CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 26, 2011

~ Resepi Kek Coklat Kukus




Hari ni rasa nak share resepi kek coklat kukus yang aku belajar dengan makcik en.hubby. Aku suka sebab tak payah bakar dan aku memang tak ada oven pun!hehehehe..anak bujang aku Aqil suka, so bila anak suka makan wajibla kene belajar kan...barang-barangnya pun senang je tak remeh...jadi orang macam aku yang tak gemar buat kek ni mudah la nak ngikut...resepi ni first time aku cuba masa buat kek birthday Aqil yang ke 3 April lepas.


Bahan Kek
Gula - 1 cawan (boleh kurangkan ikut rasa masing-masing)
Telur - 3 biji
Minyak Jagung - 1 cawan
Susu Pekat - 1 cawan
Susu Cair - 1 cawan
Tepung Gandum - 1 cawan
Tepung Jagung - 1 cawan
Serbuk Koko - 1 cawan
Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
Serbuk penaik - 1 sudu kecil

Bahan krim topping
Coklat masakan
Mentega
Susu pekat
Susu cair
(ikut kesesuaian, kalau suka topping banyak guna la lebih coklat masakannya.)
  • Pukul telur dengan gula hingga sebati dan kembang
  • Masukkan minyak jagung, susu pekat dan susu cair; gaul sebati
  • Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko, soda bikarbonat dan sebuk penaik
  • Masukkan bahan yang dah diayak sikit demi sedikit; gaul sampai sebati dah tak berketul-ketul. Kalau pakai cake mixer tu lagi senang, tak payah nak pikir adunan tu berketul-ketul.
  • Didihkan air untuk mengukus, mesti mendidih supaya kek tak bantat.
  • Masukkan adunan dalam loyang, dan kukus lebih kurang 1 jam sehingga masak. Kalau cucuk lidi, bersih dah masak la tu. Tunggu sejuk baru keluarkan dari loyang supaya tak berderai.
  • Didihkan air dalam periuk, patah-patahkan coklat masakan dalam bekas dengan sedikit mentega, susu pekat dan susu cair.
  • Letakkan bekas atas periuk yang tengah mendidih airnya, kacau sampai coklat masakan cair dan likat.
  • Lepas tu curah atas kek dan hiasla ikut kreativiti.

Selamat mencuba   :D





Monday, July 25, 2011

~ Bowling




Sungguh dah lama tak melontar ni..sejak kahwin rasanya. Dulu selalu jugak bila gather ngan kawan-kawan angau, ni antara aktivitinya la. Tak la pro sangat mana pun, masuk longkang je lebihnya!hehehe

Berkesempatan main boling balik dengan sepupu en.hubby, masa balik untuk kenduri kahwin awal bulan hari tu kat Ampang Superbowl Mahkota Parade. Jadi malamnya, jadi girls day out la!Dah tetiba semua anak dara terselit la mak dara sorang!heheheheh...en.hubby izinkan dan die pun babysit la anak-anak pulak...lagipun dah lama tak berjimba! :P


Sepupu dan adik ipar ku...

Cam pro je nak pilih bola bagai kan.....yang sorang tu takmo main,so jadi observer je la...

bersama adik ipar ku...

haaaa.....ada gaya tak...

kekekekkeke....masuk longkang tu tau!!!








Friday, July 22, 2011

~ My Daddy Long Legs



Bila masuk sekolah menengah tahun 90-an aku tak layan sangat dah tengok kartun...dah besar la kononnya kan..tapi ada satu kartun ni seminggu sekali je dan aku memang tak pernah nak miss. Ini adalah anime Jepun yang pada waktu dah di alih bahasa ke bahasa melayu. Kartun ni adalah adaptasi dari novel penulis Amerika, Jean Webster di tahun 1912 bertajuk Daddy Long Legs.

 Ini la novelnya...


Panjang tau citer ni walaupun die kartun, 40 episode!Jadi selama 40 minggu la aku terkejar-kejar takmoh miss satu episode pun sebab die memang sebijik cam drama bersambung...so kalau miss satu episode rugi la. Kalau tak silap masa tu kartun ni ditayangkan kat tv2, petang hari biasa bukan hari minggu. Jadi aku yang menolong emak dan ayah kat kedai akan mintak pelepasan nak balik nak tengok kartun ni, setengah jam kot citer die...tak ingat dah. Masa tu aku form 2 kot... Dan kartun series ni telah dianugerahkan dengan Excellent Movie Award for Television by the Japannese Agency of Cultural Affair for Children pada tahun 1990.

Citer ni pasal Judy Abott, anak yatim piatu yang dibesarkan dekat rumah anak yatim The John Grier Home. Die dijumpai di bandar New York, dibawa dan dibesarkan dirumah anak yatim tu yang mana telah mengembangkan bakat penulisannya. Satu dari esei Judy telah menarik minat seorang pemberi dana misteri dikenali sebagai 'John Smith', yang telah menaja die untuk ke sebuah sekolah Lincoln Memorial High School. John Smith ni Judy tak pernah jumpe dan kenal siapa orangnya hanya nampak sekali je itu pun hanya bayang-bayangnya sahaja...dari bayang-bayang yang menampakkan kaki yang panjang tu la yang Judy akhirnya panggil die sebagai Daddy Long Legs - ayah kaki panjang.

Dari bayang-bayang ini la Judy memanggil 'John Smith' penajanya ke sekolah Daddy Long Legs - ayah kaki panjang



Sebagai balasan pada ayah kaki panjang tu, Judy kene tulis surat kepada die setiap bulan tanpa harapkan sebarang balasan.Judy anggap ayah kaki panjang ni sebagai satu-satunya keluarga yang die ada. Judy ni seorang yang suka bercakap dan sukakan love story. Perjalanan cerita yang panjang ni ada macam-macam kisah Judy dengan kawan-kawan dan orang sekeliling die. Dan seingat aku yang dah lebih dari 10 tahun tengok cerita ni, die kelakar.

Judy Abott, Sally McBride & Julia Pendleton. Kawan sebilik di Lincoln Memorial High School. Sally McBride membesar bersama Judy di rumah anak yatim

Punya la lama gila dan panjang episode cerita ni, John Smith atau ayah kaki panjang yang menjadi misteri tu diketahui jugak akhirnya. Die adalah Jervis Pendleton, pakcik kepada Julia Pendleton anak orang kaya yang bongkak yang merupakan kawan sebilik Judy di Lincoln Memorial High School. Judy berjumpe sekali sahaja dengan Jervis Pendleton ni dekat John Grier Home tapi tak tau pulak itu lah ayah kaki panjangnya. Jervis Pendleton ni seorang usahawan yang dermawan. Rupanya inilah cinta sejati Judy dan diakhir cerita mereka berkahwin. Dan dengan penjang cerita ni, dapat lihat transformasi Judy dari comot kat rumah anak yatim sampai dewasa.


Sweet kan..cerita dari novel memang tak menghampakan...adaptasi ke drama macam Nora Elena tu ke, kartun macam My Daddy Long Legs ni ke..tetap best. Jadi aku bercita-cita nak cari CD cerita ni...nak tengok balik, tapi macam susah rasanya ni sebab anime Jepun dah lama sungguh ceritanya...



**Credit pada en.google atas gambar-gambar yang memberi nostalgia semula ni....





Thursday, July 21, 2011

~ Musim penyakit

Sekarang ni kalau pegi klinik memang pesakitnya kebanyakan budak-budak semuanya. Cuaca tak menentu, kebolehan antibodi budak-budak nak menerima tak kuat. Jangan kata budak, kita yang tua ni pun mane tahan. Dengan jerebu bagai la pulak kan...aku ni trauma dengan jerebu.Tahun 2005 jerebu agak teruk masa ni...akibat dari situasi ni, aku batuk dekat 3 bulan...bukak je mulut nak bercakap batuk...sampai dah berdarah tekak, kurus kering dibuatnya.Ubat batuk bergelen telan. Akhirnya bila pegi specialist, dapat la penyakit ni secara rasminya. Inhaler kene la aku bawak pegi mana-mana pun sampai la hari ni. Ni skarang ni aku tengah batuk yang agak teruk, (memang tiap kali aku batuk memang teruk dan makan masa nak elok!). Ubat batuk dah nak abis sebotol...leceh la nak tido...bila malam nak bagi anak susu pun leceh bila dok tahan batuk tak nak anak terjaga.


Minggu lepas Aqil demam. Suhu sekali naik sampai 39!merisaukan sangat-sangat bila suhu tinggi sangat ni pastu jenis yang on & off...tu yang bahaya tu. Lagi pulak Aqil ni jenis liat nak dibagi ubat!Tampal kool fever kat kepala pun die takmoh, lap badan pun takmoh...jenuhla buat cerita dongeng yang captain barbell pun pakai jugak sebab tu la die power!adehhhhh...!Bila dah tinggi sangat camtu aku memang tak bagi ubat makan lagi dah, sebab lambat kebah. Memang kat dalam peti ais sentiasa standby ubat rectal. sumbat terus kat punggung tu...dalam sejam dah boleh kebah dah. Die macam tu smpai 3 hari suhu turun naik tingginya...So, takkan nak diamkan lagi sebab dah pegi klinik. Hati pun tak sedap nak hantar jugak pegi umah opah takut jadi hal lain pulak. So pegi hantar Sara dengan Isyraq je ke umah opah, terus ke hospital bawak Aqil jumpe Dr. Hoe Tuck Sang. Ini pakar pediatrik anak-anak aku sejak lahir kat KPJ Selangor Specialist, bagus die ni. Aku suka sebab die bagitau detail pasal apa aje yang kita tanya...Diberi antibiotic yang kuat, dan ubat-ubat lain, Alhamdulillah Aqil beransur sembuh...sihat dah!

Tapi Aqil pass baton pada Qaisara...Malam tadi bila ambik die balik, die kata demam. Memang panas betul badan, terus bawak pegi klinik...naik ke 39 tingginya suhu dia!Sama jugak kaedahnya, blik je umah terus masuk ubat rectal tu la..lapkan badan, bagi antibiotik, suruh die minum air banyak...malam bila terjaga cek alhamdulillah elok.Lebih senang nak uruskan Sara sebab die dah besar dan dah faham kenapa kita buat macam tu kat die. Pagi ni dalam kereta die muntah, smpai umah opah cek suhu naik balik 38...pesan kat die makan ubat, minum air banyak..tak payah la pegi sekolah kalau dah macam ni.

Sejak dah ada anak ni, bila tiba musim demam ni termometer sangat la penting dan membantu sangat-sangat. Jadi  aku invest la beli satu termometer digital. Bila anak demam, walau kat rumah setiap satu jam dapat monitor suhu. Dapat la lebih berjaga-jaga. Sebab bila anak dah demam ni jangan buat main jangan sambil lewa, panas sangat nanti takut sampai tarik sawan pulak!Nauzubillah...mintak simpang!Jadi tak la asyik dok sumbat je ubat tapi tak tau pun suhu nya dah turun ke naik ke...ubat pun bukan boleh bagi terlebih sangat.Kalau suhu naik, boleh la berjaga-jaga buat apa yang patut. Bukan setakat budak, kita orang tua pun bila demam berulang dah 3 hari bawak la diri ke hospital..macam-macam penyakit skarang ni!







Ini la termometer digital yang aku beli. Bukan la yang canggih sangat cam doctor punya, tapi membantu sangat-sangat. Penggunaannya dwi cara...kat telinga boleh kat dahi pun boleh. Mudah digunakan dan portable, siap ada pourch die skali. Ini aku beli kat Guardian masa sale. Memang brand Guardian, gambar doraemon. Comel kecik camni pun RM100 lebih gak harga die. Takpe la, kluar duit lebih sikit...boleh pakai lama..untuk anak-anak jugak.. Sentiasa aku bawak kemana-mana, balik kampung..keluar umah pegi berjalan pun bawak jugak. Bila dah bagi ubat, cek setiap sejam tapi suhu tak turun, masa ni la senang nak decide nak bawak pegi hospital ke tak. Jadi kita lebih berjaga-jaga.


**p/s - dugaan lagi...en.hubby sms bagitau bangunan baru BNM terbakar. Kat kawasan basement parking dan kereta kami ada park kat situ.Belum tau apa statusnya, sebab bomba tak bagi masuk lagi.Haaishhh...satu lagi datang...mintak dijauhkan la...






Wednesday, July 20, 2011

~ Dialog bersama Mr.Boss

Aku semalam ambik EL, batuk teruk sangat sampai tak keluar suara..siap pulak tiap kali batuk muntah bagai. Tekak dah luka, sampai berdarah. Tu sebab aku trauma dengan jerebu, memang gerenti buat aku batuk punya la!Jadi semalam cukup 8 hari aku dalam 2 bulan lebih aku start keje kat sini AL + EL + MC...AL sehari, MC 2 hari dan EL pulak 5 hari...MC tu sebab aku dah memang sakit, EL sebab en.hubby sakit batu karang hari tu dan anak-anak tak sihat...

Mr. Boss (MB) call extension aku pagi ni..die suruh masuk bilik die. Ok...tak la terkejut ke takut ke..sebab aku dah tau nak cakap pasal apa dan aku dah well prepared sebenarnya. Sebelum ni pun dah kene panggil pasal mende sama jugak.Die tak berkenan dengan attendance, dalam masa yang singkat bekerja banyak rompong sana sini. Masa kali pertama die panggil die kata on operation site, aku lah problem die so die suruh improve...aku tak janji apa-apa, just kata I will try my best...Jadi ni la dialog aku dengan Mr. Boss tadi...

MB: Ok...morning, what happen to you yesterday?Last week got 1 EL also
Aku: Last week i'm bringing my son for medical check up at the hospital after 3 days high fever, so I don't think I will still let him take normal medications at home...and yesterday, I had a bad cough...lost my voice for a while, vomitting...
MB: Well, Iza...by looking to your attendance since day first you join, it's not impressive and for me it's unacceptable.And this will effect others in the operation site. All of us here got their own problems but until effecting others, it's not good. I guess you need to start to find new job for yourself, I  don't know...what do you think?
Masa ni aku sengih je...banyak la ko punya effect..dah 2 bulan lebih kes pun slow..kata client lain nak msuk tak jugak masuk..kes leh bilang ngan jari kot...dah abis satu pastu melopong menunggu, terlangak je hadap tenet ni..Aku pun risau kot klau bisnes takde camne nak bayar gaji nanti?Baru-baru ni boleh la..lama-lama besok?Tak ke haru tu?
Aku: Yes sir, true and I always aware about it. But when it comes to health problems especially the kids, that's beyond my control and I will never compromise with others. How I can tell my kids not to sick coz I need to go for work. And yes, to be honest I myself did think to leave. Not searching for new job coz the same like this will happen again but to start something on my own. I'm married with 3 kids, it's impossible to avoid this kind of situation, I can't make everybody to understand.
MB: Isn't your kids were taking care by your aunt?
Aku: Yes, true but I can't let her to take care of everything on her own even she's my own aunt and I pay her. When it come to serious case, I need to take care on my own coz she got other 2 of my kids to take care of. There's no peace of mind at work if you keep thinking about sick kid with babysitter. My kids deserve for a better medication and my aunt deserve to be treated same like others. No compromize...
MB: How old is your kids?
Aku: 5 years, 3 years and 5 months...
MB: Which of them that always sick?
Aku: The second one, my 3 years old son.
MB: I thought the baby always got the problem with health?
Aku: Thank you to Allah he's fine. His brother always have a health problem since born, so need lots of observation. 
MB: So you said you gonna start something on your own, want to share?
Aku: I have passion to cook and bake..It could be in that areas...Just need my lappy and internet line, and will freely start from home, so can take look my own kids, more flexible for me. End of the day it's not because of money, how much I earn will never enough when need to pay babysitter for 3 kids, other expenses with regards to the kids.
MB: Ya...good for you, maybe you can share about it...In future should we need to cater or cakes we can always order from you...paste it on facebook..you can always add me in..
Aku: No problem sir...Sir, frankly speaking I myself have think about this so many times. I'm so sorry if i dissapointed you, I have no intention. Thank you for the opportunity given, thank you for believe in me. I have been in career for almost 10 years, it's time to move. I myself don't want be a burden to you or troubled anybody here. I don't want to be in the position which when ever my kids sick, or me itself I bring them to clinic and I feel guilty coz I'm not at work and keep thinking what you will response on this. That is not good when talking about my own fresh blood health.
MB: Ok iza..you have said so...So how long you will need?
Aku: I hope I can furnish full calendar of this month...will let you know by end of month.
MB: Should be ok then, just drop me an e-mail...all the best to you...
Aku: Thank you so much sir.

Dan aku keluar dari bilik itu dengan lapang hati....aku gembira sebab aku tak benarkan die down kan aku. Aku gembira sebab aku yang dominasi perbualan tu..Ingat suka-suka ke aku nak cuti emergency ni...Ingat suka-suka ke nak mc?Memang tak la nak idup mati sebab company tu sampai sakit pun nak gigih jugak pegi tercongok kat sana. Budak-budak kalau sakit, demam sikit pun mane aku leh control...dah nak sakit. Takkan nak marah kat dieorang apasal sakit?gila ke ape camtu kan?! Aku perempuan, anak dah 3....kalau dah kata hantar kat orang jaga bukan la bagi tanggungjawab 100%...baik tak payah beranak kalau camtu...

Dalam opis ni kan, aku sorang je yang dah kawin ada anak..yang lain-lain semua single lagi termasuk la boss. Jadi macam mane aku nak expect orang akan faham?Boss aku ni die tak de nak risau mane, memang ni company die...bisnes tak jalan mak bapak ada sebab anak orang kaya. So die ada power of money, ada duit semua boleh jalan...tapi bukan semua boleh dibeli dengan duit...

Dah 2 bulan lebih kat sini dengan head count 7 orang sahaja termasuk aku..memang la tak hectic sangat pun...kekadang cam dok kat cyber cafe ngadap tenet...aku tak nampak kat mane effectnya ketiadaan aku kat sini sebab takde work load pun...cuti ngan mc semua kene potong gaji selagi tak confirm...so apa yang die rugi?patut aku la yang rasa rugi sebab gaji kene potong.Tapi kalau aku pegang kes pun, task pending pun bersebab bukan tergantung tak dibuat...

Jadi sahla bermula 1 Ogos nanti bersamaan jugak dengan 1 Ramadhan....aku jobless!!InsyaAllah rezeki ada kat mana-mana....







Friday, July 15, 2011

~ Memberitahu perkara yang sebenar




Naik lif lepas pegi tapau lunch....ada 3 amoi dan sorang Encik Muslim (EM) yang umur lingkungan 40++ mengikutkan rambut putih yang leh tahan banyak jgak kat kepala die yang tak berapa banyak rambut tu. Pakaian memang office attire yang lengkap dengan neck tie, kemeja, slack dan kasut kulit berkilat...Aku assume mereka sepejabat kerana melihatkan pergaulan mesranya...Begini bunyinya perbualan mereka...

Amoi 1: So today is friday is it?
Amoi 2: Ya...the muslim guy will go for prayer that's why the cafe is crowded...
Amoi 3: So at wat time u will go for praying Encik Mat?
EM: Will go, not the time yet...
Amoi 2: So when is the time?
EM: When the right time la...
Amoi 3: Ya la...means...when is the right time?
EM: When the time has come
Amoi 1: Haaa...like that ar?
Dan semua amoi-amoi tergelak-gelak terkekeh-kekeh tapi muka Encik Muslim tetap selamba je...

Ceeeiittt...apa punya sengal tu?Malu aku kat dalam lif tu tadi...dah la die lelaki, Islam, tapi jawapan cam ape ntah!Salah dan susah ke nak bagi tau benda yang betul?Die dah memberi gambaran yang tak elok pada yang bukan muslim. Amoi-amoi tu tanya meaning die orang nak tau, walau bukan Islam tak salah kita share kebaikan dan keindahan agama kita. Bagitau la benda yang betul..ni tak buat acuh tak acuh je..

Masa aku tgk jam masa keluar lif tu pun dah pukul 1 suku dah pun...dah boleh bergerak ke masjid dah pun...kat sini masjid bukan jauh pun...naik atas opis tu nak hadap ape?Nauzubillah...bukan la nak hisab orang punya salah, orang punya solat..tapi aku malu tak ingat bila amoi2 tu sakan gelak dan muka die selamba...muka aku pulak yg merah padam...nasib lif smpai kat level aku dulu...

Sebab tu la orang pandang serong dan mempermainkan agama kita. Sebab kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik.Kita kena tunjukkan bukan la kene bagi ceramah agama kat dieorang, dari cara hidup kita pun dah cukup....





Thursday, July 14, 2011

~ Dialog bersama Encik Teksi




Memandangkan masa dah suntuk, en.hubby tak dapat nak hantar terus ke office. Cuaca mendung, jalan pun cam biasa start slow dah. En.hubby nak melencong guna jalan lain, jadi supaya aku jugak tak lambat sampai, die bekalkan duit suruh naik teksi je...teksi dari point yang en.hubby berhentikan ke office kalau ikut meter RM5 je...Dipagi khamis yang mendung ni, aku berkongsi kisah mendung Encik Teksi (ET)...Pagi ni aku ada mood nak melayan, kekadang malas nak layan orang teksi berbual...hantar sudah la. Begini bermulanya...

Aku: Ke Kelana Square boleh bang?
ET: Boleh, tapi sebab dari KL tolong tunjukkan jalan ok?
Aku: Boleh, senang je jalan die.
ET: Keje ke kat sana?Ke nak balik umah?
'Die tanya sebab kat situ ada apartment, kondo, umah teres dan flat disekitarnya.'
Aku: Eh, nak pegi keje. Kelana Square tu bangunan office.
ET: Memang selalu naik teksi ke?
Aku: Tak, hari ni terpaksa ambik teksi sebab suami nak cepat, tak dapat nak hantar terus.
ET: Anak dah berapa?
Aku: 3 orang bang.
ET: Alhamdullilah...bahagia betul tu...
'Aku senyum je...die diam kejap pastu menyambung pulak....'
ET: Tapi tu bukan gambaran sebenar kadang-kadang pun...
'Mula suspicious...apa plak motif die ni...?'
ET: Macam saya ni, tak ada angin tak ada ribut isteri tiba-tiba mintak cerai. Orang tengok macam tak ada masalah, bahagia je nampak
'Pulak...die bukak citer drama...aku terus je mendengar seterusnya'
ET: Anak dah 4 orang, dah besar semuanya tapi die memang taknak saya lagi dah. Die yang nak buang saya. Die dah failkan kat mahkamah. Ntah la...sebab pegi balik keje dia saya hantar, anak skolah smua saya hantar...
Aku: Saya ni tak la pandai dan tau sangat bang pasal ni sebab ni. Tapi walau die dah bawak pegi mahkamah, kalau abang tak nak lepaskan, abang yakin berupaya dapat betulkan keadaan mahkamah tak akan bagi jugak.
ET: Tapi die dah nekad sangat, die kata tak boleh cara mahkamah die akan buat cara lain sampai dapat. Tak tau la apa masalah die. Tak tau la ada orang lain kat belakang die ke ape. Saya suruh anak sulung cuba cakap ngan die pun anak bagitau yang ibu memang taknak dengan saya lagi.
Aku: Dah berapa umur anak abang yang sulung?
ET: 20 tahun dah..jadi saya pun tak tau apa salah saya, bukan saya main pompuan, berjudi..bukan kami ni utang keliling pinggang...Alhamdulillah teratur smuanya walau saya keje bawak teksi je.
Aku: mmm...Tu la..bukang senang nak cakap pasal benda camni, kadang orang tak nampak ada masalah tu la yg ada masalah sebenarnya. Mungkin Allah ada petunjuk lain untuk abang sebab tu berlaku kejadian macam ni.
ET: Mungkin jugak, tapi saya tak tau. Die ni saya tengok ada sebab jugak kenape jadi macam ni...pegangan agama tak kuat, memandang kebendaan, mudah terpengaruh dengan orang. Faktor keluarga jugak, Sesama adik beradik tak bertegur sapa sampai kakak die meninggal. Bukan die tak tau pasal agama, die pegi belajar agama tapi die tak ikut pun apa die belajar...Saya rasa saya dah abis ikhtiar, dah puasa 2 bulan, dah buat macam-macam. Bukan die tak tau hukum kalau tak bercakap lebih dari 3 hari...ni sampai 3 bulan tak bercakap dah...die belajar agama tapi pakai SMS kat ustaz, kat internet...tak mintak izin saya pun. Bukan die tak tau yang senang untuk die masuk syurga kalau die ikut perintah Allah. Pegi umrah doakan supaya die bercerai dengan saya. Die dapat gaji 4 ribu sikit pun saya tak ambik, die dapat bersih smua. Satu la jugak, bila dah senang sikit mula la die lupa diri...
Aku: Bang, cerai ni perkara yang paling Allah benci tapi diharuskan supaya tak berlaku kemudaratan. Tapi kalau abang sendiri nampak situasi dah makin memudaratkan, sebagai lelaki maaf saya cakap dari jadi dayus abang pun tau apa nak buat. Lagi pulak, selama mana die dibawah tanggungjawab abang, apa salah die abang pun bertanggungjawab jugak nak menanggungya...Paling Allah benci sebab kita runtuhkan masjid die tapi diharuskan supaya tak memudaratkan dan tak ada tujuan yang jelas. Anak-anak pun dah besar, Alhamdulillah dieorang sendiri faham keadaan orang tua dieorang, jadi tak la sampai anak jadi mangsa keadaan sebab dieorang dah boleh nilai sendiri. Bab belajar agama, cara macam tu pada saya tak berapa elok stakat baca dan tanya dalam sms cara macam tu...mesti kita belajar secara yang betul baru la kita lebih faham bukan setakat baca tapi tak faham. Nak masuk syurga bukan hari ni buat terus confirm masuk syurga, selagi bernafas, selagi bersama, mesti terus amalkan...Wallahualam bang, saya cakap apa yang saya tahu dan pendapat peribadi saya je.
'Panjang lebarkan....'
ET: Betul la tu...mugkin ada petunjuk dan hikmah untuk saya.
Aku: InsyaAllah bang. Berenti belakang lori tu je bang, tak payah masuk dalam..Berapa bang?
ET: Ok...ye la...RM6 dik. terima kasih la dengar ye dik, pagi-pagi dengar masalah orang...
Aku: Tak ada apa la bang, kita berkongsi sesama Islam dan pelajaran jugak untuk saya...Assalamualaikum...
ET: Waalaikumussalam...

Haaaa...kan...panjang lebarkan?dah jadi RM6 tambang teksi tadi sebab layan jalan jem, tu yang jadi berjela sket. Wajah Encik Teksi ni memang nampak sugul...mendung kat wajah tu semendung cuaca kat luar...die mungkin dah lama sangat simpan kat dalam...mungkin jugak die tak ada teman nak berbicara, nak berkongsi masalah dan pendapat. Tapi tak la aku tau masalah sebenarnya, ni hanya rungutan dari pihak die tak tau lagi apa plak orang umah die kata kan...jadi aku mendengar secara umum je. Wallahualam benar atau tak.

Selalu aku dengar, tengok, baca hal macam ni kat surat khabar, drama tv, kat radio je...hari ni aku mendengar secara terus. Bukan la arif, tapi dengan pengetahuan yang tak seberapa dan pengalaman kawin tak selama mane pun lagi aku share apa yang aku tau je...pada aku tujuan die bercerita sebab nak dengar apa pendapat orang lain pulak... Pesanan pada diri aku pula...it's not the end of world...bukan aku je ada masalah, bukan aku je ada kesempitan dan berada di lorong yang gelap....bumi Allah ni penuh dengan agenda dan masih ada lagi yang lebih susah dari aku..walau sekelumit, hanya aku yang mampu untuk berusaha merubahnya dan bertawakkal pada Allah...Mungkin Allah temukan aku dengan die hari ni supaya aku tak rasa hanya aku yang malang, hanya aku yang ada masalah....ada hikmahnya...

Semoga apa pun takdir yang berlaku pada Encik Teksi tadi sekeluarga, semoga Allah permudahkan dan ditunjukkan jalan yang benar...Amin....









Monday, July 11, 2011

~ Penat




Ada banyak story nak update nak citer nak kongsi sesama ngan korang tapi kan, aku ni penat la yang amat...Full betul weekend aku...dah berdenyut kepala sebab tak cukup rehat, tak cukup tido...

Oleh kerana en.hubby tak larat tak daya nak drive balik malam tadi, kami buat keputusan bertolak dari Melaka pagi tadi lepas subuh...terus hantar anak terus pegi keje..nasib baik Melaka je!Tido dalam kereta...sakit badan wooo..

Jadi aku nak ambik my own sweet time...nak cuti sebenarnya nak merasa cuti yang betul-betul cuti tapi, nak apply cuti pun susah dah!Isu cuti aku ni dah dibesar-besarkan oleh bos aku...tak boleh blah betul!Nak tak nak paksa diri je la gi keje...

Kene boost balik energy ni...harap-harap alive la balik...







Friday, July 8, 2011

~ BERSIH punya hal la...



First of all, aku adalah pihak berkecuali ye...tidak memihak pada mana-mana haluan kiri atau kanan, ini pandangan aku yang tak seberapa sebagai anak jati yang memang sah taraf warganegara Malaysia...jadi ini adalah tulisan yang bebas ye...pandangan dari orang yang idokla pandai dan arif benor pasal politik ni...

Sejak dari awal minggu jalan jem lebih hangat dari biasa!Sebabnya roadblock ada dimana-mana saja. Walaupun demonstrasi jalanan yang kecoh diperkatakan dah dialihkan ke Stadium Negara, tapi keterujaan sesiapa yang berkenaan tetap membara ni. Baju kuning takleh pakai dah!Sampai en.hubby nak keluar keje malam terpikir-pikir nak capai baju, katanya kawan dah pesan jangan pakai kuning, nanti tak pasal-pasal dapat penyakit yang kita tak nak. Dah jadi bahan lawak tau pakai baju kuning ni. Cer citer camne plak ngan orang yang secara kebetulannya pakai uniform kaler kuning pegi keje?Sape yang dalam masa terdekat nak kawin, menikah pilih tema kaler kuning jangan la plak kene tahan, nanti takde la dapat tengok pengantin!Kalau sesetengah tu yang satu papan kain kaler kuning beli buat baju untuk sedara mara biar sedondon, orang kampung yang merewang, marhaban pun tak terkecuali..jangan buat pasai yob, sunyi sepi kenduri nanti weeehhhhh....!!hahahahhahaha...!!

Malas jugak nak tengok berita, baca suratkhabar...alih-alih cerita tu la jugak tak abis-abis, seru sini, gesa sana...aku salah seorang pengundi, cukup je umur 21 tahun aku pegi daftar kat pejabat pos UiTM kat menara tu...memang kita kena la tau tanggungjawab sebagai warganegara, salah satunya mengundi masa pilihanraya umum ataupun kecil ke...jadi undi adalah rahsia, aku pangkah dacing ke, bulan purnama hijau ke, roket ke tak payah la tau...tapi aku suka time hari mengundi, sebabnya selain nak pangkah kertas undi, jugak sebab hari ni la masa kita beratur tu, masa cek nama tu kita jumpe kawan-kawan skolah dan jiran-jiran yang dah pindah ke kat situ!Cam reunion jadiknya!kihkihkihkih... :P

Apa yang BERSIH perjuangkan, die nak supaya undi pilihanraya yang bersih dari segala apa yang tak sepatutnya, maksudnya kene telus dan adil habisla (harap aku betu la menafsirkannya...kalau salah la kome rasa, pakcik google rajin nak tolong!)...ada la lagi tapi tak kuasa la nak dikupaskan satu-satu kat sini kan. Tapi kan, pada pandangan aku la kan, yang bukan la pandai dan arif sangat pasal politik ni...kat celah bedah mane yang politik ni bersih?Konspirasi mesti ada, dan memang ada!Taktik ngan janji manis toksah cakap la kan, Wallahualam la kalau ada yang ditunaikan atau yang tidak, kalau ada ditunaikan bagusla kalau takde ingat la apa hukum mungkir janji.......Cakap je la apa-apa pun yang boleh jual.Tiap-tiap pihak ada propaganda masing-masing, memang macam tu la kempen dan pilihanraya kat memane pun aku rasa, sebab tu la poster merata, siap ada slogan lagi tu. Kalau takde, macam sepah yang tak manisnya kurma ini...kekekekekkek...!!!Pemimpin yang tak baik, tak amanah, tak jujur waima suami yang memimpin keluarga, akan disoal kat akhirat nanti, so sndiri mau ingat la! 8)

Bila sampai jalan sana-sini nak kena tutup, jem Nauzubillah teruk...kan ke leceh..menyusahkan wooo...memang la hari-hari pun jem, kalau tak apa plak orang kat radio yang melaporkan trafik nak laporkan...Time raya pun memang dah tau sangat jemnya...tapi tu raya meh...memang satu Malaya kasi sambut apa, cam kita ni sebulan beraya walaupun tak cukup puasa, pegi open house pun smpai menyebabkan jem!kekekekeke.... :P

Ni sampai ada la yang ambik half day ni, nak balik awal sebab takmoh tersangkut sana sini, sebabnya banyak betul jalan yang nak ditutup...dengarnya sampai ari Ahad plak tu..Memang la untuk keselamatan orang awam jugak dikeluarkan amaran berjaga-jaga ni tapi, sampai orang tak leh kuar umah ni apa kes...kata negara bebas aman damai...kan ke nyusahkan tu?...Ayah aku nak balik Taiping minggu ni tapi aku cakap dok je kat umah minggu ni, bejalan la dekat-dekat je stakat pegi kedai kat depan tu pun jadi la...kang apa-apa hal nanti kan ke susah..sebab ayah aku ni kekadang, rajin la die panjat tangga bas ke KL tu..ada je la urusan die...nanti aku belikan la tiket keretapi utk perjalanan hari Selasa, harap dah pulih la semuanya..Kan ke leceh tu, sampai nak keluar umah pun susah ni. Sape-sape yang dah plan nak pegi shopping raya kat Jalan TAR, kat SOGO nak perabih duit bersempena Mega Sale ni, simpan je la niat dan duit tu...kain-kain, tudung-tudung, bunga-bunga, karpet-karpet tu akan tetap setia menunggu kalian semua...!hahahahhahaha... :D

Aku tengok dah macam anak-anak aku bergaduh; umpamakan je la pihak kanan dan kiri tu anak-anak...bergaduh la, menyakat la sana sini tak abis smpai salah sorang protes la, meraung melalak la...bila mak ayah dah masuk campur nak redakan keadaan (umpakan la ini Agong kita ye..)...takmo gak dengar cakap...ego jugak memasing takmo kalah!hehehehehe...Semoga apa yang diperjuangkan besok tak smpai jadi titik hitam...aku belum lahir masa 13 Mei berlaku, hanya dengar dari mulut ayah dan arwah mak je yang mana ayah kene tahan kat lokap pudu sehari sebab merayau-rayau katanya, tahun 1969, mane nak ada internet ke ape ke..mane la tau darurat bagai..mode media masa tu belum up lagi cam sekarang, sebab die baru balik keje kilang abis shift malam masa tu...Usan ditambah bara yang tersimpan...cewwwaaaahhhh...!!

Jadi kan, terpulang pada perspektif dan penerimaan masing-masing untuk menilai mana yang terbaik sebenarnya. Mungkin kata pihak kanan bagus, pihak kiri pun ada gak yang bagus. Pihak kiri tak betul, ada gak pihak kanan yang tak betul...jadi jangan nganga je mulut, telan je apa yang disuap. Apa yang kita perjuangkan hari ini adalah untuk warisan kita jugak nanti....bukan sape pun, anak-anak kita sendiri jugak. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...



p/s**nak demo ke nak ape ke kat memane pun lantak kome le, tapi jangan smapai kome nyusahkan pulak pihak yang berkenaan nak mem'BERSIH'kan sampah sarap yang bertaburan tu!...sape pulak nak perjuangkan hak deme nanti walaupun itu dah memang jobscope deme? :)

***harap jugak aku dapat balik cepat ari ni!

Thursday, July 7, 2011

~ Terima kasih Tanter Jamu & Tanter Kids

Balik keje semalam, teruja bila nampak bungkusan kat atas meja. Dengan rakus sekali aku mengoyakkan pembalut yang di'sealed' dengan sangat teliti oleh pengirimnya. Tak dan nak tukar baju ke ape dah, tudung pun main selempang je atas bahu. Bila dah dibuka, memang lebar la aku punya senyum..tak tau la pada orang lain kan, tapi ini reaksi aku yang sangat teruja tiap kali terima bungkusan online shopping aku. Rasa puas.

Didalamnya, sememangnya apa yang aku dah order dari awal, dan memang tepat apa yang aku dah order tu. Satu untuk diri aku sendiri iaitu Krim Anti Gugur Rambut. Aku memang ada masalah rambut gugur sejak bersalin Aqil. Makin menjadi serius sejak bersalin Isyraq. Dah lama aku tak sikat rambut, sebab kalau sikat lagi banyak yang luruh! Setakat lurut ngan jari ngan tangan pun dah segenggam, nasib la rambut aku jenis tebal kasar, so takde la nampak sampai botak dan nipis sangat. Harapnya krim ni akan membantu. Siap ada point card lagi tu tau!Kreatif sugguh tu...

Satu lagi untuk si debab Isyraq. Romper kuning Nike jersi Malaysia. Aku memang sangat suka pakaikan baby romper, senang, cepat. Lagi satu comel...Jadi kalau papa nak pegi tengok bola lagi, Isyraq sudah ada satu jersi untuk die :)





Selain nak menambah koleksi baju anak, dan untuk mengubat diri aku sendiri ni, secara tak langsung membantu kawan yang gigih berniaga walau tengah nak menunggu hari je lagi nak melahirkan anak sulung. Ni la die semangat seorang isteri dan ibu nak tambah pendapatan, nak naikkan taraf hidup dan membantu suami menanggung keluarga. Aku harap aku pun akan ikut jejak langkah die, buat sesuatu yang extra miles untuk keluarga.

Terima kasih bangat ya buat Tanter Jamu dan Tanter Kids .






Wednesday, July 6, 2011

~ Mood?ke laut....



Ntah apa la nak update hari ni...

Mood ke laut...

Nak citer pasal gi pesta buku selangor ari tu tak leh transfer gambo sbb ntah kemana tercampak, kat celah bedah mane la menyoroknya card reader...

Tahap gaban boring hari-hari makan lunch sorang-sorang...

Tahap gaban gak boring dok jadi orang pasif kat sini diam je...

Tahap gaban dok hadap je mende yang dah tak ada minat nak dibuat...

Tahap gaban dok pikir apa nak buat seterusnya...

Tahap gaban dok berkira-kira bila nak mulakan bila dah ada peluang...

Tahap gaban dengar orang bercakap dalam bahasa yang aku tak paham...





** pic...mr.google - chalkboardmanifesto.com






Tuesday, July 5, 2011

~ Melatih anak berpuasa

Puasa dah tak lama je lagi. Cepat masa berlalu, dan dah tiba la masanya nak ajar Qaisara berpuasa. Sebab skarang ni ntah kenape die dah mula sebok cakap pasal raya, dari kawan-kawan mungkin. Tanya bila nak raya la, kenape kita belum beli kasut raya la, baju raya kita Cik Yah tu dah buat ke...?!...haaaaa...kan leceh jugak nak explain tu..sebab dalam kepala die tak tau apa-apa pasal puasa, straight away terus ingat raya je. Masa die 4 tahun, aku tak start nak train sebab tu first year die pegi skolah dan consider jugak la keadaan die yang menangis 3 bulan pertama pegi skolah, dengan nak adapt keadaan ditinggalkan ke sekolah sebab die ambik masa yang agak lama sepanjang setahun tu untuk biasakan diri. Jadi taknak la nak tambah lagi satu tanggungjawab yang die belum boleh nak faham kenape tak boleh makan minum.

Since dah umur 5 tahun ni, dah tau Rukun Islam, Rukun Iman, dah boleh menghafal banyak surah dan doa..memang molek sangat la nak start ajar puasa. Jadi aku cakap kat die, kalau nak raya mesti kena puasa dulu, tak boleh makan, minum...sebab ada banyak orang susah yang tak makan, tak minum, jadi ni sebagai tanda kita bersyukur pada Allah...suruh die baca rukun Islam yang nombor 3 apa, pandai die jawab puasa. Sokongan pada anak kene la tinggi, supaya die bersemangat dan faham makna puasa yang sebenar. Jadinya, kita ibu bapa ni la kena jadi contoh yang terbaik. Dan, aku sangat tak bersetuju dengan konsep upah duit  atau apa saja kalau anak puasa....!Nanti anak buat sebab nak duit, sebab nak upah bukan sebab wajib kita sebagai Islam tunaikan rukun Islam ketiga. Nanti anak tak faham konsep sebenar puasa.

Jadi, nak kongsi la bersama tips nak cetuskan semangat berpuasa dalam diri anak dari majalah Nona bulan Julai 2011 tulisan Ermi Shuzila Washida Mohammad.

  1. Latih si kecil memakai pakaian yang sopan dan bercirikan Islam ketika bulan puasa
  2. Untuk anak yang masih kecil, biarkan die makan bersama ketika berbuka puasa
  3. Melarang atau mengingatkan kepada si kecil agar menjaga pertuturan dengan tidak bercakap kotor atau kasar. Bukan saja di bulan puasa bahkan di luar bulan Ramadhan
  4. Bangunkan si kecil untuk bersahur, jika boleh biarkan die makan sahur bersama. Ini akan beri semangat dan kedewasaan dalam diri si kecil ~ harap aku pun akan bangun dan makan sebab aku jarang bangun makan, teguk air je...kekadang tak bangun pun.
  5. Latih si kecil unutk beramal. Contohnya, memberi sedekah atau makanan kepada anak-anak yatim. Beritahu si kecil erti pahala jika banyak berbuat kebaikan.
  6. Jangan terlalu menjanjikan ganjaran atau hadiah tertentu kepada si kecil kerana jika anda tidak menunaikannya dikhuatiri dia tidak akan lagi bersungguh-sungguh menjakankan ibadah puasa ~ janjikan die nak raya ke tak ngan baju raya sudah, kalau tak pun memang dah nak beli la jugak kan baju raya segala dan memang nak raya dah pun kan...
  7. Izinkan si kecil pergi ke masjid dengan kakak atau ayahnya untuk solat dan berbuka puasa bersama komuniti Islam yang lebih besar ~ moga kekangan waktu tidak meruncing agar dapat beri peluang pada Sara ke masjid bersama..
  8. Ajak dan ajar si kecil untuk memahami maksud ayat-ayat suci Al-Quran.
  9. Sesuaikan puasa dengan usia si kecil. Jika dia masih dibawah usia 7 tahun, anda boleh melatihnya untuk berpuasa selama setengah hari sahaja. Latih secara bertahap dan tanpa paksaan. Jila si kecil berjaya melakukannya dengan baik, berikan pujian padanya di hadapan ahli keluarga sehingga die berasa gembira dan terus bersemangat untuk melakukannya dengan lebih baik lagi.
  10. Jika si kecil berusia 4 tahun, dia boleh dilatih untuk berpuasa sehingga pukul 8 pagi.
  11. Jika si kecil berusia 5 tahun, kekerapannya untuk berpuasa boleh ditingkatkan sedikit. Mungkin sehingga pukul 10 pagi.
  12. Jika si kecil sudah berusia 6 tahun, dia boleh berpuasa sehingga azan Zohor. Tingkatkan amalan berpuasa mengikut kemampuannya seiring dengan pertambahan usia. Mudah-mudahan akhirnya si anak dapat berpuasa dengan sepenuhnya setelah mencapai usia yang diwajibkan untuk berpuasa iaitu akil baligh.
Jadi sedikit sebanyak dapat beri peringatan dan pengajaran pada diri aku jugak...bukan pada Ramadhan sahaja tapi dipraktikkan juga pada bulan-bulan yang berikutnya.



Monday, July 4, 2011

~ Johor

Sekarang ni blog aku yang kecik molek je lagi ni dah ada 5 follower. Terima kasih daun keladi la smua ye.... Dan secara kebetulan kan, semua orang Johor! kecuali sorang cam aku dari Selangor...

Noreen - kat Pasir Gudang
Udet - kat Batu Pahat
Nora - kat Muar
Noey - Segamat

Haaaa..kannn..ada 4 tempat tu...aku cam baru terperasan masa dok blogwalking... :D

En.hubby aku pun kan, tak ngaku die orang Melaka tau. Teruk kan?heheheh.....Katanya, die lahir je kat Melaka, jiwa raga Johor. Sebabnya, die membesar dekat Pasir Gudang lebih dari 2 dekad. Lagu negeri Johor pun die ingat lagi...Sokong Johor FC!...heheheeh... Melaka ni bila ayah mertua aku dah tak keje kat sana lagi tu yang balik buat rumah dan menetap terus kat sini. Originally kedua-dua mertua aku orang Melaka. Tu sebab masa berkawan lagi dengan die, mane ada pegi mane sangat kat Melaka tu, sebab die bukan tau jalan sangat. Makan kat mane sedap pun smpai skarang tak tau la kat mana, makan kat umah je selalu bila balik sesekali. Orang tanya kat mane nak makan asam pedas sedap, jangan harap la kite orang nak tau walau aku pun sama dah bertahun ulang alik sana sebulan sekali kekadang 2 ke 3 kali sebulan!Jalan-2 kat sana pun tak abis lagi tau!hehehhe...Dulu suka sakat die, yang die anak Melaka sejati sebab pangkal nama dah TUAH!heheheheh....




Jadi kan, antara semua tempat-2 follower aku ni kan, Pasir Gudang of course la dah berkali-2 jegak pegi...tapi lama dah tu...Jenuh la dok dengar story mory en.hubby!Kat longkang mane die memancing, kat celah mane die melepak ponteng skolah, kat mane la berdating ngan awek lama, kat mane bustop tunggu bas nak pegi keje, skolah tadika,rendah ngan menengah kat mana, kedai la...tingkap mane die melompat keluar nak lari dari mak sebab tak bagi pegi keluar yang mana satu...lobang lopak kat belah mane pun die ingat!serba serbi la!Muka memang teruja bercahaya la yang amat bila bercerita tu!heheheh...

Batu Pahat..belum ada peluang dan kesempatan nak pegi...InsyaAllah, satu hari nanti teringin jugak nak pegi bejalan tengok tempat orang. Muar, dah banyak kali pegi...pegi makan Murtabak Singapore!..sedap!...dan jugak jalan-jalan kat bandar die, tak jauh pun dari umah Mak Mertua aku, tak smpai sejam dah smpai rasanya. Ni nak pegi lagi ari Ahad nanti kenduri kawin si Nora ni! Segamat pun dah banyak kali sebab pegi perabih duit beli kain kat Tangkak!hehehehe...Dan jugak pegi last skali masa si cik noey kawin...

Banyak jugak kat belah Johor tu yang dah pegi...dan tentu la banyak lagi yang blom pegi...See...dalam Malaysia pun lom abis jalan ni!!!



**p/s : mekasih mr.google utk gambo itu..



~ Apa mau cerita?



Rasanyakan, bila hari minggu aku memang secara automatik cuti blogging la...tak teringat nak update pun. Bila dah cuti ari minggu yang beza adalah tak pegi opis je, keje umah tetap jalan...senang citer keje 24/7 cam 7 Eleven!

Ari Sabtu en.hubby keje pagi smpai ke petang...malam penat, tak kemana..dok umah je la...ari Ahad pagi pegi 'raksasa hijau' membeli segala stok susu askar-askar kenit ka umah opah.Tengahari la baru keluar jumpe kawan en.hubby untuk sesuatu yang aku nak mulakan amatla secepat yang mungkin, dan seterusnya bawak anak-anak pegi SACC untuk last day Pesta Buku Selangor. Nak update pasal pegi pesta buku, pen drive tak bawak nak share gambo-gambo...nanti la besok je la ek..

Apa pun selamat hari Isnin, pada yang monday blues...cepat-cepatla tukar kaler lain...heheheh

Friday, July 1, 2011

~ Akulah Superhero!



Budak-budak memang la cepat terpengaruh dengan kartun. Kalau yang pompuan dengan barbie la, dora la...yang lelaki dah tentu la segala superhero!

Balik keje semalam, aku balik sendiri sebab en.hubby lambat abis keje die...dalam pada penat, smpai je depan pintu umah makcik aku, bila dibukak je pintu dah sakan aku bantai gelak tengok budak bertuah Aqil ni pakai seluar double!!!



Adoiiii....!!!!nasib pilih seluar pendek tu kaler biru jgak, klau kaler lain lagi la kelakar! Siap dengan action nya skali! Opah memang tak terkata, sukati la Aqil, asal tak melalak menangis...tu satu umah la die berlari ngan beg kat belakang....

Mama: Kenape abang pakai seluar pendek pulak kat luar tu?
Aqil: Ye la..abang kan power, abang kan captain barbel, ultraman, spiderman...
Mama: Mana boleh ikut macam tu, buat kotor seluar banyak-banyak..kesian opah nak basuh
Aqil: Ala..abang bukan main kat luar, dalam rumah je...
Mama: Abang ni power ke?
Aqil: Mestila...abang power...
Mama: Kalau power, mesti kena dengar cakap, jangan asyik nangis
Aqil: Ye la...yela...abang dengar, abang tak nangis
Mama: Tapi kenape bila mama ngan papa cakap abang tak nak dengar, abang suka nangis?
Aqil: Ye la...abang kan kecik lagi...
Mama: Kalau macam tu tak la power!
Aqil: Alaaaaaa.....abang power la! Mama ni....! (ni dah start nak marah, dah nak berguling-guling dah!)
Mama: Ye la...ye la...power la sangat...kena dengar cakap tau...
Aqil: Ye laaaaa....!




~ Sangat SWEET...



Selamat ke bulan yang baru..1 Julai dah hari ni, dah masuk fasa kedua tahun 2011. Kejap je masa berlalu kan...

Hari ni, sebuah masjid akan terbina...Tomok kahwin ari ni la..ape yang buat aku ingat sangat la kat Tomok menikah ari ni? Layan klip kat bawah ni...Sangat SWEET.....!


Umur bukan penghalang, yang penting kepercayaan, keyakinan, persefahaman untuk bersama dalam rumahtangga...bukan senang kehidupan selepas perkahwinan, tak kuat memang tak akan pegi jauh...Dan aku pulak sebenarnya teruja denga transformasi si Tomok ni..dulu masa baru keluar nyanyi dengan suara sengau meleret-leretnya,hadoiiiiihhhhh....!Punya la top die masa tu sampai masa pegi shopping complex ada die buat persembahan, sampai pengsan, sampai histeria bebudak pompuan terjerit-jerit kan si Tomok ni... Bila die masuk OIAM, baru nampak sisi lain dari diri die sebagai penyanyi...dan aku memang puas ati la die menang...ilang segala sengau dan meleret-leret tu...Lagu die yang aku suka ialah kat bawah ni..Lirik lagu die best....


Jadi selamat pengantin baru pada Tomok dan pasangannya Ayu...Semoga keakhir hayat cinta terus mekar...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...