CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 26, 2011

~ Mak datang...




Ini tahun ketiga Aidilfitri tanpa arwah Mak. Sejak die dah tak ada makin tak beraya dah rasanya. Rasa kosong je. Dulu tak pernah tahu apa rasanya sayu bila dengar takbir raya, tapi sejak die dah tak ada rasa luluh, sayu hati mendengarnya...Tengok juadah raya, terkenang die.

Bila Ramadhan datang, segala setan iblis dirantai. Dan dibangunkan roh. Die akan 'pulang' menjengah keluarga...

Dah 3 tahun aku tak pernah mimpikan arwah mak walau aku nak sangat mimpikan die. Tapi seminggu yang lepas, masa tengah mengemas dapur lepas berbuka tiba-tiba ada satu bau yang wangi amat. Tak tergambar macam mana punya wanginya. Ingat anak-anak main bedak kat bilik atuknya sebab pintu dapur mengadap pintu bilik ayah...aku pegi masuk bilik tanya siapa yang main bedak ni tapi anak-anak sebenarnya tengah leka main mainan masing-masing. Aku terkedu....

Bila ke dapur balik sambung mengemas, bau wangi tu masih ada. Dekat 5 minit jugak la.....Mengalir air mata aku sorang-sorang kat dapur...Masa nak tidur, aku bagi tau dekat en.hubby...

Aku: Ingat budak-budak main bedak kat bilik ayah...
En.hubby: Oooo..yang tadi tu?Apasal tiba-tiba?
Aku: Masa dok mengemas dapur tadi..tiba-tiba ada bau wangi...wangi sangat-sangat..tak pernah bau wangi yang macam tu...tak tau nak gambarkan macam mana..dekat 5 minit la jugak...
En.hubby: Mmmm....takde ape pun kat belakang tu..
Aku: Ni kan bulan puasa, Mak balik datang jenguk kita semua kot....
En.hubby: Mungkin la jugak tu...Jangan sedih-sedih la, Alhamdulillah ma berpeluang dapat rasa kehadiran die...sedekah Al-Fatihah kat mak...

Sepanjang malam hati bercampur baur, sedih, seronok...Tinggal berapa hari je lagi...Die akan 'pulang' semula...





 

Thursday, August 25, 2011

~ Persiapan Aidilfitriku...



Hari ni 25 Ramadhan...Apa yang dah siap untuk Aidilfitriku ni?

Baju Raya - Yang ditempah untuk sekeluarga di pagi raya dah siap ambik dari tailor. Baju berjalan untuk anak-anak baru semalam pegi beli, tu pun tak abis lagi tu sebab takde size la, tak berkenan la..dah kata last minute kan memang la macam tu kan.Hari ni atau besok sambung la. Kasut anak-anak pun belum lagi. Untuk kami berdua takde la, apa yang ada pun dah cukup. Baju berjalan yang lama je, kasut pegi keje elok lagi. Cuma nak beli la tudung sehelai untuk aku dengan Sara nak padankan dengan baju pagi raya tu je la. Songkok, Sampin en.hubby dan Aqil elok lagi.

Kuih Raya - Dah siap 3 jenis. Buat pertama kalinya buat sendiri tahun demi nak berjimat, berkongsi dengan MIL. Sedap jugak...Nanti nak buat sendiri kuih goyang plak. Beli kacang dengan kerepek 2 atau 3 jenis...cukup dah la tu.

Langsir - Pakai tahun lepas punya je...

Duit Raya - Ikut kemampuan je...en.hubby punya keje tiap-tiap tahun.

Semua biasa-biasa dan bersederhana. Ala kadar je...Yang penting anak-anak tak kurang apa-apa pun. Cuma nanti nak alih letak duduk perabot kat hall...cari bunga murah-murah ganti bunga yang dah 2 tahun tak berganti...baru la nampak ada perubahan sket...

Apa yang korang dah siap?


p/s: nak posting gambar2 kuih raya yang dah dibuat tu..tapi menyampah sejak card reader hilang ni...satu gambar pun tak terupload....






~ Ada juga yang nak digembirakan di akhir Ramadhan ni...




Alhamdulillah...hari ni dah nak di ujung Ramadhan ni, ada jugak la motif untuk aku happy kejap. Setelah berhempas pulas hadap notes, text book dan previous exam questions juga pegi kelas...berjaya LULUS exam tu pukul 1 tadi....Dibagi 2 jam untuk 60 soalan tapi satu jam sdah siap!Proud of myself.. :P

Exam apa la yang aku ambik ni ye..?Nak menambah pendapatan, jadi sebelum certified jadi Unit Trust Consultant, mesti sit for exam yang dipanggil CUTE (Computerized Unit Trust Examination) by FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia). Dan jugak pegi kelas yang dah disediakan, ada la segala nota, previous exam questions, text book...Haaa...memang terbeliak la bijik mata tengok figures!Ada la plak Matematik dengan segala formulanya!Kalau setakat fact suruh hafal memang la tak kisah sangat tapi otak dah berkarat nak polish balik skill matematik dengan segala formula tu!Haissshhh...Terkial-kial la nak belajar balik tekan calculator...

Jadi setelah dekat 2 minggu lebih bergelumang dengan nota dan nombor, pukul 12 tadi lah masanya nak mengukur sejauh mana la aku dah digest apa yang aku dah hadap tu....pukul 3 pagi baru tido wooo...ati gundah gulana, segala nervous segala perasaan gelabah keluar!Buat exam masa kat U dulu pun tak rasa camni...sementara menunggu kat luar tu layan sms la dengan en.hubby...

En.hubby: dah sampai?
Aku: Dah...awal 45 minit...gelabah siot!
En.hubby: InsyaAllah boleh buat tu...selawat banyak-banyak tau..
Aku: Ye la...tapi masa nak exam Insuran ngan masa kat U dulu pun tak rasa teruk cmni kot...
En.hubby: Pa tau ma boleh buat. Ma mmg boleh buat...Bayangkan Sara, Aqil dgn Isyraq cukup la...
Masa ni mata dah bergenang...
Aku: Ye...kita mampu ubah masa depan die org...

Masuk je exam hall tu, ade pulak tabble sitting arrangement aku kat nun depannnnn skali!Sorang-sorang plak tu..yang lain semua kat belakang...lagi gelabah la rasa aku!Tapi niat yang baik pasti Allah permudahkan...Selawat, Al-Fatihah, Doa Terang Hati...semua tu baca...

Untuk 60 soalan, diberi masa 2 jam untuk abiskan. Alhamdulillah...mudah menjawab semua tu..1 jam je..Pukul 1 dah click finish dan dengan penuh debaran click ok untuk straight away tengok result lulus ke tak!Part ni la yang berdebar-debar ni!Dan keputusannya.....PASS!!

Hahahahaha...baru la lebar senyum...baru la rasa memang CUTE!hehehehehe...Jadi, terusla beri sms perkhabaran pada en.hubby dan leader.

En.hubby: Pa memang tau ma boleh buat. :)

Jadi bila dah pass dah boleh start cari client. Kene plak polish skill sales & marketing lpas ni. Moga dimurahkan rezeki...rezeki untuk anak-anak...







Saturday, August 20, 2011

~ Kuih Raya




Haaaaa..pukul 1 pagi layan nak update blog yang dah lama terbiar ni...kesian dia...

Tinggal tak berapa hari je lagi nak raya...kejap je masa berlalu kan...dan buat pertama kalinya aku membuat satu misi yang tak pernah aku buat selama ni...ape tu?Buat kuih raya!Dulu masa arwah mak ada dok tolong-tolong je...bila arwah pun dah tak kuasa nak menguli tepung, semua main tunjuk dan bayar je. Kuih raya yang aku beli semua dari orang yang dah biasa buat kuih raya untuk jualan. Dah lebih 5 tahun kuih raya aku akan tempah pada akak ofis lama kat Subang Jaya dulu...confirm sedap tak payah nak rasa dulu. Harga pun berpatutan sangat. Aku order last minute pun confirm ada, sebab dah jadi regular customer.

Tapi tahun, memandangkan kami ala kadar je raya kali ni dan nak berjimat; aku berkeputusan untuk buat sendiri kuih raya. Buat yang simple-simple dan bahan-bahan yang senang carik je...Dari awal puasa aku dah start google resepi yang simple dan sure bebudak suka. Apa yang penting anak-anak suka. Buat 3 jenis je...pastu beli kerepek dalam 3 jenis jugak...dah la tu kan..bukan orang nak makan sangat kuih raya ni kekadang.

Jadi first thing first pagi nanti...beli barang-barang dan terus cergas buat semua smpai abis..kalau berenti-berenti nanti dah malas nak abiskan...
Siap nanti aku update la ye share apa yang dah siap...

p/s...banyak sungguh yang nak diupdate kat cik blog saya ni tapi tak berkesempatan...!




Friday, August 12, 2011

~ Kelas tahanan, buli...




Aku bukan la budak baik sangat masa sekolah. Tapi bukan la nakal jahat yang teruk-teruk tu. Bukan jenis ikut peraturan, sangat anti pada pengawas. Tapi bila time belajar tetap belajar. Ada aktiviti mesti tak miss nak ikut, sangat suka berpersatuan.

Tak ingat aku masa tingkatan berapa aku kene kelas tahanan. Bukan aku sorang, tapi kawan-kawan sendiri dan dari kelas lain pun ada kene jugak.Sebab?Sebab ponteng kelas akaun dan pergi buat preparation untuk decorate khemah rumah sukan tanpa kebenaran.Tu dah memang salah dan kene kelas tahanan more tu nak cover balik apa yang kiteorang dah miss masa kelas tu.Untuk kebaikan, apa ada hal kan...umur pun masa tu dah belasan tahun, so dah tau mane nak bezakan baik buruk dan memang salah sendiri pun.

Buli pulak masa zaman aku sekolah dulu tak la serius teruk cam zaman bebudak sekarang. Bebudak sekarang serba serbi terlebih advance segala. Buli pun tahap yang lemau-lemau je la..takde la sampai patah riuk lebam berdarah ke..Tapi memang minimal sangat zaman tu kita dengar pasal kes buli-buli ni. Paling tak pun kalau yang sekolah asrama ngan yang kat universiti. Tapi zaman skarang, budak skolah rendah pun dah pandai kot!


Biodata Saya
Nama: Elya Qaisara binti Tuah Khairil
D.O.B: 18 November 2006
Umur: 5 tahun
Sekolah: PASTI Aiman

Jadi, apa kene mengene topik entry aku ni dengan Elya Qaisara yang berumur 5 tahun ini?In fact lom cukup 5 tahun pun.Sebab ini la yang terjadi pada anak dara aku yang sorang je ni!!

Tujuan kami suami isteri sepakat tukar kan sekolah Sara ke PASTI sebab nak Sara dapat pendedahan agama yang lebih banyak. Bukan kami nak lepas tangan biar sekolah yang ajar semua tapi supaya Sara tak kurang apa-apa pun bab agama. Yes kami ajar, tapi kekangan waktu yang sangat sempit tak berpeluang kami nak tumpukan sepenuhnya tapi Sara tetap kami pantau dan sentiasa kami ikut perkembangan pmbelajarannya. Dan satu lagi sebabnya ialah kami kecut perut nak biarkan anak dara kami yang kecik molek ni naik bas atau van sekolah dari sekolah lama. Tak senang hati memikirkan selamat ke dia smpai umah opah dan segala macam la!Jadi PASTI paling dekat dengan umah opah, bawah flat je.

Hari Selasa 9hb sewaktu bersiap-siap tolong opah nak menyediakan juadah berbuka (tak sempat nak balik rumah berbuka dengan jalan jem, kang tercekik plak dalam keta nak makan!) opah bagi tau yang Sara kene tahan cikgu tak bagi balik hari ni.....!!??

Opah: Sara hari ni cikgu die tahan tak bagi balik.
Aku: Haaaa...kenape?
En.hubby dah mula berkerut muka die...
En.hubby:  Kenape Sara?
Sara menikus takut...
Aku: Kenape Cik?
Opah: Acik terlambat sikit turun, dengan tunggu liftnya lagi. Dalam 2 ke 3 minit je pun. Tapi selalunya kalau lambat die akan ikut mak adah (jiran opah seberang pintu yang sebaya dengan Sara jugak.Aku ada pesan jugak kat akak ni tolong tengokkan dan bawak balik sekali kalau opah lambat sikit. Yela ada 2 orang lagi anak aku die tengah jaga kan). Masa selisih ngan mak adah tu, tanya die mane Sara tapi die cakap Sara kene tahan, cikgu tak bagi balik. Bila tanya kenape, die kata sebab Sara tak pandai buat keje sekolah. Acik cepat-cepat turun.Memang selipar die dok ada lagi kat rak kasut. Masuk dalam die nampak je acik terus die terkam pastu menangis meraung teresak-esak.
Aku: Allahuakbar!
Opah: Acik nampak rotan ada kat sebelah cikgu, Sara sorang je budak lain dah balik semua. Ada pun budak-budak yang dok terloncat-loncat lagi kat luar je. Sebelum masuk kelas tu pun dah dengar cikgu tu sergah Sara, paksa Sara. Acik tanya kenapa cikgu tahan cucu makcik?
Cikgu: Die menulis nombor tak pandai. Tulis nombor 3, nombor 5 dengan 9 terbalik. (bayangkan la sendiri ye cmne nombor-nombor ni ditulis terbalik ye...)
Opah: Tak payah cikgu nak tahan-tahan die. Makcik memang tau die ada masalah tulis nombor-nombor tu terbalik. Makcik kat rumah pun selalu ajar die. Mama dengan Papa die pun tau kelemahan die. Die memang lemah tapi bukan die tak kenal nombor. Kalau salah cikgu pangkah je jangan tahan die macam ni. Ada 2 orang lagi adik Sara kat rumah makcik jaga jadi makcik nak bawak balik die sekarang. Bulan-bulan puasa ni tak payah la nak buat macam ni, kalau die takut dah taknak pegi sekolah lagi nanti macam mana?Susah nanti mama dengan papa die, lagi pun die kecik lagi.
Cikgu?Diam je....dah kene sembur pun kan?
Opah: Bila keluar ada budak-budak yang belum balik yang kenal sara pegi ejek-ejek dengan sorak Sara. Acik cakap kalau ejek Sara sorak Sara acik pegi jumpe mak masing-masing. Jangan ejek sorak die nanti die malu.

Masa ni la bila en.hubby peluk Sara terus die menangis teresak-esak. Sayu hati aku...Aku tak terkata bila jadi kat anak sekecik ni macam tu. Jelas kat muka en.hubby die kecewa dan marah. Bukan la kami ni sensitif sangat sampai tak boleh anak ditegur, kalau salah rotan la asal tak berdarah tak lebam tak patah riuk. Kalau untuk mengajar tak jadi masalah. Tapi kelas tahanan untuk budak 5 tahun logik ke? Kalau rasa anak kami ni bermasalah kenape pihak sekolah tak berhubung dengan kami terus?Bukan lepaskan pada budak dan torture die. Nombor telefon kami ada lengkap masa isi borang permohonan dulu.

Satu lagi sekolah ni takdela konsep buat hari terbuka so parents boleh datang dan boleh tau sendiri perkembangan anak. Main bagi kertas sekeping yang menunjukkan anak dapat nombor berapa...tu je?!Cikgu-cikgu nya pulak tak mesra langsung...cengir je muka memasing. Kalau aku pegi hantar Sara sendiri aku senyum buat tak nampak je siap pandang atas bawah. Takde la nak berbasa basi. Malas nak bangkitkan, sebab kita hantar anak pergi belajar kan. Ko pikir tudung ko lagi labuh dari aku so ko sempurna sangat ke?(ini bukan nak memburukkan orang bertudung kerana aku jugak bertudung tapi segelintir orang macam ni la yang membusukkan nama orang bertudung yang lain)

Jadi En.hubby yang terkesan dan marah dengan situasi ni, berkeputusan untuk taknak Sara continue pegi lagi dah. Lepas abis bulan ni, cuti raya cuti la terus. Kecewa, marah, kecik hati semua ada!Dan bab buli ni pulak, Sara ni kecik je...bila Aqil adik die sendiri pukul die buat die pun die tak pernah balas...Rupanya Sara bila pegi sekolah ada sorang budak lelaki selalu kacau die buli die. Budak ni pegi conteng baju die, conteng tudung die, tarik tudung die, tolak pukul die....?!!Baru tadika kot ni! Apa makcik aku buat, die tunggu sape mak budak ni masa jemput Sara balik. Die cakap kat mak budak tu tengokkan sikit anak tu nakal lain macam buat cucu die macam tu. Tak buat lagi dah die. Dan macam mana dalam kelas yang ada 20 orang bukan ada 2 ke 3 kelas lagi pun tapi cikgu tak aware??!

Dan hari tu jugak aku baru tahu yang dekat berapa bulan jugak Sara tak belajar Iqra kat sekolah. Bila balik rumah, opah tanya atau aku sendiri tanya Sara dah belajar Iqra sampai mana die akan kata kita takde mengaji pun cikgu taknak ajar. Tapi khilaf aku sebagai ibu, tak cek pun kat sekolah sebab percaya. Masa tu aku dah sarat, dah bersalin atau dah pantang kot....Opah tnya kat sekolah ada ajar tak Sara mengaji?Cikgu kata tak sebab die tak bayar. Berapa opah tanya, RM10 je jawabnya. Kata opah kalau setakat RM10 je ajar je la, nanti mama papa die boleh bayar, makcik pun boleh bayar!

See....Apa tu?Masa register aku tanya yuran tiap bulan ni termasuk kelas Iqra tak die cakap YA tapi sekarang ada plak RM10!Pastu tak inform plak tu, biarkan je anak aku tercongok sorang-sorang kat kelas sedangkan orang lain mengaji dan die tengok je!!Selama setengah jam lamanya masa Sara terbuang tak mengaji! Mendidih betul darah aku dengar!

Opah kata anak dara semua cikgunya pun. Ada aku kisah ko anak dara ke, mak budak ke, janda ke?Kalau tak boleh handle budak-budak jangan mengajar! Psikologi kanak-kanak fragile dan budak 5 tahun pun ada maruah tau! Aku buat keputusan nak pegi jumpe cikgu tapi en.hubby cakap tak payah sebab acik dah cakap apa yang patut, so jangan tmbah lagi since Sara masih lagi nak dihantar sekolah sampai ujung bulan ni. Hujung bulan sebelum cuti raya, cikgu tu pun kita jumpe Pengetua pun sama kita jumpe!Sengal kan orang-orang macam ni?

Bukan la nak cerita yang buruk semuanya. Ada jugak baiknya dan kami berterima kasih yang amat. Sara dah pandai baca macam-macam doa, niat solat, dah pandai baca dan hafal macam-macam surah termasukla ayat kursi. Sara pandai macam-macam...Sejuk hati kami sejuk perut aku dengar die ulang balik apa yang die belajar kat sekolah. Die memang ada kelemahan tapi bukan paksaan dan sergahan penyelesaiannya. Kakak aku kata jangan paksa, bagi masa...motor skill die belum kuat lagi jadi kena sabar.Kalau tak sabar memang tak boleh...Selepas semua ni berlaku pada die Alhamdulillah die masih positif. Pegi sekolah dan belajar macam biasa. Jadi aku pulak yang rasa rugi kalau die tak abiskan sesi persekolahan tahun ni.


Kesian pada die. Ingat kan dugaan dan ujian untuk kami suami isteri je. Tu takpe sebab kami mampu nak tangani sebagai seorang yang dewasa dan kami yang patut melindungi anak-anak. Tapi anak pun dapat ujian dan dugaan jugak. 2011 ni penuh dengan dugaan untuk kami semua....Tapi permudahkan lah untuk anak-anak kami yang tak sepatutnya diduga sebegini....










~ Cerita Ramadhan...





Lama tak update...dah masuk 12 hari berpuasa, so far semuanya biasa-biasa je...satu ape pun persiapan raya tak buat lagi. Takde mood nak beraya pun...macam-macam hal dalam kepala ni nak disettlekan. Lepaskan anak-anak sudah la. Raya yang seronoknya untuk budak-budak je pun..cam aku ni time raya baju raya pakai kejap je, pastu terus tukar uniform...terperuk la kat dapur, selagi ada orang datang selagi tu la juadah apa yang nak dihidang akan dihidang...bila dah menghidang, orang dah makan dah tentu la kene basuh pinggan!Tu la kejenya....kalau dah abis makanan, kene la ulang balik masak...

Latihan untuk Qaisara berpuasa, jenuh jugak nak train...die tak makan, tetiba Aqil makan minum...masa tu la haru biru...Aqil kuat menyakat, die saje je pegi depan kakak pastu buat muka nakal...saje nak buat kakak teriak!Akhirnya lepas jugak la setengah hari...tersedu-sedu la menangis sedih kata lapar...hehehehe...dapat susu sebotol, segar bugar!Die baru 5 tahun, taknak memaksa sangat...

Bab juadah berbuka, ari minggu memang confirm aku masak...ari biasa tu, beli ala kadar je...sahur pun kekadang bagun kekadang tak...tapi yang penting harus minum air...

Tak menarik kan cerita Ramadhan aku ni...dalam keadaan kami sekeluarga dalam ujian yang hebat ni, aku dan en.hubby prefer ala kadar je...banyak lagi yang nak disettlekan dan lebih penting...




Friday, August 5, 2011

~ Dalam perjalanan...




Aku ke perpustakaan ni berjalan kaki. Ikut sekali en.hubby macam biasa pagi-pagi pegi hantar anak-anak dulu, pastu terus ke tempat keje en.hubby. Dari entrance BNM, merentasi jejambat terus hingga Stesen STAR Bandaraya, melintas ke Menara Bumiputra Commerce yang bersebelah dengan SOGO. Seterusnya, menyusuri kedai-kedai sepanjang Jalan TAR dan sebahagian Jalan Masjid India. Melintas pulak ke bangunan seberang, ntah apa la nama bangunan tu...lupa..

Dan di bangunan tu nampak seorang lelaki warga emas dan mesin taip lamanya...ada 2 orang berbangsa India jadi pelanggannya. Pakcik ni bagi servis menaip, isi borang dan karang surat. Kat tepi tembok je pun...Dulu kat sini ramai lagi, tapi dah tua semuanya dah kot. Lagi pulak sekarang zaman teknologi, banyak benda dah dipermudahkan. Servis ni dulu demand tinggi sebab dekat dengan mahkamah, so orang ramai yang nak buat itu ini....Gigih die meneruskan legasi disitu dan mencari rezeki.

Gigih...


Dari bangunan ni, aku terus ke arah Bangunan Sultan Abdul Samad, dulu kat sinilah Mahkamah Tinggi Persekutuan sebelum dipindahkan ke Jalan Duta kalau tak silap...sekarang jadi kementerian kesenian kot...Dari situ aku melintas ke Dataran Merdeka. Ramai orang...Banyak bas persiaran.Pelancong semuanya yang ramai. Cam biasa la klau jadi pelancong, mesti posing sakan punya!Dan sepanjang berjalan kat sini la ntah berapa kali la aku jadi photographer bidan terjun ambikkan gambar dieorang. Dan jugak jadi penunjuk arah!


Dekat dengan kawasan air pancut Dataran Merdeka ni ada la pulak orang tengah shooting. Ntah Malaysia punya ntah Bombay punya tak tau la. Sorang hero dan sorang heroin tengah sehati berdansa. Standard la citer tamil, mesti ada menari bagai!



Berjalan terus sepanjang Dataran Merdeka, perpustakaan terletak kat dalam sikit sebelah kanan...betul-betul dekat dengan tiang bendera besar, turun tangga..dan sampai....







~ My all time favourite place...




Bukan shopping complex ye...tapi memang suka jugak pun..hehehe...hari ni meluangkan masa untuk diri sendiri di tempat kegemaran sepanjang masa aku sejak zaman sekolah. Perpustakaan Kuala Lumpur. Kalau kat KL ni, aku nak lepak akan kesini la. Baca buku, magazine...memang aku suka sangat. Tapi bukan muka budak nerd pun. Kenapa aku suka perpustakaan? Sebab kat sini aman damai tak bising...ada melambak buku, segala macam bahan bacaan sebab aku ni kaki buku. Kalau la jenis bukak 24jam, aku memang leh layan dok sini lama-lama. Sampai leh lupa makan wooo...




Perpustakaan Kuala Lumpur ni terletak betul-betul dengan bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka. Dari dalam perpustakaan ni itself nampak permandangan kat luar. Ada 3 tingkat, ground floor adalah lobby customer service dan loker, tingkat 1 ada rak majalah-majalah tempatan, suratkhabar baca free la semua yang ada tu...juga buku fiksyen. Kat tingkat 2 ada galeri video dan muzik, section multimedia dan internet juga buku-buku rujukan. Wi-Fi free tapi untuk guna plug point mesti jadi ahli, RM16 je dan boleh la nak pinjam buku-buku jugak. Bab camni apa ada hal keluar duit setakat RM16 kan?

Mane leh ambik gambo kat dalam ni tapi aku curi-curi gak snap pkai phone....

Masa sekolah dulu aku Pengawas Perpustakaan a.k.a Pustakawan...memang aku suka sangat title ni!Dari sekolah rendah sampai menengah tau. Bukan la sebok nak mengawas sangat pun, bila time duty tu memang buat la tapi sanggup ambik extra hour lepas sekolah. Bila dah jadi pustakawan, so access kepada buku lebih terbuka luas. Kalau bebudak lain nak pinjam buku mesti kene isi kad yang ada dalam sampul kecik belakang kulit buku kan, aku memang takde la..rasa suka nak baca buku tu ambik je la..tapi tak la sampai hilang, mesti pulang balik cuma kalau pinjam berapa lama pun takde la sampai berdenda bagai sehari 20 sen cam bebudak lain. Paling best kan bila buku fresh baru datang dalam kotak lagi...jadi keje pustakawan la nak mulakan proses register buku dan seterusnya sehinggalah buku sedia untuk disusun dekat rak. Buku baru la yang paling aku suka, sebab belum register lagi seludup je bawak keluar...hehehehehe...tapi dah tau buat keje salah kene la jaga buku tu elok-elok jangan sampai rosak pulak..jangan gatal nak buat jadi harta benda sendiri!

Masa nak SPM, ramai kawan-kawan berkemampuan nak beli buku rujukan. Macam-macam jenis, tebal nipis semua ada. Duit ada semua nak beli pun boleh. Tapi aku anak penjual goreng pisang dan warung kopi, nak mintak duit kat arwah mak ngan ayah pun tak terkeluar dari mulut ni. Jadi pada perpustakaan la aku seludup keluar buku-buku rujukan, guna sampai abis tahun tu...sehari sebelum abis sekolah aku pegi pulangkan balik...berjasa buku-buku tu sampai aku lulus SPM dan pegi universiti...

Perpustakaan yang aku kurang gemar adalah PTAR...ni masa study kat UiTM dulu..aku lagi suka kalau study kat kolej atau kat rumah sewa je.Sebab?Mungkin sebab die sesak sangat dan ramai orang...tak concentrate pun...kekadang pegi pun sebab jumpe kawan la, pegi 'cuci mata' la...hahahahaha....

Jadi hari ni nak mengambil ketenangan di perpustakaan di kelilingi buku-buku sambil online sambil belajar text book UT jugak....

Jom study...






Tuesday, August 2, 2011

MIA?




Entah kemana la aku missing in action kan...?uih....dugaan hebat betul untuk aku dan en.hubby tahun ni. Dan dugaan terbesar berlaku beberapa hari sebelum puasa....maha hebat dan tak terfikir langsung akan jadi camtu!

Belum boleh nak citer lagi pasal apa, ada yg sensitif sikit nak cerita sebab ini besar punya benda!Dan en.hubby pun masih trauma malah aku pun sama...buat pertama aku kalinya jadi orang tak tentu arah...termenung, menangis...berenti jap..nangis balik...3 hari tak makan!sampai tak rasa apa langsung bila tak makan...tak hirau anak-anak langsung...lagi maha hebat menangis bila tengok muka anak-anak...

Bila keluarga mertua, pakcik makcik en.hubby datang tengok...menahan diri supaya orang nampak kuat, supaya mak mertua tak risau tengok kami semua...Bila jadi hal macam ni kan, baru la tau sape kawan sape lawan walau darah daging sendiri...

En.hubby suruh hold dulu nak cerita apa pun...ye..dah settle semua, memang tak berlengah lagi aku nak citer samuanya!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...