CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 10, 2012

~ Datuk dan nenek tuntut nafkah cucu


Urut dada bila dengar berita kat TV9 malam tadi...

Sepasang datuk dan nenek menuntut nafkah RM..(harap maaf, lupa plak brape jumlah tuntutannya!) dari anaknya sendiri bagi 2 orang cucu yang dijaganya. Si anak adalah seorang Pengurus Operasi syarikat oil & gas dengan gaji sebulan dianggarkan sebanyak RM10, 000.00. Si anak sudah 8 tahun tidak balik menjengah kerumah ibu bapa yang menjaga anak-anaknya. Pasangan warga emas ini juga menuntut supaya bayaran nafkah dibuat secara potongan gaji dan menuntut si anak memohon maaf dalam masa 7 hari.

Apakah itu? Dah tak tau tanggungjawab ke apa? Tanggungjawab sebagai seorang anak dan bapa. Nak kata tak mampu, gaji dah kira bagus keje pun kat syarikat bagus. Kalau dapat bonus memang sure riban-riban. Nafkah anak pun takleh bayar ke? Nak kena bayar tiap sorang anak RM200 ratus je kot, takde nak luak pun 10 ribu tu. Dalam masa 7 hari dituntut agar mohon maaf dan langsaikan tuntutan nafkah anak; tapi kalau dalam masa waktu tak jugak minta maaf kat mak ayah camne? Nauzubillah...aku sendiri takut dengan akibatnya. End of day, It's not all about money! Anak itu amanah Allah, doa ibu bapa perlu untuk merestui hidup anak-anak, agar anak-anak jadi manusia berguna dan soleh, solehah. Doa anak yang soleh, solehah juga la yang amat kita dambakan bila dah kat dalam liang lahad....

4 bual bicara:

Hudalatip

Ishh, pelik la..pelik dengan manusia zaman sekarang ni..

emarieys

gaji berpuluh ribu sebulan tak boleh nak kasi duit kat ibu bapa yg sanggip jaga anak2 dia..haish..

eiza

udet...mmg pelik bin ajaib sangat2...

ema...takde hati perut betul orang macam ni...

Erika Anuey

bangang memang cam ni! nyusahkan orang tua! lagi pandai lagi bangang!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...