CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 16, 2012

~ Serba salah...


Berada dalam situasi aku ni memang mengelirukan...

Serba salah...
Aku bukan nak tunjuk skill atau nak kata aku ni pandai, hebat ngalahkan Masterchef

Serba salah...
Aku bukan la manusia kedekut, dan aku tau adab menjadi dan menerima tetamu

Serba salah...
Bila menerima kunjungan tetamu, tetamu bermotifkan tak dapat makan pun memadai la pelawa, aku jadi leceh

Serba salah...
Aku masak dalam portion yang kecil saja mengikut kemampuan aku yang tak berapa nak mampu sekarang ni

Serba salah...
Aku tak jangka akan menerima tetamu...kalau aku tau pasti aku dah bersedia lebih dari apa yang dah sedia ada kat rumah ni

Serba salah...
Sesungguhnya kalau ada rezeki lebih pasti akan sedia dikongsi bersama walau secubit

Serba salah...
Sedangkan aku tuan rumah dan ayah aku sendiri belum menjamah...

Serba salah...
Walau en.hubby pergi kursus tapi pesannya mungkin die akan balik daripada tidur disana, jadi aku si isteri nak tinggalkan walau secubit untuk die...

Serba salah...
Tujuan posting tu bukan ada niat nak menunjuk-nunjuk, tapi disalah ertikan dan dimalukan di khalayak sahabat handai

Serba salah...
Nak menjaga hati manusia sungguh payah, sukar dijangka!

Menjadi tetamu kita kena beradab sopan, menerima seadanya yang diberi oleh tuan rumah. Menjadi tuan rumah manjadi kewajipan untuk memuliakan tetamu yang datang. Mengikut kemampuan ku, bukan aku kedekut. Buat aku berhati walang bila dikata tak beradab, tak pelawa atau hidang juadah yang ada. Sipolan berkata die hairan ada sesetengah orang sibuk tayang skill tapi bila orang datang rumah haram di hidang atau pelawa dan aku ni a bit pathetic! Sepinggan rendang ayam yang ada 6 ketul sahaja, kuah kacang seperiuk kecik, nasi impit mini yang tinggal beberapa ketul sahaja...bagaimana kalau pelawaan tu nanti disambut baik dan sipolan berhajat nak makan? Nanti dikata pulak benda ada sikit nak ajak makan, dapat jamah celah-celah gigi je. Atau sipolan berhajat makan, tapi melihat tak sebanyak mana tak jadi makan pulak. Dah tergantung niat orang. Tak dipelawa dikata tak beradab pula...Kalau aku nak jamu orang makan, biarla semoga tetamu pulang dengan perut yang penuh, kalau aku pun mengharapkan apa yang ada macam mana nak jamu?

Walau ada pendapat yang aku tanya kata "tak kisah kalau tak pelawa, hak tuan rumah", "sebagai tetamu datang tak boleh nak harap yang akan dapat makan", "datang rumah orang jangan la anggap apa yang tuan rumah masak akan dipelawa" tapi hati aku masih walang....

Aku bisa menerima teguran, tapi cara yang negatif dan tak beradab; harap maaf...anda telah kehilangan respect dari saya walau anda lebih tua dari saya...

8 bual bicara:

Kakzakie Purvit

Eiza... tak perlu nak berwalang hati. Yg penting niat hati kita jujur serba-salah salah nak hidang benda yg sikit. Bagi minum cukuplah...

ct rahani

sabar la dear.. yg penting niat kite ikhlas.. mulut org memang susah nk ditutup..

eiza

kakzakie...mmg air saja yg saya hidangkan, cuma bila jujur juga jadi satu kesalahan itu yang buat hati ini walang

ct rahani...sungguh, lagi nak ditutup lagi galak nak terus bersuara...

Queenie

akak masih blurr dik...

dulu pernah terjadi, arwah mak masak ketam (fav arwah ayah), pastu ada tetamu dtg time makan (masa tu ayah berpergian tp akan balik makan) lalu utk tetamu mak masak lauk lain dan ketam tadi emak simpan utk ayah.

Bila ayah balik, emak ceritakan apa yg terjadi, ayah terus taknak makan ketam tu sebab dia cakap dah haram utk dia, ayah kata ketam tu sebenarnya rezeki tetamu tadi, dan gerak hatinya utk bertamu kerumah waktu makan tadi adalah digerakkan oleh Allah, maknanya ada rezekinya disitu...mak berilah hak itu kepadanya...

tak mengapa kalau ayah tak makan makanan kegemarannya itu sebab dah diberikan kpd yg berhak. Pantang ayah akak kalau kita menyorok/sembunyikan makanan yg ada dari tetamu, walau niat kita sangat baik...niat tak menfhalalkan cara walaupun dgn alasan sayang atau cinta...

itu pengalaman akaklah dalam bab rezeki...maaf ya kalau tersinggung..

eiza

ohhh..kak Queenie, saya tidak tersinggung malah jika saya salah saya dapat betulkan, dan saya dapat belajar sesusatu dari kakak hari ni. :)

Ini serba sedikit niat dihati saya sbenarnya, bukan nak sorokkan makanan, saya berbesar hati kalau dapat berkongsi rezeki,dah lama pun saya tak dapt masak fav untuk ayah saya. Tapi apa yang saya ada waktu itu hanya itu sahaja kak. Allah sayangkan saya, jadi sejak beberapa bulan ni saya dan suami diuji,kalau kami dapt rezeki apa yang ada tu saja kami anak beranak dan ayah akan kongsi bersama. untuk hari esok, hanya esok baru kami fikirkan dan fikir nak cari mana pula. Saya telah jelaskan kedudukan pada saudara lelaki kandung saya ini tapi die bertambah kasar, saya jelaskan pula pada kakak saya yang tengah yang juga berada sama pada hari itu alhamdulillah die memahami.Walau begitu alhamdulillah anak-anak buah dan anak-anak saya yang berjumlah 10 orang semuanya kenyang makan, dapat mengulang juga...jadi, saya rasa tak wajar saya dimalukan di khalayak hanya kerana ini dan penjelasan telah saya beri. Hidup susah tak bererti saya perlu canang pada semua,saya khuatir suami akan segan dengan ipar duai pula.

Terima kasih atas pendapat kakak, saya belajar sesuatu hari ni, sebab banyak yang saya belum tahu... :)

Queenie

Oh, baru akak faham..maaf ya dik.

akak tak niat nak mengajar ker apa, cuma kongsi2 pengalaman yg pernah dijumpa. Mudah2an kasih syg and pada ayah akan diberkati dan dirahmati Allah dgn rezeki yg melimpah ruah, amin.

eiza

tak mengapa kak, tak ada akak salah pun, itu pendapat akak dan saya hormati. dengan berkongsi pengalaman la kita belajar sesuatu kan...Amin, terima kasih atas doa kakak tu... :)

emarieys

saya ppun dapat ilmu dari komen Queenie di atas itu..terima kasih..boleh jadikan pedoman utk saya di lain hari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...