CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 30, 2011

~ Cinta



Pantang nampak aku ngan en.hubby peluk sikit ke apa, cepat je mulut Qaisara mula mengomel....

"Ehhh...papa cinta mama ye?"
"Haaa...kita tau, papa cinta mama sebab kita nampak gambar papa kahwin dengan mama."
"Kenape papa cinta mama? Macam kita cinta dekat abang jugak ke?"

Tu la antara apa yang die ngomelkan. Baru je cukup umur 5 tahun tapi dah pandai la bab cinta bagai ni. Tu belum lagi tengok drama ke apa. Bila tiba tang bab cintan ni mula la tersenyum tersengih. Bila tanya die balik cinta tu apa...

Mama: Kakak tau ke cinta tu apa?
Qaisara: Kita tau la.
Mama: Apa dia?
Qaisara: Papa cinta dengan mama la. Kita cinta dengan abang dengan adik.



~ Jalan-jalan Bandar Hilir, Melaka


Balik cuti Awal Muharam kelmarin ke Melaka beri kami peluang bawak anak-anak berjalan-jalan ke Bandar Melaka. Tengok lampu. Qaisara dan Aqil sebok sangat nak naik beca lampu katanya.  Jadi bawak la naik beca, naik Melaka River Cruise waktu malam. Jadi bolehla enjoy lampu-lampu yang memang menarik. Sebab cuti sekolah, ramai sungguh orang walau cuaca lemau-lemau je.


Di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, ada dipamerkan kapal selam. Masih lagi dalam proses selenggaraan untuk dijadikan Muzium Kapal Selam. Melopong Aqil tengok kapal besau. Tapi agak mengecewakan sebab jalan tak berturap nak masuk kedalam tu. Berlopak-lopak, tambah lagi musim hujan ni dan banyak kereta yang keluar masuk. Memang jahanam kereta!


Kalau bergambar kat bangunan Stadthuys ni memang klasik. Nampak cantik je gambar dengan cat merah bata tu. Dan dereten kedai cenderamata tu buat aku seronok cuci mata. Dan tiap kedai mesti ada  angry bird! Dan paling tak berkenan sengaja la penjual-penjual tu membunyikan segala mainan tu supaya budak-budak tertarik. Seronok berada kat tebing Sungai Melaka ni. Cantik dengan bangunan-bangunan yang dijaga baik dan bersih. Cuma sekali lagi agak kecewa sebab tak dipagari dengan selamat. Hanya dengan besi kecik je, jadi sangat bahaya pada kanak-kanak. Lebih-lebih lagi dengan askar-askar aku yang lasak tu, kecut je perut ni tiap kali dieorang berdiri tak tepi tebing.


Masa nak pilih beca, en.hubby pesan jangan naik kalau yang bawak tu orang tua. Tak sampai hati. Cari yang muda-muda sikit. Lagi pulak kami ni 5 beranak, mau semput nanti nak mengayuh! Rambang mata nak pilih beca ni. Cantik-cantik semuanya. Kerana kami dah duduk diatas dan meriba Isyraq, jadi Aqil dan Qaisara kene la duduk di bawah. Bertambah seronok dieorang bila lampu dah menyala. Bila dah start mengayuh, die terus bukak lagu Siti Nurhaliza. Ada sesetengah beca kat situ siap tanya nak lagu apa. Lady Gaga, Bruno Mars pun ada tau! Bersembang dengan pakcik beca ni, katanya kalau musim cuti sekolah ni Alhamdulillah banyak boleh dapat, sehari 200 ke 300 kalau rajin mengayuh dari pagi ke malam. Rezeki mereka, dan memang bukan senang nak control beca tu tau dan bawak penumpang pulak lagi keliling Bandar Hilir tu.


Naik Melaka River Cruise waktu siang dengan malam memang banyak beza. Ni first time aku naik waktu malam. Memamng syok layan lampu sepanjang Sungai Melaka. Jadi 45 minit perjalanan bot ni sangat mengasyikkan. Paling aku suka bila lalu di Kampung Morten. Rumah-rumah kampungnya bersih tersusun. 

Walau dah bertahun ulang alik ke Melaka, masih ada tempat lagi yang tak abis jalan. Dan tetap best tiap kali keluar berjalan.




Tuesday, November 29, 2011

~ Main hujan


Dulu masa aku kecik-kecik especially zaman duduk kat 'sting garden' (setinggan!) memang selalu dapat main hujan.Seronok!Makin lebat makin best, ditambah pulak kalau ada lopak air, boleh siap surfing.Merasa jugak main banjir. Jadi musim-musim hujan ni, teringat balik zaman kecik-kecik dulu memang best. Dah kebetulan balik kampung en.hubby ke Melaka, bagi can kat Aqil dan Qaisara main hujan. Biar die orang merasa, apa yang jadi mainan mama dengan papa masa kecik-kecik dulu. Sesekali, dan bukanla sampai demam bagai. Masa dok snap gambo-gambo ni, ujan tak berape nak lebat lagi...dapat la dieorang layan hujan tu dalam 10 minit..

Mama: Dah hujan, abang ngan kakak nak main hujan?
Aqil: Main hujan? (dengan muka yang terperanjat la sangat)
Qaisara: Tak pe ke mama? Nanti kita tak demam ke?
Mama: Takpe, mama bagi can...Memang la boleh demam, tapi nanti kene mandi kat dalam bersih-bersih. Tak boleh lama-lama sangat, kejap je.
Aqil: Ye ke mama? Mandi hujan ek...(masih tak percaya dan dengan mata yang mencerlang-cerlang)
Mama: Ye, boleh...pegi la.
Aqil: Papa kasi tak? Tak marah ek? (Oh...masih tidak percaya!)
Mama: Kasi, nanti mama bagitau papa.
Qaisara: Yea yea....jom la abang, mama dah kasi tu...
Aqil: Ye la..ye la...





ohh..kamu belum boleh dapat lesen Isyraq...


~ Error

Ha, baru la dapat login kat gmail ngan blog ni!dekat seminggu tak bole nak login, dok error je sana sini. Memang tensen betul. Jenuh la dok memikior ape kesnya ntah. Jadi dengan kepakaran IT yang tak seberapa ni (untuk kes terpencil boleh la..hehehe) aku menggodek la sana sini apa maksud nya bila tiap kali nak bukak page gmail ada la error message yang bagi tau 'page yang anda cuba bukak dah kene terminate atau dah pindah ke alamat lain' (itu la yang aku paham ikut pemahaman aku le...). Ngape kamu pindah tak khabor kat teman mane alamat barunya wehhh...?hehehehe

Puas la menggodek-godek...rupenya time and date lappy aku ni udah pegi ke tahun 2006!!uihhh....lama betul tu...patut la security certificate tu tak valid dah sebab validity periodnya dari 2010 ke 2013! :P  Haru sungguh!...Confirm sah dan sahih anak-anak dah mengusik lappy ni!...Jadi dengan hanya tukar balik time and date dapatla login balik...selesai masalah!Huh...lega....





Thursday, November 24, 2011

~ Kari


Menu untuk masak malam ni dah ditentukan oleh ayah aku. Die keluar pagi tadi, bawak balik ikan tenggiri, terung, kelapa dan rempah kari. So paham lah yang die nak makan kari ikan tenggiri. Ayah aku memang suka kari. Orang utara la katakan. Malam ni kalau en.hubby makan, sure die usung kicap skali. Makan kari dengan nasi panas dan kicap memang la syok! 

Jemput makan semua...



~ Pulut Kuning - Hantaran untuk Puan Mimie Alie


Selamat sudah Puan Mimie Alie dan suaminya Ekhsan nmenikah Jumaat lepas 18 November 2011. Sama pulak dengan birthday Qaisara. Bertempat di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, kediaman orang tuanya, majlis berlangsung meriah. Mana tidak, Mimie anak sulung jadi kenduri kali pertama ni selalunya ditunggu-tunggu. Mimie adalah bekas rakan sekerja masa dok keje telefon mengacau idup orang kat KL Sentral dulu. Satu batch, training sama-sama, bergossip sama-sama, melayan die berangan. Untuk dijadikan hantaran buat suami tercinta, die menempah pulut kuning. Tempahan asalnya, die nak bentul love tapi kedai bahan kek berdekatan dah kehabisan stok acuan bentuk love. Jadi, untuk tak menghampakan, rendang daging tu di susun atas daun pisang yang dah dibentukkan love. Tak berapa nak nampakla, tapi kalau perhati betul-betul boleh nampak punya. Tak dapat nak snap gambar waktu nikahnya atau masa bersanding. Mimie menikah malam, jadi masa sampai die tengah sebok ditenyeh mukanya dek jurusolek dan aku dah rushing nak ambik anak-anak kat umah opah. Besoknya en.hubby pulak kene keje, jadi tak berkesempatan nak tengok die bersanding. Takpela, yang penting benda yang wajib dah sempat dihantar. 

Selamat pengantin baru Mimie, moga bahagia dikecapi ke akhir hayat bersama suami tercinta. Jom layan gambar-gambar pulut kuning tu.

 Sambil mengukus pulut dan masak rendang, dok la kerah kepala otak ni kelainan apa nak buat kali ni. Takkan nak buat yang sama je kan. So bila nampak bunga lawang dengan kayu kulit manis ni, dapat la idea untuk jadikan die nampak klasik.

 Hasil penuh. 2 ekor burung tu wajib nak kene ada.

Setibanya di rumah pengantin, penggubah hantaran dah sedia menunggu. Pulut kuning yang dah siap diletak dalam kotak diperindahkan lagi dengan ribbon dan bunga sedondon dengan hantaran-hantaran yang lain.


Tuesday, November 22, 2011

~ Gemuruh Suara


Macam nak gugur jantung Malaysia berjaya pertahankan emas bolasepak malam tadi. Berdebear-debar tunggu! Kami semua tengok kat umah opah, bila singgah ambik askar-askar kecik game pun dah start, so kalau balik dah banyak yang termiss nanti. Tak payah la buat analisis perlawanan, cukup la sekadar puas hati dan seronok sangat-sangat! Nasib kat Indon, kalau kat sini sanggu aku usung askar-askar ke stadium. Meriah gila macam raya cina punya mercun dibakar meletup-letup kat kawasan perumahan makcik aku tu. Terbaik punya cara dieorang meraikan. 

Emas terakhir yang paling bermakna untuk Malaysia. Jom layan lagu Gemuruh Suara ni, memang naik semangat dengar.


Saturday, November 19, 2011

~ Ikan Pekasam


Penah makan ikan pekasam? Ikan pekasam ni macam ikan masin jugak konsepnya tapi ikan masin kering, ikan pekasam ada pulak serbuknya dan lembab. Di utara biasanya banyak ikan pekasam ni. Dan ikan yang digunakan adalah ikan darat, ada jugak guna ikan laut tapi guna ikan darat lagi sedap sebab isinya manis.  Boleh guna ikan sepat, ikan lampam, ikan loma.

Nak membuatnya lebih kurang cenggini la yang aku paham ye. Ikan dibasuh bersih dan diperap dengan garam selama 2 malam. Dalam pada ikan tu diperap baolehla buat serbuk pekasamnya, goreng beras tanpa minyak hingga kekuningan. Pastu kisar atau tumbuk hingga hancur. Lepas 2 malam ikan diperap, gaul pulak dengan beras goreng yang dah ditumbuk hancur dan perap lagi 2 malam.

Dan ini adalah sesuatu yang wajib dibeli dan dibawak balik sebanyak yang boleh bila aku balik ke Changkat Jering, Taiping. Di pekan minggu memang banyak dijual. Dulu en.hubby saya tak biasa makan, tapi sekali cuba memang tak boleh lupa! Senang je cara nak masaknya, goreng semata atau kalau nak lagi sedap potong la bawang besar dengan cili dan digoreng sekali. Boleh jugak dibakar dan ada orang buat masak lemak tapi goreng pun dah cukup menyelerakan ditambah pulak makan dengan nasi panas. Serbuk pekasam tu lepas digoreng, garing jadi bila gaul dengan nasi memang kalau mak mentua lalu kat belakang pun tak perasan! Jadi yang aku goreng kat bawah ni bukan la sekelip mata abisnya, diulang makan sampai besok pun boleh.



Friday, November 18, 2011

~ Operasi Pulut Kuning

Huh...bercinta nak mulakan ni. Masa dok tulis ni baru rebus cili kering je. Belum yang lain2 lagi tu. Demi memenuhi tempahan bakal pengantin yang akan menikah pukul 9 malam ni, pulut kuning ni akan dibuat hantaran khas untuk bakal suaminya. Jadi kepala aku tengah memerah idea kelainan apa yang nak dibuat kali ni. Juga nak manfaatkan waktu yang ada ni supaya sempat buat semuanya termasuk la nak deliver ke rumahnya.

Tak tau nak start mana dulu pulak ni!Ok...tarik nafas dalam2....pasti boleh!....Ayuh....kita mulakan!

For sure nanti aku share ape hasilnya ye... :D


~ Elya Qaisara sudah 5 tahun!


Wajah-wajah ceria Sara..gelak dan senyum die yang mahal tu..

Elya Qaisara. Lahir 10.57 pagi di penghujung Aidilfitri. Mama punya plan hari tu nak meneruskan aktiviti beraya, pegi jemputan open house dan nak makan sakan sebelum bersalin. Tapi Sara sudah bagi signal. Almaklumlah kali pertama jadi mama confuse dan tak tau nak bezakan signal tu. 18 November 2006 adalah hari Sabtu jadi papa tak keje. Bila tak keje die plan nak tidur lama. Tapi mama dah kejutkan die bangun ajak pegi weekly check up, dan perut pun rasa semacam. Die kelam kabut bangun tapi mama kata takde ape-ape kot, sakit biasa je. Jadi kami pun berlenggang kangkung ke hospital. Jalan di hari Sabtu tidakla banyak kenderaan waktu tu. Tiba di simpang hospital nampak orang jual nasi lemak, teringin tapi nak pegi dulu check up balik nanti baru la makan. Bila jumpe doctor, die buat routine check. Dan kerana sudah minggu ke 38, die kata jom cek pintu. Dibaringkan dan terus die cakap sudah 3cm, jom pegi labour room!

Ggguuullppp....!!Tercengang-cengang mama dengan papa. Kami pun dibawa ke labour room dengan perasaan macam-macam. Kempunan nasi lemak aku! Bila dah dipasangkan segala wayar, dipecahkan air ketuban bermulalah perjuangan menyambutmu. Mama pesan dekat papa, kalau rasa tak ok keluar je nanti tak  pasal-pasal nurse nak kene usung die pengsan pulak! Tapi papa kuat semangat, papa tak sabar nak jumpe Sara. Papa setia bagi semangat dekat mama. Alhamdulillah, proses melahirkan Sara tak banyak masalah. Kelahiran Sara papa sambut dengan tangisan gembira dan syukur. Walau takde air mata yang tumpah tapi mama bersyukur Sara lahir cukup sifat dan sihat, itu yang paling penting. Mama terus di'tidur'kan kerana ada masalah nak keluarkan uri, jadi tak berkesempatan nak dengar papa azan dan iqamatkan Sara. Bila dah masuk wad baru sedar.

Berita kelahiran dicanang kepada seluruh sanak saudara, sahabat handai. Ribuan ucapan tahniah diterima. Bermula la fasa baru mama dengan papa dengan Sara. Nama Sara pilihan kami berdua. Melihat Sara membesar satu kenangan yang sampai ke akhir hayat tak ternilai. Semoga Sara jadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup didunia dan akhirat,dirahmati Allah, menjadi contoh teladan kepada adik-adik, semoga jadi kebanggaan mama dan papa.

Selamat Hari Lahir ke-5 Elya Qaisara!


Thursday, November 17, 2011

~ Badai Semalam - Khadijah Hashim



Aku mula baca novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim ni masa kat sekolah rendah darjah 6 rasanya. Buku ni berada dalam simpanan Angah aku yang mana novel ni jadi buku teks Sastera untuk SPM. Buku ni jugak jadi buku teks kat Singapura. Gambar kat atas adalah cover buku dari cetakan terawalnya seperti yang berada dalam simpanan kakak aku. Buku ni cetakan pertamanya adalah pada tahun 1968 dan telah diulang cetak berulang kali hingga kesaat ini. Sudah diterjermah ke Bahasa Inggeris dengan judul Storm of Yesterday dan ke Bahasa Sepanyol dengan judul Tormentos Del Ayer.


Sedikit mengenai Khadijah Hashim. Dilahirkan di Batu Pahat, Johor; beliau dahulunya adalah seorang guru dan wartawan di akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian. Tidak setakat penulisan novel, kreativitnya juga diluaskan dengan menulis cerpen, skrip drama radio, buku kanak-kanak, sajak dan puisi. Beliau juga adalah seorang pelukis. Dah banyak anugerah penghargaan telah beliau terima dalam bidang sastera. Korang pernah tengok filem Mira Edora? Heroinnya Julia Rais, dan dilakonkan bersama Noorkumalasari dan Mustapha Kamal. Itu adaptasi dari novel karya beliau yang juga berjudul Mira Edora. Ada lagi karyanya yang dah diadaptasi ke drama tv.



Badai Semalam sedang hangat dipentaskan di Istana Budaya bermula 11 hingga 20 November 2011. Pastinya aku teruja, novel yang dibaca sedari kecil dibawa ke pentas teater. Apalagi aku antara yang meminati sastera melayu dan ini elektif yang aku pilih masa SPM dulu. Secara ringkas, Badai Semalam mengisahkan Mazni anak orang gaji yang membesar di rumah banglo En. Haris dan Puan Rohana. Skeptikal orang sekeliling, kalau orang susah dipandang serong dan Mazni dicemburui kerana kecantikan dan kebijaksanaannya.Seorang yang bercita-cita tinggi, tapi lantran hidup susah dan ibu yang sakit, niat ke menara gading dilupakan. Karim anak majikan yang memilih gaya hidup bebas berfoya-foya mula jatuh hati pada Mazni tetapi dianggap sebagai abang sahaja lantaran membesar bersama-sama.

Tapi dari kasih seorang adik mula berubah kepada cinta. Mazni tahu sikap berfoya-foya Karim tetapi akibat dari kemalangan yang menimpa Karim, die mula berubah laku. Kasih yang makin mendalam menimbulkan niat yang kuat untuk Karim memperisterikan Mazni walau banyak tentangan dan fitnah dilemparkan. Antara dua darjat, ini menimbulkan rasa tidak senang pada Puan Rohana kerana khuatir malu akan maruah keluarga kerana bermenantukan anak orang gaji. Perkahwinan diteruskan walau mendapat tentangan dan walau Zaki menaruh hati pada Mazni. Fitnah yang dilemparkan menyebabkan ibunya meninggal dunia disaat Mazni memerlukan sokongan dan pengertian.

Cita-cita tetap Mazni tidak lupakan dan dia mula meneruskan pengajian ke menara gading mengambil kelas malam. Lantaran kesibukan membahagi masa antara perkahwinan dan pelajaran, Karim mula berasa dirinya terpinggir dan diabaikan. Dia kembali pada gaya hidup lama berfoya-foya. Mazni kecewa dengan perubahan sikap Karim. Disebalik kemelut dan masalah, Zaki tetap setia berada disampingnya. Kekalutan ini membangkitkan pertengkaran antara mereka sehingga Mazni cedera dan dirawat di hospital. Perceraian diminta dan Mazni membawa diri ke Kuala Lumpur.

Sangat lah berharap aku dapat pegi tengok teater ni tapi macam tak kesampaian. Apa lagi ia membariskan pelakon-pelakon yang hebat. Bila baca buku ni dan bayangkan pelakon yang terpilih membawa watak-watak tu aku rasa memang kena sangat. Macam tu pun jadi la...Dah berdekad novel ni, tapi kisahnya tetap relevan hingga ke hari ni. Memang evergreen la! Walau tak dapat pegi tengok, dapat ulang baca balik novel ni pun jadi la...

** photos courtesy of google..

Wednesday, November 16, 2011

~ Kuah Durian dengan Pulut


Ini la menu untuk makan malam ni. Kuah durian dengan pulut. Ada juga yang panggil serawa durian. Cuti raya haji yang lepas ayah ikut abang aku balik ke Changkat Jering, Taiping. Memang lubuk durian la kalau kat sana. Kebetulan pulak Pak Tam aku tu ambik upah jaga kebun durian, jadi dapat yang fresh-fresh baru luruh punya la!Aku memang kaki durian, 3 biji sorang pun aku boleh layan. Tapi mau makan ramai-ramai baru syok. En.hubby aku pulak lebih suka kalau dibuat kuah, makan ngan roti. Kalau rajin terlebih kirai la roti jala.

Jadi, durian ni pun dah dibukak letak dalam bekas, lagi lama simpan nanti udah jadi tempoyak pulak. Uiiissshhh..memang la lagisedap kalau jadi tempoyak tapi en.hubby tak makan, ayah pulak tak boleh banyak-banyak makan benda peram...Jadi apa yang semua orang boleh makan la dimasaknya durian tu.

Senang la bebenor nak membuatnya...campak-campak je. Ulas durian dengan bijik-bijiknya skali, gula melaka, gula pasir, air dengan santan.

 Inilah bahan-bahannya...

 Siap dah pun...

Seperiuk besar ni sampai dua tiga hari la ngadap makan ni je...






~ Jalan-jalan hari minggu



Dah lama tak bawak anak-anak berjalan. Kesian pun ada. Apa sibuk la sangat mama dengan papa ni. Bila fulus tengah tak berapa nak ada ni, kena la bijak nak fikir kemana nak bawak dieorang. Kalau sampai berabis itu ini, tak berbaloi pulak rasa. Dan tak perlu la anak-anak tau mama papa tengah kering sampai tak boleh pegi kemana-mana. Ada jugak tempat yang tak perlukan belanja dan kalau berbelanja pun sangat la minimum! Apa yang penting mereka happy...

Jadi, selepas dah makan kenyang kat rumah semua 3 kanak-kanak yang dah excited ni kami bawak ke akuarium di sebelah Wet World Shah Alam kat tepi taman tasik Shah Alam tu. Memang betu-betul kat sebelah, dan tak perlu bayar apa-apa pun. Ini kedai jual ikan sebenarnya tapi dikormesialkan jadi macam pameran. Jadi ramai la orang datang memang sekadar nak berjalan bawak anak tengok ikan. Ada jugak yang dah lepas mandi kat Wet World menyinggah sama ke situ.

Selain ikan hiasan yang dipamerkan untuk jualan, ada jugak dipamerkan spesis ikan-ikan air tawar dan macam-macam lagi. Seronok anak-anak tengok ikan...Tapi jadi seriau pulak bila si Aqil ni berani mati sangat. dah tak hirau pulak jatuh dalam kolam ke apa... Jadi, bukan la kene ada belanja besar baru bole bawak anak gi jalan-jalan, kita yang kena bijak nak plan aktiviti untuk dieorang.







 Kalau tengok drama, bila part orang mati kene seksa kubur, cerita hantu ke, mesti ada ulat yang bergerak-gerak tu kan..ni la die..en.hubby kata guna buat umpan memancing...hishhh...memang geli betul menengoknya!


Ikan ni memang besar sungguh..kalau berdirikan die mau sama tinggi kot ngan kita...


~ New Template, New Hope...



Tukar template, yang lebih segar...Dalam pada browse sana sini, terpaut pada template ni...selain design vintage die yang sweet dan cool, tertarik dengan tag 'Beautiful Ending' dekat header...Bukan semua cerita akan berakhir duka, pasti ada gembira walau lambat...

Setelah macam-macam dugaan yang datang bertimpa-timpa dan masih lagi terus ditimpa dan terus datang tanpa dijemput dalam hidup kami sekeluarga, tetapi doa dan harapan kami tetap berterusan semoga awan gelap yang menyelubungi kami akan berlalu dan kami dapat berteduh bawah langit yang cerah dengan pelangi yang indah... Amin....

Gambar raya kami sekeluarga...hanya selepas 2 minggu raya baru la berkesempatan nak snap..






~ Pulut Kuning Untuk Nora...




Dah macam tajuk cerekarama plak kan...heheheh...Ini tempahan dari Nora masa ari kahwin die awal July yang lepas di Muar, Johor. Kebetulannya waktu tu aku balik kampung ada kenduri kawin dan memang nak attend wedding die, so boleh la buat. Lagipun, ini special request dari die yang sampai sanggup cancel nak tempah kek untuk majlis kahwin die tu. 

Kali ni, aku bereksperimen dengan serunding. Kalau sebelum ni masak rendang, aku ke Pasar Melaka yang ada jual serunding ..So dilapiskan antara pulut tu dan di tekan mampat...dan pertama kalinya pulut ni aku sendiri yang buat dari mula smpai abis sendiri...Ini la hasilnya... 

Selamat pengantin baru buat sahabatku ini...moga berbahagia ke akhir hayat...

 2 tingkat bertindih...hasil penuh

 encik dan puan burung wajib ada...






Tuesday, November 15, 2011

~ Kembali....




Waaahhhh...lama sungguh takde selera nak tempek apa-apa kat sini!Hati ada sikit rajuk...tapi macam aku malas melayan orang merajuk sama la jugak aku malas nak melayan diri sndiri yang merajuk! :P Yesss...aku memang la tak romantik!hehehehehe...

Jadi, pembuka selera dah dpt sket dan dah mula ada nafsu nak menulis... Welcome back to me! :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...