Alhamdulillah, sihat walafiat baby dalam kandungan. Pada usia 26 minggu, denyutan jantungnya bagus, pergerakannya juga bagus, dianggarkan beratnya sekarang 758 gram. Alhamdulillah tekanan darah dan urine aku juga normal. Orang bujang atau anak dara? Tak kisah la asal sihat, cukup sifat semua sudahla. Pegi check up tadi pun santai je, orang tak ramai, nak menunggu pun tak lama. Dan paling best dapat goodies bag! hehehehe... Ada diapers free, lotion free, toiletries free, discount voucher dan segala macam pamphlet.
Paling lega bila berat aku pun tak la dahsyat sangat naiknya, sederhana saja. Tapi dah terasa tak terlarat nak bawak badan dah. Rasa dah macam dihujung-hujung. terasa kali ni baby saiznya lagi besar dari abang-abang dan kakaknya. Setakat ni melahirkan Aqil saiznya paling besar setakat ni, 3.4 kg. Qaisara 3.1 saja dan Isyraq 3.2kg. Tak kisah la...asal sihat sudah.
*******
Dah lama tak update blog sndiri sebab dok sebok buat blog untuk orang lain. Wah...macam hebat je kan....hehehehe.... rezeki dah datang, orang bagi upah suruh buatkan blog, apalagi kasi rembat je la. Die nak yang simple-simple je untuk butik pengantin die. Dalam pada simple nak juga glitter ngan slide segala. Tapi enjoy juga membuatnya. Seronok bila mengedit-edit html sana sini, bila preview dah jadi.... Terima kasih bebanyak la kat Cikgu Google yang banyak bagi tutorial dan tips.
Tak la pandai mana aku membuatnya, tapi berguna la juga ilmu masa blaja kat kampus puncak bukit tu dulu sebab masa part 4 ada subjek html ni dulu. Tapi boleh gila la juga tengok kod-kod html tu...bila tak jadi cepat je aku jadi naik angin!
Kalau korang rajin, cer jengah blog yang aku buat tu kat sini. Korang rasa ok ke? :)
1 bual bicara:
ntah kemana la pegi comment yg saya dah publish tu kakzakie, lesap plak...ye kak, sdah ada anak dara sorang dan orang bujang, yg penting yg akan lahir dan abg kakak nya smua sihat...
Post a Comment