CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 21, 2011

~ Musim penyakit

Sekarang ni kalau pegi klinik memang pesakitnya kebanyakan budak-budak semuanya. Cuaca tak menentu, kebolehan antibodi budak-budak nak menerima tak kuat. Jangan kata budak, kita yang tua ni pun mane tahan. Dengan jerebu bagai la pulak kan...aku ni trauma dengan jerebu.Tahun 2005 jerebu agak teruk masa ni...akibat dari situasi ni, aku batuk dekat 3 bulan...bukak je mulut nak bercakap batuk...sampai dah berdarah tekak, kurus kering dibuatnya.Ubat batuk bergelen telan. Akhirnya bila pegi specialist, dapat la penyakit ni secara rasminya. Inhaler kene la aku bawak pegi mana-mana pun sampai la hari ni. Ni skarang ni aku tengah batuk yang agak teruk, (memang tiap kali aku batuk memang teruk dan makan masa nak elok!). Ubat batuk dah nak abis sebotol...leceh la nak tido...bila malam nak bagi anak susu pun leceh bila dok tahan batuk tak nak anak terjaga.


Minggu lepas Aqil demam. Suhu sekali naik sampai 39!merisaukan sangat-sangat bila suhu tinggi sangat ni pastu jenis yang on & off...tu yang bahaya tu. Lagi pulak Aqil ni jenis liat nak dibagi ubat!Tampal kool fever kat kepala pun die takmoh, lap badan pun takmoh...jenuhla buat cerita dongeng yang captain barbell pun pakai jugak sebab tu la die power!adehhhhh...!Bila dah tinggi sangat camtu aku memang tak bagi ubat makan lagi dah, sebab lambat kebah. Memang kat dalam peti ais sentiasa standby ubat rectal. sumbat terus kat punggung tu...dalam sejam dah boleh kebah dah. Die macam tu smpai 3 hari suhu turun naik tingginya...So, takkan nak diamkan lagi sebab dah pegi klinik. Hati pun tak sedap nak hantar jugak pegi umah opah takut jadi hal lain pulak. So pegi hantar Sara dengan Isyraq je ke umah opah, terus ke hospital bawak Aqil jumpe Dr. Hoe Tuck Sang. Ini pakar pediatrik anak-anak aku sejak lahir kat KPJ Selangor Specialist, bagus die ni. Aku suka sebab die bagitau detail pasal apa aje yang kita tanya...Diberi antibiotic yang kuat, dan ubat-ubat lain, Alhamdulillah Aqil beransur sembuh...sihat dah!

Tapi Aqil pass baton pada Qaisara...Malam tadi bila ambik die balik, die kata demam. Memang panas betul badan, terus bawak pegi klinik...naik ke 39 tingginya suhu dia!Sama jugak kaedahnya, blik je umah terus masuk ubat rectal tu la..lapkan badan, bagi antibiotik, suruh die minum air banyak...malam bila terjaga cek alhamdulillah elok.Lebih senang nak uruskan Sara sebab die dah besar dan dah faham kenapa kita buat macam tu kat die. Pagi ni dalam kereta die muntah, smpai umah opah cek suhu naik balik 38...pesan kat die makan ubat, minum air banyak..tak payah la pegi sekolah kalau dah macam ni.

Sejak dah ada anak ni, bila tiba musim demam ni termometer sangat la penting dan membantu sangat-sangat. Jadi  aku invest la beli satu termometer digital. Bila anak demam, walau kat rumah setiap satu jam dapat monitor suhu. Dapat la lebih berjaga-jaga. Sebab bila anak dah demam ni jangan buat main jangan sambil lewa, panas sangat nanti takut sampai tarik sawan pulak!Nauzubillah...mintak simpang!Jadi tak la asyik dok sumbat je ubat tapi tak tau pun suhu nya dah turun ke naik ke...ubat pun bukan boleh bagi terlebih sangat.Kalau suhu naik, boleh la berjaga-jaga buat apa yang patut. Bukan setakat budak, kita orang tua pun bila demam berulang dah 3 hari bawak la diri ke hospital..macam-macam penyakit skarang ni!







Ini la termometer digital yang aku beli. Bukan la yang canggih sangat cam doctor punya, tapi membantu sangat-sangat. Penggunaannya dwi cara...kat telinga boleh kat dahi pun boleh. Mudah digunakan dan portable, siap ada pourch die skali. Ini aku beli kat Guardian masa sale. Memang brand Guardian, gambar doraemon. Comel kecik camni pun RM100 lebih gak harga die. Takpe la, kluar duit lebih sikit...boleh pakai lama..untuk anak-anak jugak.. Sentiasa aku bawak kemana-mana, balik kampung..keluar umah pegi berjalan pun bawak jugak. Bila dah bagi ubat, cek setiap sejam tapi suhu tak turun, masa ni la senang nak decide nak bawak pegi hospital ke tak. Jadi kita lebih berjaga-jaga.


**p/s - dugaan lagi...en.hubby sms bagitau bangunan baru BNM terbakar. Kat kawasan basement parking dan kereta kami ada park kat situ.Belum tau apa statusnya, sebab bomba tak bagi masuk lagi.Haaishhh...satu lagi datang...mintak dijauhkan la...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...