CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 13, 2012

~ Terasa sesuatu dalam hati...


Itu maknanya dalam BM, atau lebih mengujakan bila dalam disebut dalam bahasa Hindi; Kuch Kuch Hota Hai. Menonton filem ni Sabtu lepas di TV3 memang seronok dan memang terasa sesuatu dalam hati aku iaitu kenangan menonton filem ni di panggung dengan arwah mak masa lepas SPM penghujung tahun 1998. Arwah mak belanja. Hari tu kami cuti dari berniaga, jadi it’s a mother daughter day out! Seawal pagi kami dah menunggu Intrakota, sekarang RapidKL. Setibanya dekat Central Market, mak tanya nak tengok wayang cerita apa? Kebetulan waktu tu ada filem Melayu Puteri Impian, tapi aku kata tak payah tengok cerita Melayu, raya nanti keluar la kat tv…hehehehe… Jadi aku ajak mak tengok cerita Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai. Cerita ni tengah hot masa ni! Kami pun berjalan kaki ke Dataran Merdeka.


Kalau nak tau, dulu di bawah Dataran Merdeka tu ada satu food court dan panggung kecil. Panggung yang tayang citer Tamil dan Hindustan sahaja. Tapi dah ditutup lepas berlaku banjir kilat yang menjejaskan keadaan kat bawah tu. Sampai je kat kaunter tiket, cerita dah bermula. Terus kami masuk ke panggung, dan aku menjerit! Menjerit sebab excited tengok muka Shah Rukh Khan sebesar-besarnya kat layar tu! Hahahaha… Full house panggung tu even kami pergi waktu hari bekerja. Ohhh….memang meleleh saje ayor mata, dan lagu-lagunya memang superb…sedap-sedap! Jalan cerita memang menghiburkan. Selesai menonton terus kami ke food court makan pulak. Dan kami teruskan hari tu dengan menyinggah ke Jalan TAR, mak beli tudung, beli kain. Hampir malam baru kami tiba kat rumah.

Hebatnya Kuch Kuch Hota Hai sehingga gaya rambut Kajol masa tomboy jadi ikutan. Kalau pegi kedai nak gunting rambut, akan diminta tukang gunting potong gaya macam tu. Dan lipstick earth colour Kajol juga jadi ikutan, merah menyala, pink waktu tu kurang orang pakai dah. Bukan tu je, siap dengan ngikut nak anak mata serupa Kajol, mula la cari contact lens kaler ala-ala coklat gitu. Sekarang bila tengok filem yang baru-baru, susah nak dapat yang best jalan ceritanya macam tu.

Sekarang ni, even bila dengar saja lagu ni di radio, apa lagi menontonnya, buat aku senyum sendiri dan bergenang air mata. Kenangan bersama arwah mak yang akan jadi kenangan selamanya dan sentiasa akan terasa sesuatu dalam hati…..

Ladki Badi Anjani Hai...lagu yang paling aku suka dalam movie ni

** pic..courtesy of google...

7 bual bicara:

emarieys

best layan hindustan ni//lebih2 lagi yg tak ada scene ganas-ganas..bila sedih konpem meleleh air mata

Hudalatip

Aku sendiri pun ada kenangan nengok citer ni, memang tak boleh lupa laa.

MizzTina

yg penting, ada nama TINA dlm citer tu.. hahaha...

Aine Ainun

Dulu melelelh2 tgk hdustan ni, skrg..huhuu, xde feel....nk paksa tgk pun x ble fokus da...;)

Kakzakie Purvit

Mengimbau kisah lalu yg indah bersama mak tapi sedih sebab mak dah pergi. Al-fatihah buat mak...

AnakPakZohar

saye tak minat hindustan.. huhuhu

Erika Anuey

aku cik 10x tengok 10x nanges!..alfatihah buat mak ko..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...