Balik keje semalam, teruja bila nampak bungkusan kat atas meja. Dengan rakus sekali aku mengoyakkan pembalut yang di'sealed' dengan sangat teliti oleh pengirimnya. Tak dan nak tukar baju ke ape dah, tudung pun main selempang je atas bahu. Bila dah dibuka, memang lebar la aku punya senyum..tak tau la pada orang lain kan, tapi ini reaksi aku yang sangat teruja tiap kali terima bungkusan online shopping aku. Rasa puas.
Didalamnya, sememangnya apa yang aku dah order dari awal, dan memang tepat apa yang aku dah order tu. Satu untuk diri aku sendiri iaitu Krim Anti Gugur Rambut. Aku memang ada masalah rambut gugur sejak bersalin Aqil. Makin menjadi serius sejak bersalin Isyraq. Dah lama aku tak sikat rambut, sebab kalau sikat lagi banyak yang luruh! Setakat lurut ngan jari ngan tangan pun dah segenggam, nasib la rambut aku jenis tebal kasar, so takde la nampak sampai botak dan nipis sangat. Harapnya krim ni akan membantu. Siap ada point card lagi tu tau!Kreatif sugguh tu...
Satu lagi untuk si debab Isyraq. Romper kuning Nike jersi Malaysia. Aku memang sangat suka pakaikan baby romper, senang, cepat. Lagi satu comel...Jadi kalau papa nak pegi tengok bola lagi, Isyraq sudah ada satu jersi untuk die :)
Selain nak menambah koleksi baju anak, dan untuk mengubat diri aku sendiri ni, secara tak langsung membantu kawan yang gigih berniaga walau tengah nak menunggu hari je lagi nak melahirkan anak sulung. Ni la die semangat seorang isteri dan ibu nak tambah pendapatan, nak naikkan taraf hidup dan membantu suami menanggung keluarga. Aku harap aku pun akan ikut jejak langkah die, buat sesuatu yang extra miles untuk keluarga.
Terima kasih bangat ya buat Tanter Jamu dan Tanter Kids .
3 bual bicara:
apa lagi acik? cepatlah bisnes...kita menyokong rakan-rakan kan? cun romper tu ye..naper ko mengalami masalah rambut gugur eh? mesti stress kannn
ye, stress...tp ada gak penyakit yg rmbut gugur sbb besalin...aku dah start plan ni udet...tgh plan baik2 pnya...
aahaha..aku baru tau ada entry ni cik!! teruk kan aku. thanks kerana beli yer.. saya jual yer..;)
Post a Comment