Selain Isyraq menyambut birthday yang pertama 2 Februari lepas, 6 Februari giliran abang sepupunya Ali Qa'id meraikan ulangtahun ke 4. Ali anak kelima Angah aku, sebaya dengan Aqil. Bersempena dengan itu, kakak Ali, Zinnirah buatkan kek istimewa untuk meraikannya. Anak dara Angah aku ni baru 12 tahun umurnya memang suka bab masak-memasak ni, nasi lemak, telur masak kicap, sambal, kek dah lepas dah die memasak untuk keluarga besarnya. She's Masterchef in the making! Kalau datang rumah aku time aku tengah ada Astro, mesti die akan leka dengan channel AFC. Keraian kecil ini berlangsung di rumah aku petang Isnin lepas. Excited semua adik beradik sepupu ni! Sampai Aqil dok tak berenti-berenti tanya bila nak mula ni, bila boleh makan kek ni? Sebab die sangat suka makan kek!
Square cake with creamy topping. Ali 4 tahun tapi lilin nombor 1 tu untuk berkongsi kegembiraan dengan adik Isyraq
Jom nyanyi sama-sama...Ali yang di tengah-tengah berbaju putih merah.
Kek Rainbow, dilapisi dengan jem mangga epal dari pokok belakang rumah Angah...Bravo Chef Zinnirah!
13 bual bicara:
ramai yg menyambut birtday bulan februari ya~
=}
ya Fatin...banyak keraian, hujung bulan ada lagi...
Budak kecik buat ke? Aiyaa, seganlah..tutup muka laaa..
Udet...ye, anak dara angah aku umur 12 tahun yang buat, with ibu die punya supervision...die minat
hepi belated bufday,.. =)
nama mereka sangat unik dan sedap.^^
happy belated birthday to Isyraq dan ali...jangan noti2 ya...moga jadi anak yg soleh dan milikki akhlak terpuji, cerdik pandai dan terang hati....amin.
12 tahun dah boleh sediakan macam2 masakan? kalau dah minat mmg tak mustahil lah kan? keep it up girl!
yad'z...berbulan-bulan membelek buku nama-nama yang indah dalam Islam :)
kak Q...Amin, terima kasih atas doa tu kak.Die memang minat kak, rajin menjengah ke dapur waktu ibunya memasak. Waktu kakak saya dalam pantang si bongsu tempoh hari, die yang menjaga makan minum adik-adiknya.
hehhe.... nama yang baik, bawa maksud yang baik.. mudah2an besar nanti jadi sebaik namanya.. amin!~
Seronokan buat birtday budak2...
Saya suka sangat nama israq tu, ada dalam list nama anak: :),
semoga mereka jadi anak soleh dan bijak..
yad'z....Amin, moga peribadinya kelak seindah maksud namanya...
Aine Ainun...betul,birthday budak-budak memang best, simple. Awak juga macam saya, ada list nama anak. Amin, terima kasih atas doa tu. :)
terliur tgk kek.. yummy!!
nice birthday cake..happy birthday :)
mizzkechique...yes, yummy... :)
Tihara...terima kasih sudi menyinggah.. :)
Post a Comment