CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 22, 2011

~ My Daddy Long Legs



Bila masuk sekolah menengah tahun 90-an aku tak layan sangat dah tengok kartun...dah besar la kononnya kan..tapi ada satu kartun ni seminggu sekali je dan aku memang tak pernah nak miss. Ini adalah anime Jepun yang pada waktu dah di alih bahasa ke bahasa melayu. Kartun ni adalah adaptasi dari novel penulis Amerika, Jean Webster di tahun 1912 bertajuk Daddy Long Legs.

 Ini la novelnya...


Panjang tau citer ni walaupun die kartun, 40 episode!Jadi selama 40 minggu la aku terkejar-kejar takmoh miss satu episode pun sebab die memang sebijik cam drama bersambung...so kalau miss satu episode rugi la. Kalau tak silap masa tu kartun ni ditayangkan kat tv2, petang hari biasa bukan hari minggu. Jadi aku yang menolong emak dan ayah kat kedai akan mintak pelepasan nak balik nak tengok kartun ni, setengah jam kot citer die...tak ingat dah. Masa tu aku form 2 kot... Dan kartun series ni telah dianugerahkan dengan Excellent Movie Award for Television by the Japannese Agency of Cultural Affair for Children pada tahun 1990.

Citer ni pasal Judy Abott, anak yatim piatu yang dibesarkan dekat rumah anak yatim The John Grier Home. Die dijumpai di bandar New York, dibawa dan dibesarkan dirumah anak yatim tu yang mana telah mengembangkan bakat penulisannya. Satu dari esei Judy telah menarik minat seorang pemberi dana misteri dikenali sebagai 'John Smith', yang telah menaja die untuk ke sebuah sekolah Lincoln Memorial High School. John Smith ni Judy tak pernah jumpe dan kenal siapa orangnya hanya nampak sekali je itu pun hanya bayang-bayangnya sahaja...dari bayang-bayang yang menampakkan kaki yang panjang tu la yang Judy akhirnya panggil die sebagai Daddy Long Legs - ayah kaki panjang.

Dari bayang-bayang ini la Judy memanggil 'John Smith' penajanya ke sekolah Daddy Long Legs - ayah kaki panjang



Sebagai balasan pada ayah kaki panjang tu, Judy kene tulis surat kepada die setiap bulan tanpa harapkan sebarang balasan.Judy anggap ayah kaki panjang ni sebagai satu-satunya keluarga yang die ada. Judy ni seorang yang suka bercakap dan sukakan love story. Perjalanan cerita yang panjang ni ada macam-macam kisah Judy dengan kawan-kawan dan orang sekeliling die. Dan seingat aku yang dah lebih dari 10 tahun tengok cerita ni, die kelakar.

Judy Abott, Sally McBride & Julia Pendleton. Kawan sebilik di Lincoln Memorial High School. Sally McBride membesar bersama Judy di rumah anak yatim

Punya la lama gila dan panjang episode cerita ni, John Smith atau ayah kaki panjang yang menjadi misteri tu diketahui jugak akhirnya. Die adalah Jervis Pendleton, pakcik kepada Julia Pendleton anak orang kaya yang bongkak yang merupakan kawan sebilik Judy di Lincoln Memorial High School. Judy berjumpe sekali sahaja dengan Jervis Pendleton ni dekat John Grier Home tapi tak tau pulak itu lah ayah kaki panjangnya. Jervis Pendleton ni seorang usahawan yang dermawan. Rupanya inilah cinta sejati Judy dan diakhir cerita mereka berkahwin. Dan dengan penjang cerita ni, dapat lihat transformasi Judy dari comot kat rumah anak yatim sampai dewasa.


Sweet kan..cerita dari novel memang tak menghampakan...adaptasi ke drama macam Nora Elena tu ke, kartun macam My Daddy Long Legs ni ke..tetap best. Jadi aku bercita-cita nak cari CD cerita ni...nak tengok balik, tapi macam susah rasanya ni sebab anime Jepun dah lama sungguh ceritanya...



**Credit pada en.google atas gambar-gambar yang memberi nostalgia semula ni....





2 bual bicara:

Hudalatip

tak penah nengok pun dan tak tau pun..huhu..macam menarik jugak eh..

eiza

aku rasa mmg aku sorang je tgk..klau tnya kwn kat skolah dulu smua tak tau, tak tgk...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...