sabar. Walau bring forward azam tahun lepas, at least tak lupa yang ia tak tertunai dan tetap nak teruskan sehabis baik.

Pada diriku, semoga lebih positif dan tabah mengharungi cabaran. Walau 365 hari yang lepas penuh sandiwara dan dugaan, Alhamdulillah semuanya ditempuhi dengan penuh redha. Tetap ada yang manis, tetap ada yang indah, itu sudah pasti.

Buat en.hubby, kita dah lalui susah senang untuk 5 tahun pertama dengan jayanya. Walau 2011 lebih banyak yang pahit tetap kita bersama tempuhinya. Hidup kita pasti ada sinar yang indah akan kita kecapi, walau lambat tapi itu pasti.

Anak-anak yang dikasihi, yang terbaik kami akan beri untuk kalian. Semoga kalian dikurniakan kesihatan yang baik, terang hati menerima pelajaran dan dilimpahi rezeki.

Terima kasih 2011, selamat tinggal....

Friday, December 30, 2011

~ 4 tahun, awal sangat ke?


"Qaisara umur berapa?"
"Bulan 11 hari tu baru cukup 5 tahun, tahun depan 6 tahun masuk tadika betul la"
"Kejap je dah besar, masuk sekolah dah. Tahun depan baru hantar ke?"
"Tak la. Sara dari umur 4 tahun kami dah hantar ke play school"
"Uiiihhh...cepatnya. Boring la budak nanti lama sangat sekolah..."
"Isshhh..takde boring mana la. 4 tahun tu sekolah makan, main bukan suruh belajar sakan sangat. Nak bagi die belajar bergaul. Kalau duduk kat rumah rugi, dah la mama papa gelap pagi dah keluar pegi keje gelap malam baru balik, pegi sekolah ada jugak yang die boleh belajar."

Itu dialog bila orang tanya umur Sara, dah sekolah ke belum. Mestila ada satu dialog seperti yang di bold kan seperti diatas. Kalau hantar anak pegi sekolah umur 4 tahun cepat sangat ke? Kenapa mesti ada stigma yang kalau hantar anak awal sangat pegi sekolah nanti anak-anak akan boring sebab lama betul kene hadap rutin pegi sekolah. Ye la, darjah satu sampai darjah 6 dah 6 tahun sekolah rendah. Bila masuk menengah tingkatan satu sampai tingkatan 5 pulak, belum kira lagi klau amik tingkatan 6 bawah dan atasnya...Tu dah berapa tahun pulak? Kalau ada rezeki ke Universiti atau kolej makan berapa tahun plak lagi.... Kalau kira macam ni memang panjang sungguh masa kan?

Tapi aku tak rasa kita patut kira macam tu. Aku dah melalui zaman pra sekolah, rendah, menengah dan Alhamdulillah ke Universiti jugak aku tak rasa boring pun. Setiap zaman yang aku lalui semuanya ada yang seronok untuk dikenang. Pernah tak korang terasa nak ulang balik zaman tu? Yes, aku always wanted to turn back time. Zaman menengah ada yang menarik zaman Universiti pun apa kurangnya. Walau berikat perut makan maggi kongsi 2 orang tapi hati tetap happy.

Jadi kenapa mesti kata nanti anak boring lama sangat kena pegi sekolah? Duduk rumah main je. Pegi sekolah banyak yang dapat banyak belajar walau aku hadapi saat yang panjang untuk buat Sara nak kesekolah. Sara menangis 3 bulan! Pulangannya? Berbaloi! Die belajar banyak perkara, dapat lihat banyak potensi dalam diri die yang bole kami develop lagi. Dan bila hantar balik ke sekolah masa umur 5 tahun, kami pulak yang menitis air mata sebab die tak menangis, dengan tenang terus masuk ke dalam kelas. Dan sekarang pada umur 5 tahun dah pandai membaca. Isn't that great?

Pada aku learning is a journey of the whole life. Sepanjang kita hidup ni masih banyak yang nak kita pelajari, bukan pegi sekolah je. Ditempat kerja pun kita masih belajar, dapat anak belajar pulak jadi ibu, nak masak sesuatu belajar pulak resepinya, and yes me myself pun back to school tau. Bila anak dah sekolah aku pun kene sekolah sama dengan die sebab apa yang die belajar sekarang tak sama dengan apa yang aku belajar puluh tahun dulu. So aku kene belajar jugak supaya bila anak tanya aku tau jawab, supaya bila anak salah aku boleh tegur.

Kalau tidak takkan orang tua berpesan 'kalau melentur buluh biar dari rebungnya'?



Thursday, December 29, 2011

~ Gubahan Buah


Seterusnya, selain gubahan hantaran kerahan idea diperlukan pula untuk gubahan buah sebagai penyeri hidangan di meja makan beradab. Empat hidangan yang dipinta oleh ibu pengantin. Pagi sabtu 24hb pagi-pagi lagi aku dan en.hubby bergegas ke Pasar Melaka mencari buah. Pertama kali aku buat dan sekali lagi semuanya ikut gerak hati dan imaginasi. Jom layan gambar...








~ Gubahan Hantaran - Suzi


Kali pertama aku menggubah hantaran ni untuk diri sendiri masa bertunang. 7 tahun dulu semua benda mahal, so better buat sendiri je. Lagipun biarlah ada personal touch. Start daripada itu, aku jadi pembaca setia majalah Pengantin. Semua idea refer daripada situ je. Balik keje terus belek reben dengan bunga, tau-tau tertidor sekali dengan semua barang-barang tu...bangun pegi keje balik, sambung balik rutin ni hari-hari. Hantaran masa kahwin juga buat sendiri, bilik pengantin, semua sendiri buat. Bila adik ipar nak bertunang, tu la pertama kali aku buatkan untuk orang. Setakat ni aku belum ambik tempahan dari orang, so far aku buat untuk sedara mara je. Sepupu en.hubby ramai yang nak nikah kahwin, so aku buatkan untuk dieorang pun ikut bajet yang dieorang bagi, upah ikut dieorang la nak bagi macam mana, kalau tak bagi pun takde kisah...buat suka-suka je pun nak tolong sedara, ikhlas takde mintak balasan pun. 23hb December lepas sepupu en.hubby sebelah ayah menikah, dengan tema hitam putih aku gubahkan hantaran untuk die. Takde la grand mane pun, aku buat ikut gerak hati  je. Tuan punya badan puas hati tu yang penting. Jom layan gambar....

 Ni bukan hantaran, tapi bunga untuk penanggah. Untuk cari kelainan, aku guna uncang potpuri yang orang selalu guna buat door gift. Dilekat pin kat belakang, dan duit RM5 digulung kat dalam uncang. Jadi penanggah yang sibuk buat keje sampai berpeluh-peluh tu boleh la cover dengan potpuri yang wangi ni...hehehe

Bahulu ikan diletak dalam kotak plastik. Gebukan bahulu tu...sedap buat cicah dengan kopi o! 

 Ini Sirih Junjung. Diilhamkan dari gubahan style topiari menggunakan carnations, baby breath, sirih, gubahan pinang artificials.

 Jam tangan

Wangi-wangian. 

 Sepasang celana dan baju.

 Melangkah bergaya dengan sepatu

 Bidan terjun ni. Saat akhir kuih bakar ni menggantikan kek, sebab rombongan pengantin lelaki dah sampai jadi aku buat apa yang sempat je



Dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, dengan sekali lafaz Suzela Wati binti Basir selamat menjadi suri hidup Mohd Zaini; pasangan guru dan askar. Semoga masjid yang dibina makmur, aman harmoni dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

~ Sakit Gigi

Yang sakit sebatang je...dah berlubang, tapi abis sebuah badan sakit sama! Gigi geraham belah atas yang satu ni dari masa mengandungkan Isyraq lagi dah sakit. Pegi jumpe doktor gigi katanya since dah masuk 6 bulan die tampal je dulu tapi kalau masih gak sakit baru die akan cabut. Kalau tampalan tu bertahan, tak sakit lepas bersalin je baru datang cabut sebab gigi tu memang dah stok kena cabut, takleh simpan dah! Alhamdulillah bertahan sampai abis bersalin. Dah bersalin bz plak dengan menggelek si kecik langsung tak kisah pasal gigi. Ni die dah buat balik dah...

Sebuah badan abis sakit! Silap sikit pun mula la makin cepat nak naik angin ni....Nak pegi klinik gigi en.hubby plak tengah tak free, kene tunggu sampai besok...?!....aaaarrrggghhhh...tak tahan sakit dowh....

Takpe...buat cuci dosa-dosa kecik tu...


Tuesday, December 20, 2011

~ Abang nak botak


Aqil: Mama, abang nak pegi botak la... Abang nak botak
Mama: Kenapa nak botak? Abang tak suka rambut panjang ke?
Aqil: Tak suka la. Nanti macam rambut kakak je... Jom la Mama...
Mama: Abang suka ke botak?
Aqil: Suka...baru la elok...

Bawak Aqil pegi kedai. Nampak je kedai gunting rambut terus die mintak botak. Dah lama tak dibotakkan kepala die. Dah panjang la jugak. Masa lahiekan die, rambut die memang super punya lebat. Tu sebab extra sakit masa meneran. Rambut die lepas lahir, tebal, tegak macam rambut Naruto tu...hehehe... Bila dah cukur pun tetap macam tu jugak style rambut die. So tak sesuai kalau die rambut panjang. Rambut die memang sejibik ikut rambut aku, susah dibentuk, tebal dan kasar. Jadi botak la paling sesuai dengan die. Asal die mula dah rasa rambut die dah panjang, die dah start rasa tak selesa dan mintak botak. Die rasa ringan gamaknya bila botak. Baru la papa die berangan nak simpan rambut anak bujang panjang la konon...

 Ni masa umur Aqil dalam 4 ke 5 bulan...lebat tercacak kan rambutnya...

Ni plak lepas balik botak kan rambut die...

**...tengok 2 gambar ni je..alahai..lagi berapa bulan, dah nak genap die 4 tahun...cepat masa berlalu...

~ Kejap ada kejap takde...


Aku hilang lagi? hehehehe...seminggu lebih gak kan? Apa kes?

Weekend start 9hb tu aku kene demam malam. Siang ok lagi, tapi bila naik malam mula badan dah berdenyut, kepala dah berat. Siap dengan berselimut berstokin bagai...menggigil sejuk walau kipas dah bukak volume satu je. Jadi hari Isnin, askar-askar dipos ke rumah opah, sepanjang hari melingkar je atas katil nak bangun pun tak larat, makan pun tak heran. Paling tak tahan bila telan air liur ngan minum air rasa sakit sangat tekak ni. Perit! Jadi lepas tengok citer Dhia aku menapak berjalan kaki ke klinik yang ambik masa kalau dah tak sihat ni dekat setengah jam baru sampai. Doc kata tekak merah, bengkak sebab tu demam malam. Dan jugak buat badan, otot sakit. Lagi pulak aku ada asma, jadi die dah notice ada bunyi keruh bila tekap stetoskop. Musim macam ni memang orang yang ada asma kene berjaga-jaga sebab senang dapat effect. Jadi dapat antibiotik, ubat demam, ubat sakit tekak. Balik tu tekak yang bengkak merah ni teringin plak nak makan slurpee bila nampak 7 Eleven! Ubat sakit tekak tu!hahahahaha....Sampai umah, dengan berpeluh dengan abis satu cup slurpee, baru rasa segar balik badan....

Dan Ahad 11hb tu jugak, tiga-tiga askar semua kene cirit-birit! Adoi....lagi semput aku dibuatnya...lepas sorang-sorang nak dicebok...nasib Qaisara dah pandai urus diri sendiri...Tapi yang dua orang lagi tu la...especially Isyraq, kene cepat-cepat basuh pastu tempek bedak cepat takut melecet lagi die meragam. Dah en.hubby keje plak ari Ahad tu...terus cergas call die balik cepat sebab takut anak-anak dehydrate. Pegi klinik setiap sorang dapat ubat...sakan sungguh! Makan ubat senang semuanya, tapi ada satu ubat serbuk yang kene bancuh ngan air perasa oren tu yang leceh nak bagi minum...kene paksa! Qaisara dan Isyraq tak kritikal sangat, makan ubat dah ok tapi si Aqil meleret-leret sampai 4 hari! Kesian kat die, tapi nasib baik die still active tak lembik je...tapi tetap risau wooo...jangan buat main bab cirit birit ni. Dah ulang pegi klinik siap dapat ubat extra pun tak kurang jugak, tetap cair je bila buat projek..Paling kesian bila time tido, mata dah lena pun die terbuat projek gak...Akhirnya, aku gesa en.hubby bawak die ke KPJ Specialist Hospital. Food poisoning, ntah apa silap makan pun tak tau la. Pediatrician, suruh die admit tapi sudah full house! Takde kosong satu katil pun! Jadi kami terpaksa gamble balik je umah dengan ubat-ubat hospital tu. Nak kene ubat power ubat mahal rupanya, baru die elok!Lega....

Dah lepas tu aku pulak kene PMS! Memang lemau betul! Abis sebuah badan sakit...tapi projek mega lipat kain kene jugak jalan! Sebok jugak nak menyiapkan bunga penanggah untuk sepupu en.hubby yang nak menikah 23hb nanti kat Tanjung Keling... Nasib hantaran dah siap separuh, ada kat umah mak mentua di Melaka. Dah dapat pulak satu lagi keje, kene buatkan gubahan buah meja pengantin sampai 4 hidang.... kan macam-macam tu? Kene la siap...kang cacat pulak majlis orang kan...

Balik plak Melaka pagi 17hb tu...kene la check out barang hantaran kat sana, nak kene tanya bakal pengantin punya pendapat, apa nak tambah lagi ke mana yang patut...kang last minute baru nak kecah-kecah memang aku tak gemar la sesangat! Sempat pulak pegi kenduri kawin jiran mertua kat kampung tu... Konon nak balik ari Ahad malam, tapi bila start kete bateri sudah k.o! adussss.....terbang lagi 'rimau'....makan ratus gak nak beli bateri baru. Dah malam dan ari Ahad plak tu...mana nak ada kedai bukak lagi! Tak pasal-pasal kena la en.hubby EL semalam. Dalam petang baru dapat tukar bateri bagai, malam baru kami balik Shah Alam...

Macam-macam hal dalam seminggu lebih ni kan...tu sebab aku tak kisah nak layan bertenet bagai ni...ni la baru berselera nak online balik...

Friday, December 9, 2011

~ Apa yang ada


Sekarang ni banyak iklan mainan Barbie, Ben 10, Hot Wheels, Play Dough dan yang sewaktu dengannya kat TV. Kecik kenot punya mainan macam tu tapi harganya kemain plak mahalnya lagi! Seram! Kalau educational toys boleh la dipertimbangkan lagi tapi yang macam tu, ntah lama mane nak tahan. Hempas ke lantai, ke dinding, habis ranap! Bukan nak berkira dengan anak-anak, tapi berbalik kepada keperluan dan kehendak. Kena ajar dari awal apa yang mereka perlu dan tak perlu.
Qaisara: Cantik mainan tu mama.
Mama: Memang cantik tapi mahal sangat.
Qaisara: Ooooo...nanti kalau mama ada duit baru boleh beli?
Mama: Mama tak janji, kan lagi bagus beli buku, kakak boleh baca. Kakak kan dah pandai baca.
Qaisara: Tapi kita suka tengok mainan tu, boleh bergerak-gerak ke?
Mama: Boleh. Tapi kalau mahal sangat nak buat apa. Mainan yang ada pun dah penuh satu tong toyogo tu. Nanti kakak dah nak masuk sekolah, abang pun nak masuk sekolah jugak. Lebih baik mama belikan barang nak masuk sekolah. Sekolah lagi penting.
Qaisara: Ye la...
Mama: Kita bukan orang yang berada, kita orang apa yang ada je. Kira ok la kakak ada jugak permainan nak main kan?
Qaisara: Tapi semua dah lama, dah buruk.
Mama: Kalau jaga, main elok-elok lama macam mana pun boleh jugak main lagi kan? Ada jugak permainan, kene la bersyukur. Buat apa nak membazir, betul tak? 
 Oh Qaisara...bulan dan bintang pun sanggup mama dan papa adakan untuk kamu, Aqil dan Isyraq. Tapi lebih baik kita hidup bersederhana, supaya kamu tahu apa nilainya untuk mendapatkan sesusatu....Supaya kamu bersyukur dengan apa yang ada...

~ Bonus


Bila hujung tahun rata-rata semua dok tunggu bonus. Baik keje gomen atau private. Alhamdulillah.... Rezeki semua tu. Walau tak banyak, sikit pun ada la jugak. Lagi pulak kalau yang dah ada anak bagai ni, nak siapkan keperluan sekolah dan macam-macam, so itu sangat la membantu. Kalau bujang pegi joli katak la !hehehehhe....

Macam aku yang yang bekerja dengan En.Hubby Sdn Bhd, tahun ni diisytiharkan sebagai tahun jimat cermat. Tapi since bos dah bagi pegi bercuti kat Langkawi tu, dah kira bonus la tu kan. Terima kasih daun keladi en.hubby! En.hubby aku yang keje ngan bapak segala bank pun ntah dapat ke tak bonus. Takpe la, ada rezeki ada la.

Dan pada yang bekerja aku lebih percaya bonus based on KPI yang bagus lagi berbaloi dinikmati since aku pun penah keje jugak dulu. Kekadang tengok orang dapat banyak tapi lagi banyak pasang 'aircond' dari buat keje. Jadi sakit ati plak nengok. Pastu nak belagak tak tentu arah. Kita yang keje sampai xtra hours, terhegeh-hegeh siapkan keje takde orang nampak.

Anyway pada yang dapat bonus, wahhhh...durian runtuh tu wehhhh..! Pada yang tak dapat, jangan sedey...enjoy je la Bonuslink!hahahahaha...

Thursday, December 8, 2011

~ Gracias Sahabatku...


Yan...sahabat dari zaman kanak-kanak aku hingga kami sendiri dah beranak pinak.

Gracias...Terima Kasih Sahabatku atas pelawaan menjadi teman kamu menjelajah pulau lagenda itu. Sepuluh jari disusun, ampun dan maaf dipinta kira ada salah dan silap tanpa disedari. Mohon dihalalkan apa yang terebih atau terkurang. Sentiasa aku doakan kesejahteraan dan semoga kau temui kebahagiaan yang tak pernah kau kecapi. Semoga kau sentiasa dapat kekuatan untuk menempuhi hari mendatang.

~ Cuci mata


Ada orang kalau pegi Langkawi tak kisah nak berjalan jenguk kawasan menarik. Lebih suka bertandang ke kedai-kedai duty free yang penuh satu Pekan Kuah tu.Orang pompuan la tu, apa lagi!hehehehe...Nak rembat segala set pinggan magkuk, kuali periuk...arcopal, luminarc, pyrex dan yang sewaktu dengannya, juga segala macam coklat! :D Misi aku kesana lebih kepada meneman kawan aku ni. Die drive kereta sewa dan aku navigate. Bajet nak membeli pun aku limit kurang dari RM100. Sebab pegi backpacking jadi aku taknak bawak balik beg extra plak. Lagipun sebab dan kali kedua sampai kat sini jadi tak berape nak kisah sangat. Jadi cuci mata je la...walau setakat cuci mata, tetap sentap jugak tengok set cantik-cantik! *sambil taip ni muka excited la amat...*

Jom layan gambar yang aku snap curi-curi.hehehehe...letak mode discreet pastu cepat-cepat snap....

 Kain batik jawa. Geram tengok corak-coraknya...

 Jatuh cinta aku tengok design bunga kat set ni.

 Kaki Vantage atau english style?Tu dia....

Paling aku jatuh cinta kat set ni. Bunga die timbul!Design yang lain dari yang lain...tengok la bentuk piring, pinggan,mangkuk...tapi cinta terhalang oleh harganya! 

Best deal ever...kalau aku ada bajet memang aku dah rembat dah!

Tak penah aku jumpe periuk secomel ni! Nak buat perhangat atas dapur pun sayang!

Berkilat-kilat, memancar-mancar periuk ngan kuali ni...boleh buat cermin!

Tak cukup beg?ni ha berderet untuk dijual...datang satu beg, balik bawak 2, even 3 beg pun boleh!

~ Makan apa kat Langkawi?

Laksa memang takleh miss, mesti mau cari kalau pegi utara! So far disana nak makan tak susah dan rasa pun memang boleh tahan. Antara mahal ngan tak je la. Ni antara apa yang aku makan kat sana....

1st Day

Bila dapat je kereta, penyewa kereta sangai baik hati bawak ke tempat makan. Kami makan nasi campur, rasa boleh tahan tapi takde nak snap gambar sebab orang tengah ramai waktu tu. Nanti dikata tebiat apa makanan pun nak diambik gambar! 


Malam, kami berjalan ke uptown dekat Pekan Kuah, makan laksa dengan air oren. Sedap.RM4 sahaja termasuk air.

2nd Day

Ini yang paling tak berbaloi sepanjang berada kat sana. Kami bersarapan di Pantai Cenang sebab kemudian tu dah berjanji dengan tuan pakej island hoping nak berjumpe di situ. Nasi lemak jagung, sambal telur mata kerbau. Takde timun ke, kacang dengan ikan bilis pun tapi kene charge sampai RM5++ sekali dengan teh ais! Memang kalau kat Pantai Cenang nak makan cekik darah sikit.

Di Kereta Kabel ada foodcourt. Lepas kami dah turun, kami singgah makan Nasi Ayam, sedap jugak rasanya. Tak order air sebab dah ada air mineral sebotol. RM.4.50 sepinggan.

Malam kami teruskan operasi tawaf Pekan Kuah dan makan dekat kedai ni. Ada sederet dalam 6 kedai tapi kaki kami terhenti kat sini. Sedap tapi setengah jam baru dapat apa yang kami order tu! Kepala lutut pun dah ketaq!


Tomyam ayam...sedap! Menepati citarasa, cukup masam dengan pedasnya. Tomyam RM3.50, nasi putih RM1, limau ais RM1.20.

3rd Day

Ni yang paling terbaik! Kami terus check out dari hotel seba taknak nak patah balik. Jadi sebelum terus menawaf Pekan Kuah, kami pilih untuk bersarapan dekat kedai yang kami lunch dihari pertama tu. Nasi Lemak bungkus RM1.50 dan Teh ais RM1.50.

Memang sangat sedap! Bukak je bungkusan, dah wangi je baunya. Kat sini nasi lemak tu setakat nama je tapi rasa lemak pun takde. Sambal die pun sedap. Dan aku pulun sampai 2 bungkus tau! Boleh layan lentok sungguh lepas tu. Juga dah lama aku tak minum teh ais sedap macam tu. Teringat zaman arwah mak dengan ayah ada kedai kopi dulu.

Sampai je semula ke Jeti Kuala Perlis, kami kene la isi perut dulu sebab bas jalan pukul 6.30 petang. Laksa Kuala Perlis. Sedap!RM3 je semangkuk.


Wednesday, December 7, 2011

~ Lagenda Darah Putih


Inilah destinasi terakhir. Nak menyinggah lagi tapi hari dah petang sangat. Kalau dah kat Pulau Langkawi, kisah sumpahan Mahsuri memang sinonim. Tak sah bila kesana kalau tak ke Makam Mahsuri. Rata-rata semua orang dah tau kisahnya. Betapa bila cemburu menguasai diri, fitnah yang ditabur menghancurkan kemakmuran. Yang tak bersalah jadi taruhan, pastinya doa orang yang dianiaya akan dimakbulkan. Sumpahan beratus tahun berakhir dan pulau ni makmur dan maju.



Digambarkan beginilah rupa Mahsuri. Paling cantik pada zaman itu, tinggi budi pekerti dan disenangi semua orang.

 Teratak Sri Mawat - Rumah kediaman Pandak Mayak (Bapa Mahsuri) dan keluarga



~ 700 meter bawah paras laut


Feelnya tak sama macam naik kereta kabel kat Genting ye. Ni lagi tinggi jauh nun 700 meter bawah paras laut! Dengan MyKad, boleh dapat diskaun tiket 50%.

Sayup mata memandang... 


Di Hanging Bridge...bergoyang-goyang ditiup angin walau bertiang besi!


To be continued...

~ Island Hoping - Pulau Dayang Bunting & Pulau Beras Basah


Hari kedua kami mulakan dengan Island Hoping. Pakej yang kami beli ni RM35 seorang untuk pergi ke dua pulau; Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah naik bot laju. Melayang-layang, melambung-lambung rasa naik bot laju ni. Ada juga sekali sesi melihat Helang di sebuah pulau yang tak tau la apa namanya. Diberi peluang berada di setiap pulau ni satu jam.


Pulau Dayang Bunting

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk bukit yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting. Nak ke tasiknya, perlu la merentas bukit. Masa nak pegi ok lagi, bila time balik semput memanjat tangga! Dikhabarkan kalau ada kesukaran nak pregnant, dan bila minum air dari tasik ni ada peluang la nak pregnant. Betul atau tak wallahualam...


 Bukit tu...perasan tak ada rupa orang bunting sedang berbaring?

Tasik air tawar sedalam 30 kaki (10meter). Boleh mandi, boleh naik love boat atau solar boat juga.




Pulau Beras Basah

Tak tau la kenapa namanya Pulau Beras Basah. Dekat pulau ni aktiviti yang boleh dibuat selain mandi-manda ialah snorkeling, naik banana boat dan para-sailing. Jernih airnya, putih bersih pasirnya.





Next....To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...