Ntah apa apa la ngan sesetengah orang ni. Tau orang pregnant
lagi pun jadi pelik, jadi terkejut yang amat-amat. Tak cukup ngan terkejut,
siap sarcastic, sinis tak pasal-pasal. Apsal ek?
“Pregnant lagi? Amboi, takde aktiviti lain dah ye…”
“Tak merancang ke? Tak penat ke beranak setahun sekali?”
“Kesian kat anak ko, kecik lagi dah dapat adik. Tak sempat
nak bermanja lama”
Mesti ke ada statement-statement macam ni? Bukan nak ucap
Alhamdulillah sebab bertambah lagi umat Muhammad s.a.w, nak ucap tahniah ke…
Persoalan aku ialah….
Apa yang nak kisah sangat kalau orang nak beranak lagi?
Bukan pegi tumpang kat perut orang lain pastu tolong meneran masa beranak nanti
pun. Bukan la aku pregnant luar nikah pun, sah dan sahih ada sijil nikah. Bukan
ke rezeki kalau dapat anak? Tak semua orang dapat rezeki macam ni, ada orang
nak beranak kali pertama pun susah, ada yang bertahun tak ada anak, ada yang
dah beranak nak tambah anak lagi pun payah. Merancang? Kita merancang, Allah
yang menentukan. Jadi rezeki Allah apa nak sebok-sebok kecoh? Anak yang ada
kecik lagi dan tak sempat nak bermanja lama? Sapa dok buat polisi macam ni? Anak
dah besar ke, kecik lagi ke kasih sayang, nak bermanja takde bezanya. Aku tak
ada polisi anak tunggal, anak bongsu…semua sama rata.
Dah tentu perhatian akan lebih kepada sikecik yang baru tapi
kena la bahagi dan luangkan masa dengan yang lain-lain juga. Kena libatkan juga
dieorang dalam aktiviti menguruskan adik baru.
Jadi, bila tau orang pregnant lagi jangan la ada sentiment macam
tu. Kan lagi
afdal dan sopan kalau diucapkan selamat dan tahniah….
2 bual bicara:
udet & ctrahani..ntah kemana la lesap komen yang dah publish tu....
udet...ye, aku dah 26 mggu pregnant.
ctrahani...ada yg ucap tahniah, yg ntah apa apa pun memang ada..hehehe...
hilang komen ye kak.. blogspot kdg2 x betul jugak.. hehe..
x yah kisah apa org cakap kak.. x sumer org beruntung dpt merasai pengalaman mengandungkan.. kwn2 sy sndri ramai yg x dpt pregnant walaupun nk sgt pregnant.. rezeki tu semua Allah yg tentukan.. :)
Post a Comment